Jaga jaga dengan kerja part time buat task dalam website

9 min read

Kerja buat task secara part time dalam website ni ialah satu kerja yang kononnya boleh bagi korang duit dengan senang. Korang boleh buat kerja ni dari rumah secara online, tak payah kerja susah susah kat luar.

Nampak macam bestkan?

Tapi sebenarnya macam mana nak join?

Senang je, modus operansi task part time ni biasanya diorang akan buat iklan kat Facebook dan korang sendiri akan nampak iklan tu kat Facebook, so korang mungkin akan tertarik dengan iklan tu dan korang sendiri akan click dan daftar melalui website yang disediakan.

Lepas tu korang akan login dan korang akan nampak kat dalam website tu akan ada macam macam task yang disediakan. Sama macam Snuppee Mall.

Task ni boleh jadi macam macam. Ada yang kena promote barang, ada yang kena cari orang dan sebagainya. Tapi itu semua buat syarat je sebenarnya.

Task tu semua nampak simple, tapi bayaran dia masyuk. So kalau korang nak buat task tu, korang kena bayar dulu la. Bila korang dah bayar, korang akan dapat buat task.

Bila korang dah settle buat task, korang akan dapat duit. Tapi duit tu akan diberikan dalam e wallet yang disediakan iaitu dalam website tu sendiri. Bukan terus masuk bank.

Masa ni mesti korang rasa seronok kan? Sebab korang nampak hasil duit yang korang dapat hasil dari buat task.

Bila dah seronok, korang pun mesti nak terus kan lagi buat task. Tapi setiap task yang korang nak buat tu korang kena bayarlah. Kiranya macam melabur dulu untuk dapatkan income yang besar.

Sampai satu tahap tu, task seterusnya tu akan jadi lebih tinggi macam RM1000-RM2000. Tapi pulangan dia berganda ganda tinggi la. Bila buat task mahal, bayarannya pun mahal.

Mungkin korang kena bayar RM20,000 untuk satu task. Masa ni tak ada hal, sebab duit dalam E Wallet korang dah banyak. Tapi korang tak boleh usik. Jadi korang kena keluarkan duit sendiri.

So benda benda macam ni ramai terjebak dah. Buat duit mudah la katakan.

Photo by Milad Fakurian on Unsplash

Betul ke korang akan dapat balik duit tu?

Sebenarnya tipu je.

Bila korang dah bayar, korang memang akan dapat buat task tu. Korang pun buat lah, sebab nak dapat duit kan. Tapi bila korang dah buat task tu, duit tu hanya wujud dalam website sahaja, dan korang tak boleh keluarkan pun duit tu.

Kenapa?

Sebab diorang akan bagi macam macam alasan. Diorang akan cakap, korang kena buat lagi banyak task, atau korang kena tunggu masa tertentu, atau korang kena masukkan lagi duit dalam jumlah tertentu.

Akibatnya, korang pun terus menerus menghabiskan duit korang sendiri sampai licin, dan sampai bila bila pun korang takkan dapat keluarkan sebab benda ni memang dah confirm scam. Ramai orang dah terkena.

Macam mana nak elak dari kena tipu macam ni?

Cara paling senang nak elak dari kena tipu macam ni ialah, jangan terlibat langsung dengan benda benda macam ni. Kalau korang nampak website yang offer kerja part time buat task macam ni, jangan klik, jangan daftar, jangan bayar.

Kalau korang rasa nak buat duit online, cari lah cara yang betul. Jangan percaya sangat dengan benda benda yang nampak mudah sangat nak buat duit. Itu semua tipu.

Kalau mudah, tak ada la ramai orang miskin kat Malaysia ni. Jangan tamak, jangan bodoh, jangan kena tipu. Simple.

Apa lagi yang korang boleh buat untuk jaga diri korang?

Selain daripada jangan terlibat dengan kerja part time buat task dalam website ni, ada banyak perkara lagi yang korang boleh buat untuk jaga diri korang dari terkena dengan penipuan secara online ni.

Antaranya ialah:

  • Jangan masuk website yang link dia nampak pelik pelik. Kalau korang nampak website yang link dia macam www.taskparttime.com.my, atau www.duitmudah.com, atau www.klikiklan.com, atau apa apa je yang sama macam tu, jangan masuk. Sebab website ni biasanya nak tipu korang je. Kalau korang nak tahu website mana yang selamat dan mana yang tak, korang boleh check website kat portal Hackers Malaysia. Portal ni ada database website yang scam dan website yang legit. Korang boleh rujuk portal ni sebelum korang masuk mana mana website. Terutama website yang melibatkan duit yang besar.
  • Jangan bagi maklumat peribadi korang kepada sesiapa. Kalau korang daftar dengan website yang offer kerja part time buat task ni, diorang mungkin akan minta korang bagi maklumat peribadi, macam nama, alamat penuh, no IC, nombor akaun bank, dan sebagainya. Jangan sesekali bagi, sebab diorang boleh guna maklumat tu untuk menipu korang, atau cubaan untuk menipu orang lain dengan menggunakan nama korang sendiri. Kalau korang nak buat duit online, cari website yang tak minta maklumat peribadi korang, atau sekadar minta maklumat yang minimum je, macam email dan nama or no telefon. Kalau macam ni tak jadi masalah.

So itu lah penerangan tentang kerja part time buat task. Aku harap korang dapat faham dan jaga diri korang dari kena tipu dengan task part time dalam website ni.

Adakah artikel ni membantu?

Report jika artikel ini tidak tepat, bermasalah & perlu dibaiki.

Portal Hackers

Financial