Macam mana ahlong dapatkan data korang - Ini yang ramai tak tahu

9 min read

Korang pernah dengar tak ada orang kena ugut dengan ahlong untuk viralkan gambar dan data mangsa?

Kalau tak pernah, baik korang baca artikel ni sampai habis, sebab benda ni bukan benda main main. Ahlong zaman sekarang tak sama dah dengan ahlong zaman dulu.

Sekarang Ahlong dah advanced sebab diaorang boleh dapatkan semua maklumat korang semudah ABC. Ahlong boleh access gallery, app bank, password, note, sampai ke semua contact yang korang ada.

Persoalannya macam mana ahlong dapat semua ni? Jom baca.

Bila korang nak pinjam duit, diaorang akan bagi link

Biasanya, Ahlong ni akan target orang yang susah nak dapatkan pinjaman dari bank atau institusi kewangan lain. Diaorang akan offer pinjaman dengan syarat yang mudah dan cepat, tanpa perlu dokumen atau cagaran.

Ahlong ni akan bagi link pada korang untuk korang download app official diorang.

Tapi apa yang korang tak tahu, app ni sebenarnya bukanlah app yang biasa, tapi app yang direka khas untuk mencuri data peribadi korang. Bila korang klik link tu, korang akan dibawa ke website diorang kemudian meminta korang untuk install app tu dalam smartphone korang.

Korang mungkin ingat app tu untuk register dan proses pinjaman, tapi sebenarnya app tu lebih dari sekadar proses pinjaman.

Photo by Rami Al-zayat on Unsplash

Bila korang dah install app, ahlong dapat access masuk ke dalam smartphone korang

Bila korang install app tu, smartphone korang akan bagi tahu, yang korang kena “allow access” supaya app tu boleh access data korang.

Korang mungkin tak fikir panjang, dan terus tekan “allow” tanpa korang sedar apa akibatnya. Bila korang tekan “allow”, korang dah pun memberikan keizinan kepada app tu kuasa untuk access masuk ke dalam gallery, info dari app bank yang korang gunakan, password dalam note, whatsapp, dan contact korang.

App tu akan scan semua data yang ada dalam smartphone korang, dan hantar kepada ahlong. Ahlong akan dapat dan simpan data tu, dan akan digunakan untuk blackmail (ugutan).

Benda ni semua akan berlaku tanpa korang sedar, sebab app tu akan berjalan secara background, tanpa menganggu aktiviti dalam smartphone korang.

Bila korang tak bayar, ahlong akan guna data tu untuk ugut dan viral kan korang

Bila korang dah dapat pinjaman, korang kena bayar balik dengan interest yang tinggi.

Kalau korang tak bayar tepat pada waktu, atau tak dapat nak bayar interest yang tinggi, ahlong akan mula ugut korang.

Ahlong akan gunakan data peribadi korang, untuk buat korang takut dan sanggup buat apa sahaja.

Contohnya, diaorang boleh hantar gambar atau video yang sensitif dari gallery korang, dan ugut nak viral kan kalau korang tak bayar atau, diaorang boleh hantar gambar korang yang sensitif kepada semua contact korang, dan ugut untuk call atau message semua orang yang korang kenal, dan bagi tahu yang korang ada hutang dengan ahlong.

Masa ni korang mungkin akan menjadi panik, takut, dan sanggup buat apa sahaja yang diaorang suruh. Masa ni lah, ahlong akan peras duit korang sampai korang jatuh miskin.

Korang juga akan hilang maruah, reputasi, dan hubungan dengan keluarga dan kawan kawan. So benda ni bukan benda yang main main.

Jadi, hati hati bila berurusan dengan ahlong yang macam ni

Sekarang korang dah tahu, macam mana ahlong gunakan app untuk curi data peribadi korang. Jadi, hati hati bila berurusan dengan ahlong yang macam ni.

Jangan mudah terpedaya dengan offer pinjaman yang mudah dan cepat, tapi ada syarat yang merugikan korang. Jangan sesekali download atau install app yang tak dikenali.

Photo by Balázs Kétyi on Unsplash

Pinjam dari RinggitPlus

Kalau korang betul betul nak pinjam duit, cuba cari dengan cara yang selamat.

Salah satu cara yang boleh korang cuba adalah pinjam dari RinggitPlus. RinggitPlus ni adalah platform yang boleh bantu korang compare dan apply pinjaman dari pelbagai pemberi pinjaman yang berlesen dan sah.

RinggitPlus ni takkan suruh korang download app apa apa, sebab semua proses boleh buat online melalui website diaorang.

Korang cuma kena isi borang yang simple, dan tunggu approval dari pemberi pinjaman yang korang pilih. RinggitPlus juga akan bagi korang free gift, macam smartphone, laptop, atau voucher, bila korang apply pinjaman melalui diaorang.

Bagi document yang perlu je pada yang beri pinjam

Bila korang nak apply pinjaman, ada beberapa document yang korang kena bagi pada pemberi pinjaman, macam IC, slip gaji, atau penyata bank.

Document ni penting untuk verify identiti dan kelayakan korang. Tapi, jangan bagi document yang lebih lebih, atau yang tak perlu, sebab nanti boleh jadi masalah.

Contohnya, jangan bagi document yang ada maklumat sensitif, macam password, PIN, atau OTP. Jangan bagi document yang ada gambar atau video yang boleh malukan korang.

Pemberi pinjaman berlesen takkan suruh korang install app apa apa melainkan app tu memang dah ada dalam playstore atau apps store

Pemberi pinjaman yang berlesen, takkan suruh korang install apa apa app, melainkan app tu memang dah ada dalam playstore atau apps store.

Yang ni tak apa, sebab dah diluluskan oleh pihak Google atau Apple. Tapi still kena hati hati.

Kalau korang download dari website diaorang, korang tak tahu apa yang ada dalam app tu, malware ke, apa ke, macam macam. Data korang ni penting. Whatsapp pun diorang boleh baca.

Jadi, kalau ada pemberi pinjaman yang suruh korang install app yang tak ada dalam playstore atau apps store, jangan buat.

Sebab, app tu mungkin ada virus, spyware, atau trojan, yang boleh curi data peribadi korang. Kalau korang install app tu, korang mungkin akan menjadi mangsa ahlong yang tak bertanggungjawab.

Jangan risikokan keselamatan dan privasi korang, demi pinjaman yang tak pasti.

Adakah artikel ni membantu?

Report jika artikel ini tidak tepat, bermasalah & perlu dibaiki.

Portal Hackers

Financial