Macam mana nak dapatkan Sloan?

Apa itu Sloan?

Sebelum kita teruskan, jom kita fahamkan dulu apa sebenarnya Sloan ni. 

Sloan adalah pinjaman peribadi yang ditawarkan dari Shopee pada pengguna-pengguna yang aktif. Aktif ni maksudnya korang banyak buat pembelian barang kat shopee la, bukan tengok tengok je. 

Nak dapat Sloan ni tak mudah. Shopee bagi secara random je. Ada banyak faktor yang Shopee tengok sebelum dia nak bagi Sloan pada korang.

Macam mana Shopee tentukan siapa yang dapat Sloan?

Aktiviti di Shopee

Shopee tak sembarangan je bagi Sloan. Diorang tengok pada aktiviti korang dalam aplikasi. 

Jadi, kalau korang selalu shopping, selalu klik dan selalu aktif, kemungkinan besar lah korang akan dapat Sloan.

Pembelian korang

Shopee juga tengok pada sejarah pembelian korang. Kalau korang selalu beli barang dan tak pernah ada masalah seperti pembatalan order ke, komplain ke, korang punya peluang untuk dapat Sloan tu tinggi lah.

Bayaran melalui SPayLater

Ni penting, guys! Kalau korang guna SPayLater sebagai kaedah pembayaran dan bayar cantik-cantik, Shopee akan consider korang untuk dapat Sloan. 

Jadi, make sure korang bayar on time dan tak ada masalah dengan kredit.

CTOS korang clean

Pastikan korang tak ada hutang dengan syarikat lain macam astro, unifi & lain lain yang berkaitan Pastikan korang bayar sentiasa cantik.

Kalau korang dapat Sloan tapi CTOS tak clean maknanya korang bernasib baik je tu. Mungkin pekerja shopee tak check betul betul. 

Tips & tricks untuk dapatkan Sloan

Jadi pengguna yang aktif

Senang je, korang kena aktif. Bukan setakat login je, tapi browse, klik, dan beli barang.

Jangan lupa juga untuk join semua jenis permainan dan aktiviti yang Shopee anjurkan. Baru la dikira aktif. Janji shopee dapat duit. 

Bayar SPayLater on time

Kalau korang guna SPayLater, pastikan bayar on time. Takde tunggak atau apa, sebab Shopee suka pengguna yang bayar cantik.

Jangan buat masalah

Ini common sense je, tapi better kita sebut. Jangan buat masalah macam cancel order banyak kali ke, komplain tak tentu pasal ke, buat cash out ke. 

Benda ni Shopee tak suka. Kalau shopee detect korang buat cash out, confirm kena suspend. 

Last but not least, bersabar!

Jadi, bersabar dan teruskan jadi pengguna Shopee yang awesome! 

Semoga korang berjaya dapatkan Sloan dan happy shopping! Jangan lupa share artikel ni dengan member-member korang yang lain. Selamat mencuba!

Artikel berkaitan

Adakah artikel ni membantu?

Report jika artikel ini tidak tepat, bermasalah & perlu dibaiki.

Sebarang masalah boleh hubungi kami di [email protected]

Related Article..

Portal Hackers

Financial

Support