Pinjaman mudah dengan ahlong - Ini yang korang perlu tahu

Ahlong adalah pemberi pinjaman yang tidak berlesen.

Maksudnya diorang tak ikut undang undang untuk bagi korang pinjam duit. Diorang yang tentukan berapa interest yang korang perlu bayar, diorang yang tentukan terma dan syarat yang patut korang ikut. Dan apa akan jadi kalau korang tak bayar pun diorang yang tentukan.

Benda ni lah yang jadi bahaya sebab diorang ni tak dipantau oleh pihak berkuasa.

Sebab pinjam dengan ahlong

Korang buat pinjaman dengan ahlong sebab nak pinjam dengan ahlong lagi mudah dari korang meminjam dengan institusi kewangan yang ada lesen ni. Tapi korang kena ingat, bila korang dah start pinjam duit dengan ahlong, masalah tu akan datang kemudian. So korang patut proceed with caution.

Kalau korang tak pernah ada pengalaman pinjam dengan ahlong, better korang elakkan.

Pinjaman ahlong secara online? Baik korang lupakan
Artwork by HackersMalaysia.com

Pinjaman ahlong secara online majoriti SCAM!

Ramai ahlong yang beroperasi secara online sebab demand untuk pinjam duit ni sangat tinggi. Al maklumlah kita semua hidup di zaman yang sangat keras dan semua nya memerlukan duit.

Tapi korang kena berhati hati sebab dalam keadaan korang terdesak ni lah ahlong akan SCAM korang secara halus. Mungkin korang tahu, mungkin juga korang tak tahu.

Bila nak apply pinjaman, korang akan disuruh untuk download apps dari website diorang dan bila korang apply, korang takkan dapat apa yang korang demand.

Contohnya korang nak pinjam RM1000, tapi yang korang dapat cuma RM500, tapi korang kena bayar RM1000 sebab itu yang korang demand. Kiranya RM500 lagi tu sebagai interest lah. Tak masuk lagi dengan late payment. Sehari tak bayar mungkin interest korang akan naik sampai RM100 – RM200.

Lagi parah kalau korang tak bayar langsung, dari RM1000 yang korang pinjam tadi boleh jadi kepada 100k kalau korang asyik tertunggak dari masa kesemasa. Masa ni korang dah tak boleh hidup tenang lagi dah sebab ramai dah kena macam ni.

Jerat yang mengikat

Bila korang dah terima duit tu, bermulalah episod panjang yang penuh dengan pelbagai drama. Kalau korang lambat bayar, bunga akan naik mendadak. Dari situ, korang akan terperangkap dalam lingkaran hutang yang tak ada penghujungnya. Macam drama Melayu lah, ada twist dan turn, tapi ending dia jadi tak best lah.

Korang bayar, bayar, dan bayar – tapi baki hutang macam tak berkurang sikit pun. Kenapa? Sebab bunga yang diorang charge tu akan melebihi dari kemampuan korang sendiri. Sampai mampus pun korang takkan mampu nak bayar dan tak akan dapat nak settle.

Ini lah modus operandi yang diorang jalankan. Diorang akan buat korang bayar pada diorang sampai bila bila.

Pinjaman ahlong secara online? Baik korang lupakan
Artwork by HackersMalaysia.com

Pinjaman dari neraka

Pinjam duit dengan ahlong memang mudah. Bagi document penting macam IC, Download app yang diberi, dan buat pinjaman dalam app tu. Memang berbaloi sebab masalah korang akan selesai dan korang akan dapat pinjaman ni dalam masa yang singkat, tapi kelegaan korang hanya bertahan selama beberapa minggu.

Selepas tu bermula lah kehidupan di neraka dunia..

Kesimpulan: Mengemis lebih baik

Mengemis lebih baik dari buat pinjaman dengan ahlong.

Kalau korang betul-betul perlukan bantuan kewangan tapi tiada kelayakan, korang boleh je minta bantuan dari NGO yang kutip derma dari orang ramai.

Pusat Pungutan Zakat pun mungkin boleh bantu korang. Sebenarnya masih ada banyak lagi jalan yang selamat untuk korang pinjam.

Ingat, setiap masalah mesti ada jalan keluar. Jangan terburu-buru dan jangan letakkan diri korang dalam risiko yang tak berbaloi. Sharekan artikel ni kalau korang rasa bermanfaat.

Adakah artikel ni membantu?

Report jika artikel ini tidak tepat, bermasalah & perlu dibaiki.

Sebarang masalah boleh hubungi kami di [email protected]

Portal Hackers

Financial