8 sebab untuk tidak menderma pada organisasi yang bukan NGO

Rakyat Malaysia ni baik hati dan suka menderma kalau ada yang minta derma. Tapi berhati hati kalau korang nak derma dalam jumlah yang besar, sebab ada beberapa perkara yang korang kena tengok dulu untuk pastikan apa yang korang derma tidak disalah gunakan.

Apa Itu NGO

NGO adalah singkatan dari Non-Governmental Organization (Organisasi Bukan Kerajaan), adalah sebuah organisasi yang beroperasi secara bebas daripada kerajaan.

Biasanya, NGO ni ditubuhkan oleh individu atau kumpulan yang berkongsi dengan tujuan yang sama, selalunya NGO ni dibangunkan untuk tujuan kebajikan, kemanusiaan, alam sekitar, kesihatan, pendidikan, dan hak asasi manusia.

Untuk menjadi sebuah NGO, korang kena daftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia yang digelar sebagai ROS. Kalau korang nak tahu organisasi tu NGO yang sah atau pun tidak, korang boleh buat semakan di website official ROS.

Kalau nama organisasi tu tiada dalam website official ROS, maknanya diorang bukan NGO.

Fungsi dan tujuan NGO

  1. Bantuan kemanusiaan: NGO sering terlibat dalam memberi bantuan kepada mangsa bencana alam, perang, atau krisis kemanusiaan. Mereka membantu menyediakan makanan, tempat tinggal, perubatan, dan keperluan asas lain.
  2. Pendidikan dan kesedaran: Banyak NGO fokus pada meningkatkan kesedaran masyarakat tentang isu-isu penting seperti kesihatan, pendidikan, dan hak asasi manusia. Mereka juga mungkin menjalankan program latihan dan pendidikan untuk meningkatkan taraf hidup komuniti.
  3. Perlindungan alam sekitar: Ada NGO yang bekerja untuk melindungi alam sekitar. Mereka mungkin terlibat dalam kempen menentang pencemaran, pemuliharaan hutan, dan usaha untuk mengurangkan perubahan iklim.
  4. Hak asasi manusia: NGO dalam bidang ini berjuang untuk melindungi dan mempromosikan hak asasi manusia. Mereka mungkin terlibat dalam advokasi, penyelidikan, dan menyediakan sokongan kepada mangsa pelanggaran hak asasi manusia.
Photo by Mufid Majnun on Unsplash

Ciri-ciri NGO

  1. Tidak berasaskan keuntungan: NGO dibuat bukan untuk bertujuan untuk mendapatkan keuntungan. Sebarang dana yang diperolehi digunakan untuk mencapai matlamat organisasi, bukan untuk kepentingan peribadi.
  2. Bebas dan autonomi: NGO beroperasi secara bebas dari pengaruh kerajaan atau entiti komersial. Ini membolehkan diorang bekerja dengan lebih bebas dan fokus kepada misi mereka.
  3. Didaftarkan secara rasmi: NGO didaftarkan secara rasmi dengan kerajaan atau badan antarabangsa, yang memberikan mereka kredibiliti dan kepercayaan daripada orang awam.
  4. Support melalui derma: Dana untuk NGO biasanya datang daripada derma orang ramai, geran daripada organisasi lain, atau pembiayaan daripada badan antarabangsa.

Kenapa NGO ni penting

NGO adalah satu organisasi yang sangat penting pada masyarakat.

Mereka mengisi jurang di mana kerajaan mungkin tidak dapat nak capai atau memberi perhatian yang cukup kepada semua rakyat. Dengan sumber daya yang terhad, NGO boleh bergerak dengan lebih pantas dan lebih fleksibel untuk membantu mereka yang memerlukan.

Ada 8 sebab kenapa korang kena jauhkan diri dari organisasi yang bukan NGO.

1. Tidak telus

Dalam organisasi NGO, ketelusan adalah kunci. Tapi, dalam organisasi yang bukan NGO, ketelusan ni kadang-kadang memang tak ada langsung. Diorang bangunkan organisasi dengan peraturan yang diorang sendiri dah tetapkan.

