Macam mana nak buat kalau akaun Tiktok kena suspend

Tiktok ni memang best gila kan. Kita boleh tengok video-video pendek yang lawak, cool, atau berguna.

Kita boleh upload video kita sendiri jugak untuk share dengan orang ramai.

Tapi kadang-kadang, Tiktok kita boleh kena banned la. Banned tu maksudnya Tiktok kita tak boleh pakai lagi atau tak boleh orang lain tengok.

Ada macam-macam sebab kenapa Tiktok kita boleh kena suspended. Contohnya:

  • Korang post benda-benda yang tak patut atau spam orang lain dengan mesej
  • Korang komen atau follow orang lain sampai melebihi had
  • Korang pakai app lain yang tak selamat untuk dapat duit dari Tiktok
  • Korang curi content orang lain yang ada hak cipta tanpa izin atau alasan yang betul
  • Korang punya akaun ada perubahan tiba-tiba pada followers, likes, atau comments & korang akan dilabelkan tiktok sebagai user yang menggunakan BOT. Kalau korang gunakan BOT untuk dapatkan like, followers (benda ni boleh beli), korang memang kena stop.
  • Korang post terlalu banyak video dalam satu hari. Fokuskan pada kualiti video, jangan fokus pada kuantiti video. Lagi banyak video sampah, lagi mudah korang kena banned. Life is simple.

So apa nak buat kalau Tiktok kita kena banned?

Jangan risau, ada cara-cara untuk dapat balik Tiktok kita yang kena banned. Ikut je step by step yang aku bagi ni dan insyaAllah Tiktok kau akan ok balik.

akaun tiktok kena banned

Cara 1: Hantar email melalui setting app

Kalau Tiktok kau kena suspend kejap je, kau akan dapat email dari Tiktok.

Dalam kes ni, korang boleh tunggu 24 hingga 48 jam (tunggu sampai Tiktok ok balik) atau contact team support Tiktok dan bagitau diorang pasal masalah kau.

  1. Pergi ke profile kau
  2. Tekan butang dengan 3 garis
  3. “Setting dan privasi” akan keluar. Lepas tu tekan “Report masalah”
  4. Tekan “Isu akaun”
  5. Last sekali tekan “Tambah email”. Cerita pasal masalah kau secara ringkas dan tunggu diorang reply. Biasanya diorang ambil masa 7-9 jam untuk jawab soalan-soalan customer.

Disclamer: Korang kena alert apa yang aku tulis ni, dengan apa yang ada dalam apps, tiktok punya apps selalu update, so cara nak cari button pun mungkin akan berubah.

Cara 2: Hantar email terus

Kalau kau tak boleh log in ke Tiktok kau, kau boleh hantar email terus kat team support Tiktok. Email diorang ni [email protected].

Dalam email tu, tulis username kau dan email yang kau boleh guna. Tak payah sama dengan email yang kait dengan Tiktok kau.

Pilih Pertanyaan umum akaun sebagai topik. Cerita kat diorang yang kau lupa password kau dan kau tak boleh guna email atau phone number yang kau pakai untuk log in ke Tiktok kau dan mintak tolong diorang. Tekan hantar.

Kena sabar sikit la dan hantar form baru setiap hari sampai diorang reply.

akaun tiktok kena banned

Cara 3: Hantar rayuan melalui akaun yang kena banned

Korang akan dapat notis kalau Tiktok korang kena suspend selamanya.

Dalam kes ni, korang perlu hantar rayuan kat team support Tiktok untuk mintak maaf dan janji tak akan buat salah lagi.

Nak hantar rayuan tu, ikut step-step ni:

  1. Buka app Tiktok
  2. Log in ke akaun yang kena banned
  3. Tekan notis yang pasal banned
  4. Tekan “Hantar rayuan”
  5. Tulis sebab kenapa kau rasa akaun kau patut dibuka balik dan tekan “Send”
  6. Guna google translate kalau kau tak tahu nak cakap English. Simple.

Cara 4: Buat akaun baru

Kalau semua cara kat atas tak jadi jugak, jangan give up bro. Kau still boleh buat akaun baru dengan email atau phone number yang lain dari sebelum ni.

Cuma make sure kali ni kau ikut semua rules and regulations Tiktok dan jaga elok-elok akaun baru kau tu.

Kesimpulan

Aku harap artikel ni dapat tolong korang untuk dapat balik Tiktok korang yang kena banned atau buat akaun baru je lagi senang. Kalau korang dah famous, suruh je followers kau follow akaun baru. Simple.

Dengan Tiktok ni jangan harap sangat. Support diorang ni failed sikit kat Malaysia.

Ni beberapa point penting yang aku nak highlight:

  • Ada tiga jenis banned kat Tiktok: permanent ban (tak boleh log in ke akaun), temporary ban (terhad untuk like, komen, dan follow), dan shadowban (nampak penurunan dalam followers, views, dan engagement) – Macam mana pun, aku dengar shadowban ni sebenarnya tak wujud pun. 
  • Ada macam-macam sebab kenapa Tiktok boleh kena banned, salah satunya banyak kali melanggar rules komuniti, pakai app lain yang tak selamat, curi content orang lain yang ada hak cipta tanpa izin atau alasan yang betul, ada perubahan tiba-tiba dalam bilangan followers, likes, atau comments yang Tiktok ingat kita pakai bot, atau post terlalu banyak video dalam satu hari.
  • Ada beberapa cara untuk dapat balik Tiktok yang kena banned macam hantar email melalui setting app, hantar email terus kat team support Tiktok, hantar rayuan melalui akaun yang kena banned, atau buat akaun baru dengan email atau phone number yang lain

Sekian sahaja daripada aku untuk kali ni. 

Semoga artikel ni berguna untuk korang dan jangan lupa share dengan member-member korang yang mungkin ada masalah yang sama.

Adakah artikel ni membantu?

Report jika artikel ini tidak tepat, bermasalah & perlu dibaiki.

Sebarang masalah boleh hubungi kami di [email protected]

Related Article..

Portal Hackers

Financial