8 cloud storage yang memang secure untuk korang simpan data sensitive

1. OneDrive dari Microsoft

Microsoft OneDrive adalah cloud storage untuk korang menyimpan data data penting secara online. Platform ni menyediakan space yang sangat secure untuk korang simpan dan share files kepada public.

Untuk personal use, OneDrive ada menawarkan free storage sebesar 5GB, dengan options untuk korang upgrade kepada 100GB dengan hanya cuma RM9 sebulan.

Bagi businesses pulak, korang ada options untuk subscribe Microsoft 365 Business Basic yang start dari RM20 per user/bulan, termasuk OneDrive dengan banyak lagi office apps.

OneDrive ni memang tak diragukan lagi sebab ada encryption yang kuat dengan two-factor authentication sebagai layer security tambahan.

Kelebihan terbesar OneDrive adalah integration dengan Office apps, benda ni memang memudahkan kerja collaboratively. Kalau korang seorang yang professional, gunakan Microsoft One Drive.

Photo by Ed Hardie on Unsplash

2. Google Drive

Google Drive adalah sebahagian daripada Google One, platform ni memudahkan korang untuk menyimpan file file penting secara percuma. Untuk semua pengguna android mesti tahu tentang Google Drive ni.

Untuk free plan korang akan dapat 15GB storage, yang mana sesuai dan cukup untuk semua user biasa.

Google One ada options untuk korang upgrade storage bermula dari RM8.49 untuk 100GB, RM42.99 untuk 2TB sebulan. Google Drive ni menggunakan powerful encryption untuk data on-rest dan in-transit, serta support untuk two-factor authentication.

Bagi korang yang kerja dalam team atau banyak menguruskan files, Google Drive memudahkan sharing dan collaboration dengan features yang user-friendly.

3. Dropbox

Dropbox adalah antara platform yang famous dalam menyediakan secure cloud storage dengan AES 256-bit encryption dan SSL/TLS.

Dengan free plan saja korang boleh dapat dalam 2GB, Dropbox ni lebih kepada users yang memerlukan space yang kecik tapi sangat secure.

Dropbox Plus offer 2TB storage dengan harga bermula dari 11.90 USD sebulan, sesuai untuk individual users. Untuk teams pulak, Dropbox Business bermula dengan harga 18 USD/user/bulan dengan storage bermula dari 9TB.

Dropbox’s strong suit simplicity dan reliability, dengan added features macam Dropbox Paper yang enhance collaboration dan productivity.

3. iCloud Drive dari Apple

Tak ketinggalan juga dengan Apple. User Apple diperkenalkan dengan iCloud dari Apple.

Dengan 5GB free storage, korang ada options untuk upgrade kepada 50GB bermula pada RM3.90/bulan, 200GB pada RM11.90/bulan, dan 2TB pada RM39.90/bulan.

iCloud menggunakan end-to-end encryption untuk semua data korang dan paling penting iCloud Apple support two-factor authentication.

Kalau korang dah ada dalam Apple ecosystem, iCloud dah kira satu solution yang seamless untuk backup dan sync antara devices yang korang guna.

4. Mega

Mega ni adalah cloud storage yang boleh bagi korang 20GB secara percuma. Platform ni antara Cloud yang offer korang space paling besar dan paling secure yang korang boleh dapatkan secara FREE, tambah pulak Mega ni ada banyak options untuk korang upgrade kepada pakej yang lebih baik.

Plans untuk Mega ni start dari RM25.68/bulan untuk 400GB storage.

Mega ni antara platform yang sangat pentingkan privacy dan security. Ramai pakar IT dan Hackers menggunakan Mega sebagai storage utama.

So kalau korang rasa Mega ni best dan secure, korang boleh download Mega ni ni Playstore dan Apps Store.

5. Box

Box ni satu cloud yang focus pada businesses dengan advanced security features macam custom data retention policies. Personal plans dia start dari 10GB free storage, dan boleh upgrade ke 100GB pada harga 11.50 USD sebulan.

Business plans pulak start dari 17.30 USD/user/bulan dengan storage UNLIMITED.

Box ni menonjol dengan integrations yang luas macam third-party apps dan detailed admin controls, menjadikan platform ni sebagai pilihan yang baik untuk larger organizations.

6. Tresorit

Tresorit adalah platform yang fokus pada security dan privacy dengan mengunakan feature end-to-end encryption. Plans untuk platform ni bermula dari 11.99 USD sebulan untuk individual users dengan 1TB storage.

Business plans pun available dan starting dari 14.50 USD/user/bulan dengan 1TB storage per user.

Platform ni adalah pilihan yang excellent untuk korang yang betul betul professionals dan memerlukan tingkat keselamatan data yang tinggi.

