Bila nak buat pinjaman peribadi, mana satu lagi mudah? Bank atau pemberi pinjaman berlesen? Masing masing ada kelebihan tersendiri. Kalau korang buat pinjaman peribadi dengan bank, itu jauh lagi selamat dari pemberi pinjaman berlesen. Tapi kalau korang nak mudah, pemberi pinjaman berlesen jauh lebih mudah dari bank. Jom tengok.
Syarat permohonan
Pinjaman bank
Kalau korang pilih pinjaman dengan bank, bersiap sedialah untuk sediakan banyak dokumen. Biasanya, korang kena sediakan slip gaji tiga bulan, penyata bank, kad pengenalan, dan mungkin surat pengesahan majikan. Bank akan tengok rekod CCRIS dan CTOS korang. Jadi, kalau ada apa-apa hutang tertunggak, memang susah sikit nak lepas.
Pemberi pinjaman berlesen
Untuk pemberi pinjaman berlesen pula, syarat dia lebih mudah. Korang cuma perlukan kad pengenalan dan slip gaji terkini. Proses dia pun lebih cepat sebab tak perlu banyak dokumen. Rekod CCRIS dan CTOS pun tak terlalu ketat. Kalau korang ada masalah dengan rekod kredit, masih ada peluang untuk dapatkan pinjaman.
Proses permohonan
Pinjaman bank
Proses permohonan pinjaman bank boleh ambil masa yang lama. Dari submit dokumen sampai dapat kelulusan, boleh makan masa beberapa minggu. Kadang-kadang sampai sebulan lebih. Proses dia teliti sebab bank nak pastikan korang mampu bayar balik pinjaman tu.
Pemberi pinjaman berlesen
Kalau korang perlukan duit segera, pemberi pinjaman berlesen memang pilihan terbaik. Proses permohonan dia boleh siap dalam masa sehari dua je. Lepas submit dokumen, korang boleh dapat kelulusan dalam masa beberapa jam atau sehari. Duit pun cepat masuk akaun. Senang sangat, kan?

Kadar Interest
Pinjaman bank
Interest rate dari pinjaman bank biasanya jauh lebih rendah berbanding pemberi pinjaman berlesen. Inilah salah satu kelebihan bank. Sebab bank ada sistem penilaian risiko yang ketat, jadi mereka boleh tawarkan kadar yang lebih kompetitif. Biasanya, kadar interest dia antara lingkungan 3% hingga 7% setahun, bergantung pada jenis pinjaman dan skor kredit korang.
Pemberi pinjaman berlesen
Kadar interest yang ditetapkan pemberi pinjaman berlesen pula biasanya lebih tinggi dari bank. Sebab proses dia lebih mudah dan risiko yang diambil pun lebih besar berbanding bank. Kadar interest dia boleh mencecah 12% sehingga 18% setahun. Tapi, kalau korang perlukan duit segera dan tak kisah bayar lebih, ini mungkin pilihan yang lebih praktikal.
Fleksibiliti bayaran balik
Pinjaman bank
Bank biasanya ada pelan bayaran balik yang lebih fleksibel. Korang boleh pilih tempoh pinjaman yang lebih panjang, dari satu tahun hingga 10 tahun. Jadi, bayaran bulanan korang boleh jadi lebih rendah. Tapi, kalau korang bayar balik awal, mungkin akan ada caj penalti.
Pemberi pinjaman berlesen
Pemberi pinjaman berlesen biasanya menawarkan tempoh bayaran balik yang lebih pendek, antara enam bulan hingga lima tahun. Bayaran bulanan mungkin lebih tinggi sebab tempoh yang lebih singkat. Tapi, kebanyakan pemberi pinjaman berlesen tak ada penalti kalau korang nak bayar awal. Jadi, kalau korang ada duit lebih, boleh settle awal.

Kesimpulan
Pinjaman bank
Kalau korang ada masa dan tak kisah dengan proses yang lebih lama, pinjaman bank mungkin pilihan yang baik sebab dia lebih selamat. Kadar interest yang bank offer pun jauh lebih rendah dan pelan bayaran balik dia lebih fleksibel. Tapi, korang kena bersedia dengan banyak dokumen dan mungkin perlu masa tunggu yang panjang.
Pemberi pinjaman berlesen
Kalau korang perlukan duit segera dan nak proses yang cepat dan mudah, pemberi pinjaman berlesen memang pilihan terbaik. Syarat dia tak ketat, proses cepat, dan tak banyak dokumen diperlukan. Cuma, korang kena bersiap sedia untuk bayar interest rate yang lebih tinggi dengan tempoh bayaran balik yang lebih pendek. Pilihan ditangan korang.
Adakah artikel ini membantu?