Nak buat pinjaman peribadi dari bank tapi korang nak dapatkan pinjaman dari bank yang terbaik kan? Artikel ni memang ditulis untuk korang yang sedang mencari bank terbaik. Jom tengok beberapa bank yang kami dah senaraikan dalam artikel ini. Harap dapat membantu korang untuk buat pilihan yang lebih bijak.

Pinjaman peribadi Maybank

Maybank adalah bank yang paling famous dalam Malaysia. Semua orang kenal dengan Maybank dan hampir kesemua rakyat Malaysia ada akaun dengan Maybank.

Jadi bila korang nak buat pinjaman peribadi, Maybank adalah salah satu bank yang terbaik untuk korang dapatkan pinjaman. Maybank antara yang menawarkan pinjaman dengan interest yang rendah. Antara kelebihan utama:

  • Kadar faedah rendah: Interest bermula dari 6.5% p.a. Kalau ada promosi dia akan jadi paling rendah iaitu 5.5% p.a. Ni memang antara yang terendah kat pasaran.
  • Jumlah pinjaman: Dari RM5,000 hingga RM100,000. So, korang boleh pinjam ikut keperluan. Lagi tinggi pinjaman yang korang buat, lagi rendah interest rate yang dikenakan.
  • Tempoh pembayaran balik: Maximum sehingga 6 tahun. Fleksibel sangat, boleh adjust ikut kemampuan.
  • Tanpa penjamin dan cagaran: Tak perlu pening kepala cari penjamin atau letak cagaran.
  • Proses cepat: Biasanya approval dalam masa 48 jam je.
Pinjaman peribadi bank terbaik di Malaysia - Ramai nak tahu
Credit to Utusan Malaysia

Antara pinjaman yang ditawarkan oleh Maybank

  • Maybank Personal Loan
  • Maybank Salary Loan
  • Pembiayaian peribadi Maybank
  • Maybank Islamic Personal Financing – i

Hasil dari semakan, ramai yang berpuas hati dengan pinjaman peribadi dari Maybank ni. Kalau korang ada akaun Maybank, lagi senang proses dia.

Pinjaman peribadi CIMB Bank

CIMB Bank adalah bank kedua yang terkenal selepas Maybank. CIMB Bank juga ada menawarkan pinjaman peribadi yang memudahkan urusan korang. Salah satu pinjaman peribadi dari CIMB ni adalah GoPinjam yang ada dalam app Touch N Go. CIMB tawarkan pakej pinjaman yang sesuai untuk pelbagai keperluan korang:

  • Kadar faedah kompetitif: Kadar interest lebih rendah dari Maybank sebab dia bermula dari 4.38% p.a. Memang berbaloi.
  • Jumlah pinjaman: Dari RM800 sehingga RM100,000. Sesuai untuk keperluan urgent.
  • Tempoh pembayaran balik: Maximum sehingga 5 tahun. Tak terlalu lama, tak terlalu singkat.
  • Proses cepat: Kelulusan dalam masa 24 jam untuk pemohon yang layak.
  • Tanpa penjamin dan cagaran: Sama macam Maybank, tak perlu penjamin atau cagaran.

Antara pinjaman yang ditawarkan oleh CIMB Bank

  • Pinjaman Peribadi Cash Plus
  • Pembiayaan Bertempoh-i Dijamin Oleh Sijil ASB
  • Kemudahan Overdraf Bercagar CIMB
  • Pinjaman Peribadi e-Zi Tunai

CIMB juga ada platform online yang mesra pengguna. Korang boleh apply pinjaman peribadi secara online je, mudah dan cepat.

Pinjaman peribadi RHB Bank

RHB Bank juga ada tawarkan pinjaman peribadi yang fleksibel dan berpatutan. Antara ciri-ciri utama pinjaman peribadi dari RHB Bank:

  • Kadar faedah menarik: Kadar interest bermula dari 5.75% p.a.
  • Jumlah pinjaman: Dari RM2,000 sehingga RM300,000. Sesuai untuk pelbagai keperluan.
  • Tempoh pembayaran balik: Maximum sehingga 10 tahun. Tempoh paling lama yang diorang offer antara bank yang lain.
  • Proses permohonan cepat: Kelulusan dalam masa 48 jam.
  • Tiada caj tersembunyi: Transparent dan jelas, korang takkan terkejut dengan caj yang tiba-tiba muncul.

RHB Bank ni memang terkenal dengan savings account. Mana mana nak masuk duit gaji dalam savings account boleh la buka kat RHB Bank ni. Customer servis diorang pun memang terbaik setakat ni. Jadi, korang boleh expect pengalaman yang lancar dan mudah.

Pinjaman peribadi Hong Leong Bank

Hong Leong Bank antara bank yang banyak memudahkan pengguna. Boleh open account semudah ABC, boleh apply pinjaman dan sebagainya. Ciri-ciri utama termasuk:

  • Kadar faedah rendah: Interest rate bermula dari 5% p.a. Antara yang terendah dan terbaik.
  • Jumlah pinjaman: Dari RM5,000 sehingga RM250,000. Antara jumlah maksimum yang tertinggi.
  • Tempoh pembayaran balik: Sehingga 5 tahun sahaja. Sesuai untuk yang nak fleksibiliti.
  • Proses permohonan mudah: Boleh apply online dengan dokumen yang minimum.
  • Tiada penjamin dan cagaran diperlukan: Memudahkan proses permohonan.

Hong Leong Bank ni memang sesuai untuk korang yang nak pinjam duit dalam jumlah yang besar dengan kadar faedah yang rendah.

