Cara protect akaun facebook korang

7 min read

Zaman sekarang, facebook dah jadi satu benda yang penting dalam hidup. Mungkin tak penting untuk korang, tapi penting untuk orang lain. Sebab majoriti gunakan facebook ni untuk mencari rezeki yang halal.

Facebook adalah tempat orang ramai membuat marketing untuk bisnes masing masing. Tapi terlalu banyak report yang mengatakan akaun facebook diorang kena hack.

So, aku ada beberapa tips untuk korang protect akaun Facebook. Ikut cara ni, confirm selamat.

Setup two-step verification

Yang pertama dan paling penting, korang kena aktifkan two-step verification. Benda ni akan tambah satu lagi layer security sebelum korang dapat access sepenuhnya. Kalau ada orang nak cuba hack, diorang kena lalu layer extra ni.

So akan menjadi kan hacker susah untuk hijack facebook korang.

Senang je nak set up, pergi kat settings, cari Security and Login, dan aktifkan two-step verification. Pastikan korang guna nombor phone yang korang selalu bawa.

Jangan share login information

Ni common sense tapi masih ramai yang terlepas pandang. Jangan sekali-kali share email atau password korang dengan sesiapa, even dengan sahabat paling rapat sekalipun.

Information login tu macam kunci rumah korang. Kalau kunci hilang, susah nak jaga rumah, kan? Kalau nak share email untuk orang lain contact melalui email pun, jangan guna email yang sama. Buat email lain.

Hati-hati dengan friend request

Facebook ni untuk berkawan, tapi jangan terima kawan sesuka hati. Lagi lagi kalau ada friend request dari orang yang korang tak kenal atau meragukan, better jangan terima.

Kadang kadang diorang ni sebenarnya hacker atau pun scammer. Nanti mula tu dia mesej yang bukan bukan.

Elakkan download app APK luar

Kadang-kadang korang tergoda nak download app yang ada dalam Facebook tapi yang bukan dari official app store. Benda ni sebenarnya bahaya sebab ada banyak app APK ni yang boleh jadi pintu belakang untuk hacker masuk.

Stick dengan Play Store atau App Store je, lebih selamat. Kalau ada yang hantar link untuk korang download app tertentu, jangan sesekali buat! Semua tu perangkap.

Berhati-hati dengan link yang meragukan

Korang mesti pernah jumpa link yang menggiurkan dalam Facebook, kan? Contoh macam promo gila-gila atau gambar yang hot hot or video yang padu untuk korang tekan.

Jangan sesekali click! Sebab majoriti link tu sebenarnya phishing, bila korang click, membolehkan hacker collect data korang. Nak selamat, tahan sikit diri tu dari click benda yang bukan bukan.

Buat security check up secara berkala

Facebook ada feature security check up yang memang helpful. Gunakan feature ni untuk review settings keselamatan akaun korang. Dengan ni, korang boleh tahu apa yang perlu diperbaiki untuk keep akaun korang secure. Selalu la buat, baru lah akaun Facebook korang selamat.

Setup nombor phone dalam Facebook

Pastikan korang ada setup nombor phone korang dalam Facebook. Ini penting sebab kalau ada masalah login, Facebook boleh verify melalui no phone korang. Plus, benda ni juga membantu dalam two-step verification.

Gunakan lebih dari satu device untuk login

Ni satu lagi cara bijak.

Try login Facebook korang pada dua device yang berbeza, macam phone dan laptop. So kalau salah satu device korang hilang or terlogout, korang masih boleh login or buat approval dengan devices yang korang ada.

Sebab kadang kadang, bila korang nak login ke device baru, facebook akan minta pengesahan dari device lama. Kalau device lama korang hilang, agak susah sebenarnya korang nak login ke device baru tu.

Sebab tu korang kena ada 2 device untuk facebook korang. Kalau salah satu device hilang, masih ada device backup untuk approval.

Pilih password yang kuat

Password ni macam dinding pertahanan korang. Pilih yang panjang dan susah diteka. Campurkan huruf besar, huruf kecil, nombor, dan simbol. Jangan guna benda simple macam “123456” atau “password”. Tukar password korang setiap 6 bulan.

Download backup codes

Last but not least, download backup codes dari Facebook. Ini macam plan B kalau korang terkunci luar. Simpan codes ni di tempat yang selamat.

Kalau seandainya korang lupa password or hilang semua device, korang boleh gunakan backup code ni sebagai jalan terakhir untuk access masuk kedalam akaun facebook korang.

Dengan kaedah yang korang dah buat, akaun Facebook korang akan lebih selamat. Share artikel ni pada orang lain kalau korang rasa artikel ni berguna. TQ sebab baca.

Adakah artikel ni membantu?

Report jika artikel ini tidak tepat, bermasalah & perlu dibaiki.

Portal Hackers

Financial