Macam mana nak keluarkan duit dalam website pelaburan

Artikel ni dibuat untuk mangsa scam yang terkena scam dengan jumlah duit yang besar. Kalau korang baca ni korang mungkin mangsa scam yang ingin tahu dengan lebih jelas. If tak, korang mungkin sekadar pembaca yang ingin tahu.

Website pelaburan bukan bank

Website pelaburan itu hanya sekadar website dan bukannya bank. Website tidak dapat menyimpan duit yang dianggap real di mata bank.

Semua system yang menyimpan duit mestilah mendapatkan license khas dan dikawal ketat oleh Bank Negara Malaysia. Barulah system dapat menyimpan dan membuat transaksi kepada semua system yang mendapat license kerana semua transaksi dalam system dapat dilihat dengan jelas oleh BNM.

Contohnya macam Touch N Go, PayPal, Boost, Grab dan semua Digital Bank. Platform ni semua mendapat license, baru lah system diorang boleh menyimpan DUIT DIGITAL dan akan dianggap legit di mata BNM.

Manakala website pelaburan adalah website yang tidak mendapat license dan semua duit yang ada didalam tu dianggap palsu kerana tak memiliki data transaksi yang cukup.

So apa yang korang nampak didalam website pelaburan tu hanya lah sekadar NOMBOR yang tiada nilai di mata BNM. Semua no ni dikawal oleh owner website.

Kenapa diorang susah susah nak scam kalau diorang boleh manipulate duit dalam website diorang sendiri. Lepas tu withdraw je duit tu pada personal akaun. Kan mudah, kenapa sampai nak kena scam orang lain? Cuba fikir logik.

Website pelaburan sekadar orang tengah

Website pelaburan yang korang melabur kat dalam tu sebenarnya mengunakan payment gateway yang sah untuk melakukan transaksi. Duit dari bank korang akan masuk kedalam bank atau e wallet yang sudah dilinkkan ke dalam website.

Jadi bank korang dapat melakukan transaksi keatas bank yang lain melalui payment gateway yang disahkan sahaja.

Ini bermaksud duit korang tidak masuk kedalam website, kerana website itu hanyalah dashboard transaksi untuk menguruskan pelaburan yang korang dah labur kat dalam tu.

Duit dah masuk, boleh dapat balik tak?

Duit yang ada dekat dalam website tu memang tak boleh dikeluarkan kerana semua tu adalah TIPU DAYA scammer. Itu bukan duit yang sebenarnya.

So kalau korang nampak duit korang dah jadi berganda ganda sampai kepada puluhan ribu kat dalam website, itu semua adalah SCAM. Duit dalam website boleh di manipulate, kecuali platform yang berada dibawah pengawasan Bank Negara Malaysia.

Mana ada bank yang berani manipulate angka dalam system diorang sendiri. Sebab diorang sedang diperhatikan oleh Bank Negara Malaysia. Dah tentu tentu Bank Negara Malaysia akan tanya, macam mana duit ni tetiba boleh ada dalam system?

Bank pun menggelupur nak jawab. Kesudahannya license bank pun boleh kena tarik.

Kesimpulan

Nak kembalikan duit korang dari website pelaburan ke bank memang MUSTAHIL. Tapi tak bermakna korang tak boleh dapatkan balik duit korang. Just pergi buat report polis dan segera berurusan dengan pihak bank dan NSRC.

Adakah artikel ni membantu?

Report jika artikel ini tidak tepat, bermasalah & perlu dibaiki.

Sebarang masalah boleh hubungi kami di [email protected]

Related Article..

Portal Hackers

Financial