Perbezaan website static dan website dynamic

Website static:

Website static ni macam buku yang korang baca. Setiap kali korang buka, mesti isi kandungannya sama, dan takkan pernah berubah. Website static ni dibina dengan menggunakan HTML, CSS, dan kadang-kadang include dengan JavaScript.

Tapi, tak kira berapa kali korang refresh, content tetap sama.

Performance yang tinggi

Website static ni tersangat speed. Sebab apa? Sebab server tak perlu buat kerja banyak. Dia cuma hantar fail yang dah siap kepada browser korang.

Ini bermakna, takde proses backend yang akan berlaku, takde database queries yang perlu dijalankan.

Semua ni menjadikan website static sangat speed untuk korang download ke browser, dan benda ni memang bagus untuk pengalaman setiap user.

Security yang mantap

Takde database atau backend processing yang kompleks, jadi kurang risiko kena hack. Ini kerana website static biasanya hanya terdiri daripada fail-fail HTML, CSS, dan JavaScript yang tidak melibatkan interaksi dengan server selain dari permintaan fail.

Ini menjadikan ia lebih sukar untuk diserang kerana tidak ada ‘pintu belakang’ yang biasanya ada pada website dynamic.

Optimization yang mudah

Senang nak buat website korang jadi lebih pantas dengan teknik seperti minification dan compression. Minification ni adalah proses mengurangkan saiz fail dengan menghilangkan semua whitespace yang tidak perlu dan segala komen dalam coding.

Compression pula adalah proses memampatkan fail supaya ia menjadi lagi kecik dan ini membolehkan fail tersebut dihantar melalui network dengan lebih pantas.

Interaktiviti yang terhad

Korang tak boleh nak expect website static ni buat kerja dinamik macam login atau e-commerce. Ini sebab website static tak direka untuk mengendalikan data yang berubah-ubah dan memerlukan pertukaran data dengan database.

Pengurusan content

Nak update content? Kena buat secara manual, edit fail HTML satu per satu. Ini boleh jadi satu proses yang memakan masa dan memerlukan kemahiran teknikal tertentu.

Photo by Hal Gatewood on Unsplash

Bab cache dalam website static

Cache ni penting dalam dunia web. Untuk website static, cache ni macam ingatan jangka pendek yang boleh bantu mempercepatkan web korang dimuat turun pada browser.

Bila korang lawat website static, browser korang akan simpan salinan file tu. So bila korang request dia akan terus tunjuk copy.

Cache ni memang sangat membantu lagi lagi untuk website yang ada jumlah visitor yang sangat tinggi. Jimat CPU dan RAM kat situ.

Website Dynamic

Website dynamic ni ibarat pasar malam yang sentiasa meriah dan penuh dengan aktiviti. Setiap kali korang datang, mesti ada sesuatu yang baru. Takkan sama macam sebelum ni.

Dalam website dynamic, biasanya contentnya sudah dispesifikkan khas untuk korang sahaja. Lain orang lain contentnya. Contoh macam korang buka tiktok la. Tiktok ni ada satu system yang dipanggil sebagai algorithm yang direka untuk berubah dan menyesuaikan content dengan interaksi dari korang sendiri.

Interaktiviti yang tinggi

Website dynamic ni juga membolehkan user untuk berinteraksi dengan website. Contohnya, korang boleh login, isi borang, buat komen, atau buat pembelian melalui e-commerce. Semua ini berlaku secara real-time dan mengikut data yang user masukkan.

Pengurusan content jadi mudah

Dengan adanya sistem pengurusan kandungan (CMS), pengurusan website akan menjadi lebih mudah. Korang tak perlu tahu coding pun untuk update content. Cuma login ke dashboard, dan korang boleh tambah atau ubah apa saja dengan beberapa klik sahaja. Simple.

Performance slow

Walaupun website dynamic ni ada banyak fungsi, tapi dari segi performance tu mungkin agak sedikit lebih perlahan berbanding dengan website static.

Benda ni jadi disebabkan setiap kali halaman dimuatkan kedalam browser korang, server perlu menjalankan proses backend seperti mengakses database dan menjalankan script server-side. So semua process ni memerlukan masa yang sedikit panjang.

Kalau website dynamic ni tak di optimizekan dengan betul, memang akan sebabkan dia jadi lembab.

Security

Dari segi keselamatan, website dynamic memerlukan perhatian yang lebih khusus.

Sebab ada banyak interaksi pengguna dan transaksi data, website macam ni biasanya menjadi sasaran untuk hacker. So, penting untuk korang pastikan security dalam website dynamic ni betul betul secure.

Optimization

Optimization untuk website dynamic ni lebih kompleks. Korang perlu pastikan server dan database dioptimalkan supaya boleh menampung beban kerja yang tinggi. Teknik seperti caching dynamic dan load balancing boleh membantu meningkatkan speed website.

Bab cache dalam website dynamic

Cache dalam konteks website dynamic ni lebih kompleks.

Disebabkan content selalu berubah, cache perlu di update dengan lebih kerap untuk memastikan user mendapatkan data latest. Benda ni melibatkan strategi caching yang sangat advanced untuk memastikan performance web tak terjejas.

Adakah artikel ni membantu?

Report jika artikel ini tidak tepat, bermasalah & perlu dibaiki.

Sebarang masalah boleh hubungi kami di [email protected]

Related Article..

Portal Hackers

Financial

Support