7. pCloud

pCloud adalah cloud storage yang menawarkan lifetime plans dengan harga bermula dari 199 USD untuk 500GB dan korang hanya perlu bayar SEKALI. File yang korang simpan akan kekal sampai bila bila.

Platform ni juga ada plan tahunan yang bermula dari 49.99 USD untuk 500GB setahun.

pCloud ni unique dan ada feature encryption pada user-side. Platform ni memang sesuai untuk users yang mencari flexibility dalam payment dan strong security features.

8. Sync

Sync.com ni pulak satu cloud yang memang fokus hanya pada privacy user, menawarkan 5GB free storage. Plans untuk Sync ni start dari 8 USD/bulan untuk 2TB storage. Kira boleh tahan juga la kan.

Sync menggunakan end-to-end encryption dengan zero-knowledge policy, menjadikan ianya salah satu platform yang paling secure untuk cloud storage.

Ideal untuk users yang cari solution yang sangat secure untuk simpan data sensitive, Sync.com juga menawarkan features seperti remote wipe dan automatic backup, memastikan data korang selamat dan up-to-date.

Dengan options yang ada, penting untuk korang fikirkan juga benda benda penting macam:

  • Keselamatan Data: Pastikan pilihan korang menawarkan encryption yang kuat dan additional security features seperti two-factor authentication.
  • Kemudahan: Platform harus user-friendly, memudahkan korang untuk upload, access, dan share files tanpa hassle.
  • Harga: Consider both short-term dan long-term costs. Pilihan seperti pCloud dengan lifetime subscription boleh jimatkan banyak duit korang dalam jangka panjang.
  • Integration: Kalau korang guna banyak apps atau services lain, check sama ada cloud storage tersebut easily integrates dengan tools lain yang korang guna.

So bila korang nak pilih Cloud Storage, penting untuk korang ingat ayat ni “you get what you pay for.”

Free plans mungkin nampak menarik, tapi selalunya ada limitations yang signifikan dari segi storage capacity dan security features.

Untuk data yang betul-betul sensitive atau penting, consider invest sedikit untuk plan yang lebih secure dan reliable.

Jangan simpan personal info dalam media sosial (Telegram, Facebook, Messenger & banyak lagi)

Privacy dan security risks

Walaupun apps media sosial ni ada menyediakan encryption, benda ni lebih kepada nak protect messages korang bila nak dihantar kepada orang lain. Ada banyak contoh di mana accounts pengguna kena hack atau bocor, menyebabkan diorang kehilangan data personal buat selama lamanya. So benda ni memang tak selamat untuk korang simpan data penting.

Full control

Dalam apps sosial media dan messaging, korang mungkin tak dapat full control siapa yang boleh access info korang. Benda ni memang berbeza dengan cloud storage yang direka khas untuk menyimpan data dengan selamat. So jangan gunakan media sosial untuk menyimpan data penting.

Storage tetap

Banyak dari apps ini sebenarnya tidak direka untuk penyimpanan jangka panjang. Jadi, kalau ada apa apa berlaku atau korang secara tidak sengaja padamkan file penting, peluang untuk korang dapatkan semula data tu takkan ada lagi.

Rules

Bagi pengguna business pulak, sangat penting untuk korang memastikan platform yang digunakan boleh menyimpan data sensitif dan patuh dengan rules macam GDPR, HIPAA, atau standard keselamatan data lain. Apps messaging biasanya tidak direka untuk benda ni.

Tips TAMBAHAN untuk lebih secure

  1. Gunakan password yang kuat: Pastikan setiap akaun, terutamanya yang menyimpan maklumat sensitif, dilindungi dengan password yang kuat dan unik.
  2. Gunakan pengesahan dua faktor (2FA): Bila boleh, selalu aktifkan 2FA. Ini menambah satu lagi lapisan keselamatan, jadi walaupun password korang dapat diteka, masih ada halangan tambahan.
  3. Check secara berkala: Secara berkala, semak dan kemas kini setting privacy dan security untuk semua platform yang korang guna.
  4. Berjaga jaga dengan phishing dan scam: Berwaspada terhadap usaha phishing atau scam yang cuba mendapatkan akses kepada info personal korang. Jangan klik pada LINK yang mencurigakan atau download files dari sumber yang korang tak kenal.

Korang boleh protect maklumat peribadi korang dari risiko hacking. Ingat, lebih baik korang berhati-hati dari sekarang daripada menyesal di kemudian hari!

Adakah artikel ni membantu?

Report jika artikel ini tidak tepat, bermasalah & perlu dibaiki.

Sebarang masalah boleh hubungi kami di [email protected]

Portal Hackers

Financial

Support