Zaman sekarang orang lebih suka pinjam dengan pemberi pinjaman berlesen dari bank tu sendiri. Sebab apa? Sebab money lender zaman sekarang memudahkan urusan korang tanpa banyak soal macam bank. Kalau nak buat pinjaman dengan bank, leceh gila.

Orang tengah terdesak nak pakai. Tapi macam macam document yang diorang nak. Siap nak tengok skor kredit lagi. Leceh sangat sangat.

Dan disebabkan inilah wujudnya money lender atau pemberi pinjaman berlesen yang mana diorang punya urusan tu lagi memudahkan urusan korang. Lebih cepat dari nak pinjam dengan bank.

1. Proses apply kat bank memang leceh

Kalau korang pernah cuba apply pinjaman kat bank, mesti korang tahu betapa lecehnya proses tu. Banyak gila dokumen yang diorang minta. Kadang-kadang, sampai berulang-alik ke bank pun belum tentu settle.

Nak kena bagi slip gaji, penyata bank, surat pengesahan majikan, dan macam-macam lagi. Kadang-kadang tu rasa macam nak putus asa je sebab banyak sangat benda nak kena buat. Lagi-lagi kalau korang busy dengan kerja. Memang susah nak cari masa nak uruskan semua tu.

2. Banyak syarat yang ketat

Bank ni pulak bukan setakat minta dokumen je, syarat-syarat dia pun ketat gila. Kalau korang ada sedikit masalah kredit je, memang susah nak lulus.

Diorang nak tengok rekod pembayaran korang dulu, kalau ada hutang tak bayar atau lambat bayar, memang susah sikit nak lepas. Lagi-lagi kalau korang ni kerja sendiri atau tak ada pendapatan tetap. Bank memang kurang suka bagi pinjaman kat orang yang ada pendapatan tak stabil.

9 sebab kenapa ramai orang apply dengan pemberi pinjaman berlesen
Image by jcomp on Freepik

3. Masa menunggu yang lama

Proses nak tunggu keputusan dari bank ni pun boleh makan masa berminggu-minggu. Kalau korang betul-betul perlukan duit dengan cepat, memang bank bukan pilihan yang terbaik. Kadang-kadang tu, lepas tunggu lama-lama, dapat jawapan pun pinjaman korang tak lulus. Frust gila kan? Bayangkan dah susah-payah kumpul semua dokumen, tunggu lama-lama, last-last dapat jawapan negatif.

4. Banyak caj tersembunyi

Bila korang apply pinjaman kat bank, kadang-kadang tu ada banyak caj tersembunyi yang korang tak perasan. Ada caj pemprosesan, caj pentadbiran, dan macam-macam caj lain. Semua tu akan buatkan jumlah yang korang kena bayar jadi lebih banyak dari yang korang sangka. Sebab tu penting untuk korang baca semua terma dan syarat dengan teliti sebelum sign apa-apa dokumen.

5. Tak semua orang layak

Kalau korang ada sedikit masalah kredit je, bank memang susah sangat nak bagi pinjaman. Lagi-lagi kalau korang ni fresh graduate atau baru je mula kerja, tak ada rekod kredit yang baik. Bank lebih suka bagi pinjaman kat orang yang ada rekod kredit yang bagus dan pendapatan yang stabil. Jadi, ramai orang yang tak layak apply pinjaman kat bank ni.

6. Proses online yang complicated

Zaman sekarang ni, banyak bank dah mula offer apply pinjaman secara online. Tapi, proses dia tetap complicated. Korang masih kena upload banyak dokumen, dan kadang-kadang tu website diorang pun bukannya user-friendly sangat. Boleh buatkan korang rasa pening kepala je nak uruskan semua tu.

7. Platform yang berkaitan bank pun susah

Bukan bank je susah, platform yang berkaitan dengan bank macam institusi kewangan yang ada kaitan dengan bank pun susah jugak.

Contoh paling mudah macam GoPinjam dalam Touch N Go.

Ini under CIMB dan bukan orang layak. Lagi lagi yang bekerja sendiri. Proses dia lebih kurang sama je macam apply kat bank. Banyak dokumen nak kena submit, syarat ketat, dan masa menunggu yang lama. Jadi, orang pun tak berapa minat nak apply kat sini jugak.

8. Licensed money lenders lagi mudah

Sebab tu ramai orang suka buat pinjaman dengan licensed money lenders sebab proses dia jauh lebih mudah dan cepat. Korang tak perlu sediakan banyak dokumen, dan syarat dia pun tak ketat macam bank. Selalunya, korang cuma perlu bagi IC dan bukti pendapatan je. Proses pun cepat, kadang-kadang tu boleh dapat keputusan dalam masa beberapa jam je.

9 sebab kenapa ramai orang apply dengan pemberi pinjaman berlesen
Image by tonodiaz on Freepik

9. Keputusan cepat

Kalau korang perlukan duit dengan cepat, pemberi pinjaman berlesen memang pilihan yang terbaik. Proses dia cepat dan korang boleh dapat keputusan dalam masa beberapa jam je. Tak perlu tunggu berminggu-minggu macam kat bank. Kalau korang betul-betul dalam kesempitan duit, memang ini pilihan yang paling sesuai.

Kesimpulan

Jadi, itulah 9 sebab utama kenapa ramai orang sekarang ni lebih suka apply pinjaman peribadi.

Kalau korang tengok balik, memang banyak betul masalah kalau apply kat bank. Kami nasihatkan kepada pihak bank supaya mudahkan urusan pinjaman kepada public jika nak bertahan lama.

Kalau tak, banyak money lender yang tumbuh macam cendawan akan potong pinjaman dari bank.

Contoh paling mudah SEA MONEY CAPITAL. Senang sangat nak buat pinjaman dengan diorang. Hanya bagi melalui Sloan je tanpa sebarang document kecuali IC. Sharekan artikel ni kalau korang rasa bermanfaat.

Tinggalkan Pendapat Anda