Pinjaman peribadi Public Bank

Public Bank antara bank yang juga terkenal dengan pinjaman peribadi yang kompetitif. Antara kelebihan utama yang ada pada Public Bank:

  • Kadar faedah rendah: Bermula dari 4.99% p.a. Memang rendah berbanding yang lain.
  • Jumlah pinjaman: Dari RM5,000 hingga RM150,000. Sesuai untuk pelbagai keperluan.
  • Tempoh pembayaran balik: Sehingga 5 tahun. Fleksibel dan sesuai untuk perancangan jangka panjang.
  • Proses permohonan cepat: Kelulusan dalam masa 48 jam.
  • Tanpa penjamin dan cagaran: Tak perlu pening kepala cari penjamin atau letak cagaran.

Public Bank ni memang sesuai untuk korang yang nak kadar faedah yang rendah dan proses yang cepat. Nak apply Public Bank secara online boleh apply di RinggitPlus.

Pinjaman peribadi bank terbaik di Malaysia - Ramai nak tahu
Credit to Malay Mail

Pinjaman peribadi HSBC Bank

HSBC Bank pun ada tawarkan pinjaman peribadi yang menarik. Antara kelebihan pinjaman peribadi dari HSBC:

  • Kadar faedah kompetitif: Bermula dari 6.5% p.a.
  • Jumlah pinjaman: Dari RM6,000 hingga RM150,000. Sesuai untuk keperluan besar dan kecil.
  • Tempoh pembayaran balik: Sehingga 7 tahun. Fleksibel ikut kemampuan korang.
  • Proses permohonan cepat: Kelulusan dalam masa 24 jam.
  • Tanpa penjamin dan cagaran: Tak perlu pening kepala dengan penjamin atau cagaran.

HSBC Bank ni sesuai untuk korang yang nak pinjaman peribadi dengan kadar faedah kompetitif dan proses yang cepat.

Pinjaman peribadi Standard Chartered Bank

Standard Chartered Bank juga tawarkan pinjaman peribadi yang fleksibel dan berpatutan. Cuma interest agak sedikit tinggi kalau compare dengan bank yang lain. Ini yang korang boleh tengok:

  • Kadar interest menarik: Interest rate bermula dari 7.80% p.a.
  • Jumlah pinjaman: Dari RM1,000 hingga RM200,000. Fleksibel untuk pelbagai keperluan.
  • Tempoh pembayaran balik: Max sehingga 5 tahun. Sesuai untuk perancangan jangka panjang.
  • Proses permohonan mudah: Boleh apply online dengan dokumen yang minimum.
  • Tiada penjamin dan cagaran diperlukan: Mudahkan proses permohonan.

Standard Chartered Bank ni sesuai untuk korang yang nak pinjaman peribadi dengan proses yang mudah dan cepat.

Pinjaman peribadi Alliance Bank

Alliance Bank juga menawarkan pinjaman peribadi yang menarik dengan pelbagai kelebihan. Antara ciri-ciri utama pinjaman peribadi dari Alliance Bank:

  • Kadar interest menarik: Bermula dari 4.99% p.a. Kadar faedah yang rendah dan kompetitif.
  • Jumlah pinjaman: Dari RM5,000 hingga RM300,000. Sesuai untuk pelbagai keperluan kewangan.
  • Tempoh pembayaran balik: Sehingga 7 tahun. Tempoh yang panjang memberi fleksibiliti dalam pembayaran.
  • Proses kelulusan cepat: Kelulusan dalam masa 24 jam. Proses yang efisien untuk memenuhi keperluan mendesak.
  • Tiada penjamin dan cagaran: Memudahkan proses permohonan tanpa perlu mencari penjamin atau menyediakan cagaran.

Alliance Bank juga dikenali dengan customer service yang mesra dan efisien, memastikan pengalaman yang mudah dan lancar untuk pemohon.

Personal Loan

Apply pinjaman bank melalui RinggitPlus. Mudah & cepat!

Pinjaman peribadi Al Rajhi Bank

Al Rajhi Bank adalah Bank Islam yang terbesar di dunia yang menawarkan pinjaman peribadi berlandaskan prinsip syariah. Antara kelebihan pinjaman peribadi dari Al Rajhi Bank:

  • Kadar interest tetap: Interest rate bermula dari 6.20% p.a. Mengikut prinsip syariah dan tiada perubahan kadar sepanjang tempoh pinjaman.
  • Jumlah pinjaman: Dari RM10,000 hingga RM250,000. Sesuai untuk keperluan besar dan kecil.
  • Tempoh pembayaran balik: Sehingga 8 tahun. Antara yang paling lama antara bank yang lama.
  • Proses permohonan mudah: Boleh dilakukan secara online dengan dokumen minimum.
  • Tiada penjamin dan cagaran: Memudahkan proses permohonan tanpa perlu penjamin atau cagaran.

Al Rajhi Bank sesuai untuk korang yang mencari pinjaman peribadi berlandaskan prinsip syariah dengan kadar faedah tetap dan proses yang mudah.

Pinjaman peribadi bank terbaik di Malaysia - Ramai nak tahu
Credit to Facts.net

Kesimpulan

Jadi itulah senarai pinjaman peribadi bank terbaik yang ada di Malaysia. Setiap bank ada kelebihan dan keistimewaan masing-masing. Korang kena fikir betul-betul tentang keperluan dan kemampuan korang sebelum membuat pinjaman dengan bank. Pastikan korang baca terma dan syarat dengan teliti supaya korang tak ada masalah di kemudian hari. Kalau korang rasa artikel ni bermanfaat, beri feedback kepada kami dan sharekan pada orang lain.

Jom apply Pinjaman Peribadi disini..

Kami sentiasa memastikan anda sentiasa selamat, jadi tiada platform yang kami tulis melainkan platform tu adalah LEGIT!

Tinggalkan Pendapat Anda