iOS lagi selamat dari Android - Jom study

Mana satu yang lebih susah nak kena hack atau kena virus? Mana satu yang lebih menjaga privasi data korang? Jom baca artikel ni sampai habis.

Dalam artikel ni, aku nak cerita pasal iOS vs Android dari segi security.

So sebenarnya, apa yang buatkan iOS lebih selamat dari Android, dan apa yang korang boleh buat untuk protect device korang dari ancaman siber. Jom.

Source code IOS tidak dikongsi secara public

Salah satu sebab utama kenapa iOS lebih selamat dari Android adalah kerana iOS TIDAK BERKONGSI source code mereka secara public.

Apa maksudnya?

Maksudnya, Apple tak bagi source code iOS ni kepada orang awam tengok. Dan korang pun tak boleh nak tahu code yang macam mana Apple gunakan pada device mereka sendiri. Benda ni akan buatkan hacker susah nak detect vulnerabilities dalam sistem Apple.

Android pulak adalah satu OS yang disharekan source codenya kepada public. Semua orang tahu Android punya source code. Korang sendiri pun boleh je study source code yang ada dalam android tu untuk mencari segala kelemahan dan vulnerabilities dalam sistem.

Bila dah dapat, mesti macam macam idea akan keluar. Itu yang hacker lebih suka target pengguna Android dari IOS.

Tambahan pula, Android lebih popular dari iOS kat dunia ni. Lebih daripada 69.88% smartphone yang pakai Android. Jadi, hacker lebih suka target Android sebab lebih ramai orang guna.

Android juga adalah satu-satunya sistem yang bagi korang install app di luar Google Play. Benda ni akan menjadikan data korang sangat berisiko tinggi untuk dicuri atau di attack oleh Hacker itu sendiri. Senanglah hacker nak buat kerja bila sistem Android sendiri longgar.

iOS lagi selamat dari Android - Jom study

iOS ada update yang lebih kerap

Sebab lain yang membuatkan iOS lebih selamat dari Android adalah sebab iOS ada update yang lebih kerap berbanding Android.

Apple selalu keluarkan update untuk iOS, dan update ni akan sampai kepada semua devices yang support iOS. Update ni penting sebab boleh membetulkan banyak bug yang ada pada sistem iOS, dan tambahkan feature baru yang boleh meningkatkan lagi security iOS.

Android pula tak ada update yang selaras. Google memang keluarkan update untuk Android, tapi update ni tak semestinya sampai kepada semua device. Hanya device tertentu je akan dapat update ni.

Semua orang tahu Android ni ada bermacam macam version, contoh ColorOS, One UI, OxygenOS, MIUI (Xiaomi), Realme UI, dan macam macam.

Ada manufacturer yang lambat keluarkan update dan ada yang tak keluarkan langsung. Jadi, memang ada yang pakai devices Android yang dah mudah dihack kerana tak update security yang latest.

iOS ada privacy yang lebih ketat

iOS juga boleh dikatakan lebih selamat dari Android dari segi privacy.

Apple sangat menjaga privacy korang, dan tak akan share data korang dengan sesiapa pun. Apple tak nak tahu apa yang korang buat kat device korang sendiri, dan tak jual pun data korang kat Advertiser.

Apple juga ada feature yang boleh protect data korang, macam Face ID, Touch ID, dan encryption.

Android pun ada privacy juga cuma tak selevel macam iOS. Google memang collect data korang, dan share data korang dengan Advertiser. Google sentiasa collect data pada devices dan tahu apa yang korang buat pada devices korang sendiri, tapi untuk tujuan pengiklanan lah.

iOS ada app yang lebih selamat

iOS juga lebih selamat dari Android dari segi app. App yang ada kat App Store perlu melalui proses yang sangat ketat sebelum dipublishkan dalam Apps Store.

Apple akan semak semua code yang digunakan dalam Apps tu, contoh macam ada virus ke tak, ada malware ke tak, apa data yang app ni collect, relevant ke tak. Kalau ada apa-apa yang tak kena, something wrong, Apple akan reject app tu.

Android pula ada juga macam Apple, tapi boleh dikatakan agak mudah nak lulus. App yang ada kat Google Play boleh masuk dengan mudah. Boleh rujuk Kaspersky disini.

Jadi, memang ada kemungkinan app tu mengandungi virus, malware, atau spyware yang boleh rosakkan devices atau curi data korang. Lagi teruk, kalau korang download apps dari luar Google Play, korang tak lagi tak tahu apps tu selamat ke tak.

Apa yang korang boleh buat untuk melindungi device korang?

Walaupun iOS lebih selamat dari Android, tapi bukan bermakna iOS tak ada risiko langsung. Hacker masih boleh target iOS kalau korang tak berhati-hati.

Jadi, korang kena buat beberapa perkara untuk protect device korang, sama ada iOS atau Android.

Antara perkara yang korang boleh buat adalah:

  • Download app dari sumber yang dipercayai, macam App Store atau Google Play. Jangan download app dari tempat-tempat yang korang tak kenal, sebab app tu mungkin ada virus atau malware.
  • Gunakan password yang kuat, dan tukar password korang selalu. Jangan gunakan password yang senang teka, macam 123456 atau nama korang. Gunakan password yang ada huruf besar, huruf kecil, nombor, dan simbol.
  • Gunakan antivirus atau VPN kat device korang. Antivirus boleh scan device korang dan detect virus atau malware yang ada. VPN boleh encrypt data korang dan buatkan korang online dengan selamat.
  • Jangan klik link atau attachment yang korang tak kenal. Hacker suka guna phishing untuk tipu dan ambil data korang. Jadi, jangan terpedaya dengan email atau mesej yang nampak macam official, tapi sebenarnya tak.
iOS lagi selamat dari Android - Jom study

Kesimpulan

iOS lebih selamat dari Android dari segi security dan privacy. Tapi, korang tak boleh ambil mudah walaupun korang dah pakai iOS.

Kalau korang bijak, gunakan devices korang dengan berhati hati. Pastikan sentiasa backup dalam cloud. Simple.

Adakah artikel ni membantu?

Report jika artikel ini tidak tepat, bermasalah & perlu dibaiki.

Sebarang masalah boleh hubungi kami di [email protected]

Related Article..

Portal Hackers

Financial

Support