18 OS yang biasa digunakan pada PC

Dalam dunia teknologi sekarang ni, Operating System (OS) ni dah jadi satu benda yang sangat penting untuk memastikan komputer atau laptop korang berfungsi dengan baik.

Bayangkan kalau tak ada OS, korang nak guna komputer macam mana? Pakai command ke?

Dari kerja harian sampai ke peringkat gaming, OS boleh mempengaruhi pengalaman korang dalam menggunakan PC. So dalam artikel ni, jom kita tengok 19 OS yang biasa digunakan pada PC.

1. Windows 10

Windows 10 ni memang dah famous 1 dunia. Sampai sekarang masih ramai yang pakai Windows 10 ni disebabkan kebolehannya yang versatile, sesuai untuk semua jenis pengguna – dari pelajar hingga ke profesional.

Dengan UI yang user-friendly, support banyak apps, dan update yang berterusan sampai sekarang, Windows 10 tetap menjadi pilihan ramai orang.

Walau macam mana pun, support untuk Windows 10 ni akan berakhir, dan korang yang masih gunakan Windows 10 ni disarankan untuk upgrade ke Windows 11.

2. Windows 11

Windows 11 adalah OS yang paling latest dalam keluarga Windows, Windows 11 ni menawarkan UI yang lebih modern, integrasi yang lebih baik dengan Teams, dan dah ada banyak peningkatan dalam bab performance.

Ramai yang upgrade windows 11 ni, sebab OS ni dah menarik minat pengguna kerana feature feature yang disediakan. Windows 11 ni juga dah di optimizekan untuk korang yang kaki gaming. Mana yang kaki gaming tu, wajib upgrade ke Windows 11.

3. macOS

Bagi korang yang lebih suka menggunakan produk Apple, macOS ni adalah jawapannya.

Dikenali dengan design yang sleek, integrasi yang sempurna dengan devices Apple yang lain, dan terkenal dengan kestabilan sistem, macOS memang pilihan tepat untuk pengguna yang mengutamakan produktiviti dan kreativiti.

Ramai designer dan programmer lebih prefer menggunakan macOS dari Windows.

4. Linux Ubuntu

Linux Ubuntu sesuai untuk korang yang suka buat eksperimen atau yang lebih tech-savvy. Dengan sistem yang open-source, korang boleh customize apa saja mengikut keperluan yang korang nak.

Plus, OS ni sangat secure dan less prone kepada virus. Memang sesuai sangat untuk developers atau korang yang nak belajar tentang computing dengan lebih mendalam.

5. Linux Mint

Linux Mint ni adalah OS untuk desktop dan laptop. Linux Mint dibuat untuk bekerja secara “out of the box”, Linux Mint juga ada menawarkan banyak kemudahan dengan UI yang sangat friendly.

Apa yang menarik pasal OS ni adalah, Linux Mint ni dilengkapi dengan banyak software pre-installed yang menjadikan setup untuk pengguna baru jadi lebih mudah. So korang yang suka guna Ubuntu, jangan lupa try juga Mint ni.

6. Chrome OS

Chrome OS ni dari Google, memang sesuai untuk korang yang banyak gunakan aplikasi web atau cloud-based services. OS ni direka untuk menjadi simple, secure dan paling penting pantas.

Dengan boot-up yang cepat dan maintenance yang sangat minimal, Chrome OS memang bagus digunakan untuk pelajar atau korang yang selalu on-the-go.

7. Fedora

Fedora, yang juga merupakan keluarga Linux, direka khas untuk hardware, clouds dan containers. Cuma Fedora ni dia lebih fokus kepada inovasi dan feature latest dalam bab software dan security. Sesuai untuk pengguna yang nakkan OS yang memang selalu up-to-date dengan teknologi terbaru.

8. macOS Monterey

Monterey bawa banyak perubahan pada macOS, termasuklah Universal Control yang membolehkan korang mengawal multiple Apple devices dengan satu mouse dan keyboard.

Juga, dengan focus modes, korang boleh minimize distractions dan fokus pada kerja.

9. Elementary OS

Elementary OS ni fokus kepada simplicity dan keindahan dalam UI. OS ni free dan open source.

Dengan design yang diinspirasi dari macOS, OS ini menawarkan pengalaman pengguna yang smooth dan intuitif, sesuai untuk yang baru nak berjinak dengan Linux.

Juga korang boleh customize untuk jadi OS ni nampak sama macam macOS.

10. Zorin OS

Zorin OS ni adalah alternatif kepada windows dan macOS.

Dengan UI yang korang boleh customize untuk jadikannya hampir sama dengan Windows atau macOS, Zorin OS menawarkan kemudahan transition yang smooth untuk pengguna baru ke Linux.

11. Manjaro

Manjaro ni based on Arch Linux dan dia best sebab dia user-friendly tapi masih maintain kekuatan dan flexibility Arch Linux.

Sesuai untuk korang yang dah ada sedikit pengalaman dengan Linux dan nak explore lebih dalam dengan distro yang stabil dan mudah di-customize. Kalau korang nak more extensive control pada hardware korang, Manjaro adalah jawapannya.

12. Debian

Debian ni antara yang paling stabil dan secure dalam dunia Linux. OS ni direka khas untuk pelbagai devices macam laptop, desktop dan server.

OS ni adalah asas untuk distro yang lain, termasuklah Ubuntu dan Mint.

So kalau korang nak cari sesuatu yang solid untuk server atau environment baru dalam deveploment, Debian ni jawapan dia.

13. FreeBSD

Bukan Linux, tapi FreeBSD ni satu lagi OS open-source yang memang powerful, digunakan khusus untuk server, appliances, dan storage systems. OS ni terkenal dengan performance, advanced networking, dan security features.

Sesuai untuk korang yang dalam bidang IT professional atau yang suka dengan system administration.

14. OpenSUSE

OpenSUSE ni adalah OS yang offer dua options: Leap dan Tumbleweed. Leap adalah versi yang lebih stabil, sementara Tumbleweed adalah rolling release, yang sentiasa update dengan software terbaru.

Kedua-duanya menawarkan environment yang stable dan rich features untuk developers dan professionals.

15. Solus

Solus ni unique sebab dia dibangunkan dari scratch dan fokus pada desktop use. Dengan environment yang sleek dan user-friendly, dia sesuai untuk everyday computing. Plus, dia optimize untuk performance, jadi korang boleh expect startup dan software loading yang cepat.

16. ReactOS

Kalau korang nak rasa nostalgia dengan Windows XP atau Windows 7 tapi dengan updates keselamatan modern, ReactOS boleh jadi pilihan. Project ni aim untuk compatible dengan Windows, membolehkan korang menjalankan semua apps dan drivers Windows pada OS yang lebih ringan dan open-source.

17. Kali Linux

Kali Linux memang tak direka untuk everyday use, tapi untuk security testing.

Dengan toolsets yang comprehensive untuk penetration testing, network analysis, dan forensics, Kali Linux ni menjadi pilihan utama bagi korang yang dalam bidang security professionals dan ethical hackers.

18. Arch Linux

Last but not least, Arch Linux ni untuk korang yang betul-betul nak control sepenuhnya pada sistem korang. Dengan pendekatan Do It Yourself (DIY), korang boleh build sistem dari ground up. Sesuai untuk pengguna advanced yang ingin belajar dengan lebih mendalam tentang Linux. Kalau korang user advanced, korang boleh gunakan Arch Linux.

Adakah artikel ni membantu?

Report jika artikel ini tidak tepat, bermasalah & perlu dibaiki.

Sebarang masalah boleh hubungi kami di [email protected]

Related Article..

Portal Hackers

Financial

Support