Jangan share personal infomation pada ChatGPT

ChatGPT: Apa Itu?

Sebelum kita teruskan, kita kena faham dulu apa itu ChatGPT. ChatGPT ni sebenarnya adalah model bahasa yang di develop oleh OpenAI. 

ChatGPT boleh menjawab soalan, menulis artikel, dan banyak lagi. Tapi, walaupun canggih, benda ni bukan manusia dan tak ada perasaan pun.

Kenapa tak boleh share personal Information?

Ada beberapa sebab kenapa korang tak patut share personal information pada ChatGPT:

  • ChatGPT tak faham privasi: Macam AI, ChatGPT tak faham konsep privasi macam kita. ChatGPT tak tahu apa yang patut dikongsi dan apa yang tak patut. Jadi, lebih selamat kalau kita jangan share info peribadi kita. Simple. 
  • Data kita boleh disalahgunakan: Walaupun OpenAI ada polisi privasi yang ketat, tapi kita tak boleh 100% yakin. Data kita boleh disalahgunakan oleh pihak yang tak bertanggungjawab. Ingat semua pekerja di OpenAI boleh membaca semua content dalam akaun. Info peribadi korang boleh disalah gunakan. 
  • Risiko data bocor: Walaupun dah ada security data, risiko kebocoran data tu selalu ada. Hacker sentiasa ada dimana mana. Kalau diorang dapat hack, kemungkinan diorang akan dapat juga info pasal kita. So dilarang sama sekali untuk berkongsi info sensitive macam nama penuh, alamat, nombor telefon, atau butiran kewangan boleh mendedahkan kita kepada pelbagai ancaman, termasuk pencurian identiti, serangan phishing dan scam.
  • AI dan privasi: Konflik yang tak dapat dihindari: AI memerlukan data untuk berfungsi dengan baik. Kalau ada data peribadi kita, ChatGPT akan mention benda ni pada orang orang yang bertanya. So dia akan jadi bermasalah kat situ.

Cara-cara untuk lindungi Info peribadi kita

Jadi, macam mana kita nak lindungi info peribadi kita? Ada beberapa cara:

  • Jangan kongsi info peribadi: Yang paling penting, jangan kongsi info peribadi kita pada ChatGPT. Tak kira la nama penuh, alamat rumah, nombor telefon, atau apa-apa je yang boleh digunakan untuk identifikasi diri kita.
  • Gunakan ChatGPT dengan bijak: Gunakan ChatGPT untuk tujuan yang betul. Ia boleh membantu kita dalam banyak perkara, tapi jangan lupa batasannya.
  • Baca polisi privasi OpenAI: Untuk lebih faham, korang boleh baca polisi privasi OpenAI. Dalam tu ada banyak info penting yang boleh korang ambil tahu.

Jadi, itu je la yang aku nak kongsi harini. Ingat, jangan main-main dengan info peribadi.

Selamat ber-chat dengan ChatGPT, dan jangan lupa, gunakan dengan bijak!

Adakah artikel ni membantu?

Report jika artikel ini tidak tepat, bermasalah & perlu dibaiki.

Sebarang masalah boleh hubungi kami di [email protected]

Related Article..

Portal Hackers

Financial

Support