Jangan download sebarang apps - ini yang ramai tak tahu

Sama ada korang download melalui platform iOS atau Android, ada berjuta-juta apps yang boleh kita download dari kedua-dua platform ini.

Macam mana pun, kita kena berhati-hati sebelum nak  download apps untuk mengelakkan risiko kita terkena scam. Sebab sekarang ni ramai yang dah kena scam. 

Duit yang hilang bukan sikit tau, banyak giler. So, dalam artikel ini, kita akan bincangkan risiko yang kita kena hadap kalau kita main install je apps sebarangan. 

Apa yang patut kita semak sebelum download apps

  1. Sumber aplikasi: Pastikan kita memuat turun aplikasi dari sumber yang dipercayai seperti App Store untuk iOS atau Google Play Store untuk Android. Kita perlu mengelakkan memuat turun aplikasi dari sumber yang tidak diketahui kerana ia boleh mengandungi malware atau virus yang merosakkan peranti kita.
  2. Semak review: Kita perlu semak ulasan dan penilaian aplikasi sebelum memuat turun. Ulasan dan penilaian yang baik dapat memberikan maklumat tentang pengalaman pengguna sebelumnya dengan aplikasi tersebut. Namun, kita perlu mengelakkan ulasan palsu atau penilaian yang dibeli.
  3. Semak privacy policy: Kita perlu memeriksa izin yang diminta oleh aplikasi sebelum memuat turun. Aplikasi yang meminta izin yang tidak diperlukan atau tidak berhubung dengan fungsi asal aplikasi sepatutnya dicurigai. Kita perlu memahami sebab-sebab mengapa aplikasi meminta izin tersebut.
  4. Semak developer: Kita kena tahu company mana yang buat apps ini. Kalau company yang buat ni ialah company famous macam Meta, Quara & banyak lagi, tak ada apa yang perlu kita bimbangkan. Tapi kalau developernya kita tak kenal, tiada dalam carian google, kita patut ragu dengan apps sebegini. 

Bila kita dah semak betul betul, kita boleh pastikan yang aplikasi yang kita muat turun confirm selamat. So, pastikan kita research dulu sebelum nak download apps pada HP kita.

jangan download apps sebarangan

Risiko jika download apps sebarangan

Berikut adalah beberapa risiko yang mungkin terjadi jika kita memuat turun aplikasi secara sembarangan:

  1. Risiko keselamatan: Aplikasi yang tidak dipercayai boleh mengandungi malware atau virus yang membahayakan peranti kita. Ini boleh menyebabkan kita kehilangan data, maklumat peribadi, dan kerosakan pada hp.
  2. Penggunaan Data: Apps yang tidak dipercayai boleh akses ke terus kepada maklumat peribadi kita dan menggunakannya untuk tujuan yang tidak dibenarkan, seperti penjualan maklumat atau pengiklanan.
  3. Iklan yang Tidak Dibenarkan: Apps yang tidak dipercayai boleh memasukkan iklan yang tidak diingini pada hp kita, yang boleh menjadikan fungsi hp terganggu sekaligus menyebabkan penggunaan bateri menjadi tinggi.
  4. Duit dalam bank hilang: Aplikasi yang tidak dipercayai boleh mengenakan yuran yang tidak dijangka atau membuat pembelian yang tidak dibenarkan, yang boleh menyebabkan kita menjadi rugi.
  5. Potensi untuk terkena scam:  Bila kita download apps yang tak dikenali, kita berpotensi untuk terkena scam. Apps yang kita download mungkin akan collect semua data dalam hp tanpa pengetahuan kita. 
  6. Penggunaan Bateri tinggi: Aplikasi yang tidak dipercayai boleh akses direct kepada sensor, gps & lain lain feature dalam hp kita secara berterusan atau melakukan tugas yang memerlukan penggunaan bateri yang tinggi. Ini boleh mengurangkan jangka hayat bateri.
  7. Pemindahan Maklumat Kredit Kad: Aplikasi yang tidak dipercayai boleh meminta maklumat kad kredit kita dan menyebarkan maklumat tersebut kepada pihak ketiga tanpa kebenaran kita.

Disebabkan itu, penting untuk kita sentiasa berhati-hati dalam memilih apps yang boleh kita percaya sebelum download. 

Pastikan kita check review, buat penilaian dan privacy policy sebelum memuat turun untuk memastikan kita terselamat dari menjadi mangsa scam. 

Kesimpulan

Kesimpulannya, kalau korang nak download apps, pastikan korang check dulu betul betul. 

Jangan download sembarangan sebab boleh menyebabkan duit kita terbang, termasuklah kehilangan data, maklumat peribadi, telefon rosak, kena ugut & macam macam lagi. 

Apa yang kita kena buat ialah sentiasa berhati-hati sebelum download apps, dan hanya download dari sumber yang kita boleh percaya macam App Store untuk iOS atau Google Play Store untuk Android.

Kita kena check review, buat penilaian dan semak privacy policy sebelum download untuk memastikan keselamatan apps terjamin. Confirm selamat.  

Adakah artikel ni membantu?

Report jika artikel ini tidak tepat, bermasalah & perlu dibaiki.

Sebarang masalah boleh hubungi kami di [email protected]

Related Article..

Portal Hackers

Financial

Support