App Moomoo ni selamat ke? - Ini yang korang perlu tahu

Apa itu Moomoo?

Moomoo ni adalah satu platform pelaburan dan perdagangan secara global. Moomoo menyediakan kepada pelabur dengan data penyelidikan yang profesional dengan bantuan tools untuk analisis.

Moomoo ni diasaskan di Palo Alto, US pada tahun 2018, Moomoo juga sudah beroperasi secara global dan sudah menjadi provider kepada pelabur pelabur di United Stated, Singapura, Australia, Jepun, Kanada, dan Malaysia. Platform moomoo ni dah ada lebih dari 21 juta user yang menggunakannya dan belum ada isu scam lagi pasal ni. Korang memang tak perlu risau dah.

Siapa founder moomoo ni?

Founder kepada moomoo ni adalah Leaf Hua Li, yang merupakan seorang chairman dan CEO kepada Futu Holdings Ltd. Bukan setakat tu je, Leaf Hua Li ni juga merupakan lembaga pengarah kepada Futu Securities Co. Ltd., Futu Network Technology Ltd., Futu Securities International Ltd. and Futu, Inc.

Credit to moomoo.com

Pelaburan yang disediakan oleh Moomoo ni bukan scam ke?

Betul, bila korang kena scam dengan broker, korang akan rugi besar dan hilang banyak duit tapi tidak dengan moomoo. Moomoo adalah broker yang legit & trusted. Jadi korang memang tak perlu risau pasal moomoo ni tak pernah lagi ada kes scam orang lain.

Dalam pelaburan memang sentiasa ada risiko untuk lost. Tapi perkara macam tu bukan lah bermaksud moomoo ni scam ya. Kalau bab pelaburan ni korang kena balajar lagi mendalam supaya korang tahu macam mana nak jana keuntungan.

App moomoo memang DIJAMIN & TRUSTED sebab diorang dikawal selia oleh SEC dan FINRA di United Stated, MAS di Singapura, ASIC di Australia, CIRO di Kanada, SC di Malaysia dan FSA di Jepun. Korang baca sendiri kan, bukan calang calang yang kawal selia moomoo ni.

App moomoo selamat ke?

App moomoo dijamin selamat kerana app diorang hanya boleh di download melalui apps store dan google play store yang mana app moomoo ni sudah melalui REVIEW dari Google dan Apple sebelum app ni di publishkan didalam platform diorang. Jadi memang tak ada yang meragukan tentang app moomoo.

Kelebihan platform moomoo

Korang boleh download app moomoo ni di mana mana platform yang korang nak. Antaranya korang boleh download app ni di Google Play Store, App Store, Mac OS, Windows dan ada OpenAPI untuk developer gunakan pada platform diorang sendiri.

App moomoo ni korang boleh di download dekat mana mana platform yang korang nak sebab moomoo ni memang support pelbagai devices untuk mudahkan urusan korang sebagai pengguna. Korang kena ingat, bukan semua broker tu sama macam moomoo.

Kesimpulan

Moomoo dikenali sebagai BEST Trading Platform, BEST Active Trading App dan BEST Trading Technology. Dan dijamin bukan SCAM dan SKIM cepat kaya. Apa apa masalah korang boleh je laporkan terus ke SC Malaysia. Sharekan artikel ni kalau korang rasa bermanfaat.

Adakah artikel ni membantu?

Report jika artikel ini tidak tepat, bermasalah & perlu dibaiki.

Sebarang masalah boleh hubungi kami di [email protected]

Related Article..

Portal Hackers

Financial

Support