Ramai orang gunakan public wifi tanpa tahu kesannya pada data kita. Terutama data data yang memang dianggap sangat penting & sensitif. Contoh macam password bank, username, login facebook & sebagainya.
Tahu tak? Public wifi tu boleh menyebabkan data kita bocor & semua data kita boleh pergi ke pihak ketiga?
Apa akan jadi kalau semua maklumat bank kita ada orang lain tahu? Paling banyak jadi, duit hilang secara tiba tiba.
Kita tak sedar masalah ni mungkin ada kaitan dengan public wifi. Kalau kita seorang yang selalu gunakan public wifi, wajib baca artikel ni.

1. Public Wifi boleh collect data
Owner boleh pantau wifi yang dia setup sendiri & kongsikan pada orang ramai. Kita ni pun sangka baik & pakai la wifi dia.
Tapi dalam tak sedar, owner ni dah setup wifi dia supaya boleh collect semua data & info kita.
Bila kita connect je pada wifi orang lain, automatic wifi dia boleh collect semua data penting dalam hp kita. Ini salah satu sebab kenapa kita jangan menggunakan public wifi.
2. Hacker boleh godam IP Address public wifi
Kita connect dengan WIFI A. Hacker pun connect dengan WIFI A. So kita dah sama line dengan hacker kat sini.
Bila hacker connect wifi yang sama dengan kita, dia dapat detect device kita dalam sistem public wifi. So anytime je hacker boleh rentas & collect data kita melalui ip address kita.
Kalau hacker ni seorang yang betul betul pakar, silap silap dia boleh control hp kita melalu wifi je. Dia boleh lock, boleh buka kamera, boleh on mic & macam macam lagi.
Lagi parah dia boleh akses semua file file yang penting dalam device kita. Sebab tu ada banyak video lucah tersebar walaupun dah disimpan baik baik.
3. Hacker boleh mengintip
Hacker boleh jadikan public wifi ni sebagai umpan. Disebabkan hacker tahu, ramai orang akan gunakan public wifi, so dia akan buat kerja kat situ. Senang nak scam banyak orang.
Hacker boleh take over public wifi & tengok berapa ramai orang yang tengah connect dengan wifi ni.
Hacker juga boleh access tiap tiap device yang tengah connect tu, untuk gunakan mic, kamera, browser pengguna. Kita boleh jadi mangsa hacker.
Kalau nasib tak baik, hp & laptop kita boleh kena lock dan kita perlu buat pembayaran untuk open balik devices kita tu.
Bayangkan, dalam device kita tu ada benda benda penting yang berkaitan dengan kerja & peribadi kita, tapi hacker lock. Mau tak mengelabah. Kalau jadi macam ni, maknanya kita dah terkena ransomware.
Antara benda penting yang hacker akan intip.
- Password untuk facebook, instagram, tiktok & akaun bank. Lagi bahaya kalau kita buat transaksi dengan menggunakan public wifi.
- Boleh trace apa yang kita taip dalam whatsapp.
- Boleh trace apa yang kita selalu buka dalam browser internet.
- Boleh access gambar gambar dalam hp & laptop.
- Boleh collect semua contact kita.

Kesimpulan
Kalau kita tak boleh elak dari menggunakan public wifi atas sebab sebab tertentu, rekemen untuk gunakan VPN, virtual private network.
VPN akan tutup & lindungi semua data kita bila kita connect dengan public wifi. Hacker takkan dapat kesan ip address & device kita dalam sistem. So kita boleh buat apa je bila kita connect dengan menggunakan VPN.
Adakah artikel ini membantu?