Pekerjaan Hackers yang ramai orang tak tahu

Maksud Hacker

Hacker adalah seorang yang pakar dalam bidang CyberSecurity & Programming. Kalau dia tak pandai programming maknanya dia bukan seorang hacker.

Hacker ada kemampuan untuk analisis dan mencari kelemahan dalam sistem dan mampu untuk tembus masuk dengan bypass semua security yang ada. Kebiasaannya hacker buat adalah untuk kepentingan diri sendiri.

Perlu diingatkan, access pada sistem tanpa kebenaran owner adalah perbuatan jenayah & melanggar undang undang yang boleh dihukum penjara.

pekerjaan hacker yang ramai tak tahu

Jenis jenis Hacker

  • White Hat Hacker
    adalah hacker yang bekerja untuk organisasi tertentu & mendapat keizinan untuk mencari kelemahan dalam sistem keselamatan mereka. Tujuan hack system adalah untuk improve & fix. So organisasi akan sentiasa improve security dalam system diorang. Hacker lain takkan dapat masuk lah. 
  • Black Hat Hacker
    ialah hacker yang melakukan hack untuk tujuan jenayah & merugikan orang lain. Hacking jenis ni termasuklah mencuri data peribadi, scam mangsa, blackmail dan sebagainya. 

Bukan semua Hacker itu penjenayah

Hacker selalu dipandang sebagai penjenayah yang melanggar undang undang dengan mencuri data orang lain dan melumpuhkan sistem Security. 

Sebenarnya bukan semua hacker itu buat aktiviti jenayah, dan tak semua hacker korang perlu pandang rendah. Masih ada ada hacker yang bekerja secara sah disisi undang undang dan boleh memberikan keuntungan pada sebuah organisasi atau syarikat.

  • Peluang pekerjaan

    Banyak syarikat perlukan pakar dalam bidang CyberSecurity, untuk protect data dan maklumat penting daripada serangan black hat hacker yang berbahaya. 

  • Membangunkan keupayaan teknikal

    Seorang hackers mesti mempunyai kemahiran teknikal yang boleh dipercayai dan boleh menyelesaikan masalah yang kompleks. Hackers mesti belajar & memahami tentang teknologi maklumat (IT), network dan sistem cybersecurity untuk menjalankan kerja kerja hacking. Proses ini membantu seseorang untuk mengembangkan kemahiran dalam bidang IT yang diperlukan dalam pelbagai bidang pekerjaan.

  • Menyumbang kepada keselamatan maklumat

    Hacker yang bekerja secara sah, boleh membuat sumbangan besar dalam meningkatkan keselamatan maklumat dan melindungi organisasi daripada serangan berbahaya. Tindakan hacking yang dilakukan oleh hacker dilakukan dengan kebenaran dan tujuannya adalah untuk upgrade keselamatan sistem dan melindungi organisasi daripada serangan berbahaya.

  • Potensi gaji tinggi

    Hacker yang mempunyai kemahiran teknikal yang tinggi, biasanya mampu memberikan penyelesaian untuk fix kan masalah keselamatan maklumat boleh mendapat gaji yang tinggi. Banyak syarikat dan organisasi sanggup membayar dengan harga premium untuk pekerja yang mempunyai kepakaran dalam bidang cyber security. 

Kesimpulannya, hacker tak semestinya jahat dan tak perlu kita pandang rendah dengan pekerjaan hacker. Hacker ada dua jenis, pertama WHITE HAT HACKER, kedua BLACK HAT HACKER.

Jabatan polis memang perlukan khidmat hacker untuk trace aktiviti penjenayah. Di samping itu, menjadi hacker boleh memberikan banyak faedah, seperti peluang pekerjaan, membangunkan kemahiran teknikal, menyumbang kepada keselamatan maklumat, dan potensi gaji yang tinggi.

Adakah artikel ni membantu?

Report jika artikel ini tidak tepat, bermasalah & perlu dibaiki.

Sebarang masalah boleh hubungi kami di [email protected]

Related Article..

Portal Hackers

Financial

Support