Korang yang derma pun takkan tahu ke mana duit tu pergi, siapa yang menguruskan, dan apa yang dorang buat dengan dana tu. Kalau macam ni, siapa siapa pun boleh buat dan mudah lah nak dapat duit free. Lepas tu korang pun tak tahu kemana duit korang tu dibelanjakan. Kalau korang tak nak bazirkan duit korang, korang kena tahu dengan NGO mana korang berurusan.

2. Risiko penipuan

Dulu scam RM5 – RM20 boleh lah, tapi sekarang zaman dah semakin canggih, sekarang ni siapa siapa je dah boleh buat platform sendiri, lepas tu diorang boleh buat campaign untuk minta dana dari orang ramai. Kadang platform tu nampak macam legit, itu yang orang ramai jadi trust.

Banyak je lagi kes penipuan yang terjadi kat Malaysia ni, contohnya macam umrah, pelaburan, doktor palsu dan sebagainya. Nak minta derma ni bukan satu isu sebenarnya, dia yang jadi masalah tu bila organisasi tu tidak berdaftar sebagai NGO.

Ini yang boleh menyebabkan adanya risiko penipuan sebab kita tak nampak kemana duit tu akan disalurkan. Pertubuhan yang tidak berdaftar boleh bypass audit macam tu je. So duit boleh kena songlap.

3. Tiada pengawasan

Organisasi yang bukan NGO biasanya tidak diawasi dan tidak diaudit oleh pihak berkuasa. Sebab tu, dorang boleh buat apa sahaja dengan duit derma korang. Berbeza dengan NGO yang selalu diaudit dan diawasi untuk pastikan semua urusan berjalan dengan betul. Tanpa pengawasan ni, risiko untuk dana disalah guna memang tinggi. Silap silap masuk poket semua.

4. Fokus yang tak jelas

NGO biasanya ada misi dan visi yang jelas. Dorang tahu apa yang dorang nak capai dan siapa yang dorang nak bantu. Tapi, organisasi yang bukan NGO ni kadang-kadang fokus dorang tak jelas.

Dorang mungkin cakap nak bantu golongan miskin, tapi tak ada pelan konkrit. Jadi, susah nak pastikan yang derma korang betul-betul sampai kepada mereka yang memerlukan. Tambahan pulak duit yang korang derma tu boleh jadi akan masuk ke poket sendiri.

5. Pengurusan yang tidak professional

Pengurusan dalam organisasi yang bukan NGO selalunya memang tak professional. Dorang mungkin akan buat satu cara pengurusan mengikut kehendak diorang sendiri. Diorang boleh tetapkan berapa jumlah fee yang diorang boleh ambil, diorang boleh tetapkan sendiri berapa jumlah komisyen yang boleh diagih agihkan yang mana pada akhirnya duit sumbangan yang sampai kepada orang miskin adalah sikit.

6. Tidak diiktiraf

NGO selalunya diiktiraf oleh kerajaan atau badan antarabangsa. Pengiktirafan ni penting dan memudahkan NGO bergerak dan berkerjasama dengan syarikat yang lain. Plus benda ni menunjukkan NGO ni memang boleh dipercayai dan diakui ramai pihak.

Tapi, organisasi yang bukan NGO ni biasanya tak ada pengiktirafan. Jadi diorang susah nak bergerak.

Susah nak berurusan dengan mana mana syarikat dan NGO yang sah. Jadi macam mana diorang boleh menguruskan agihan kepada orang yang betul betul susah? Macam mana nak bekerja sama dengan mereka yang ada di Palestin?

Nak masuk sana mestilah macam macam benda yang diorang tanya. Dari mana, nak kemana, tujuan apa. Dan kalau korang tak ada document yang lengkap, mesti lah susah nak masukkan.

Jadi macam mana organisasi yang tidak diiktiraf dapat bekerjasama dengan organisasi yang lain? Ini cuma contoh supaya korang boleh fikir.

Photo by Katt Yukawa on Unsplash

7. Dana awam diselewengkan

Bila menderma pada organisasi yang bukan NGO, risiko untuk dana diselewengkan adalah tinggi.

Dapat 1 juta, 100 ribu masuk poket untuk beli barang barang yang mewah khasnya untuk diri sendiri. Benda ni boleh terjadi disebabkan kurangnya ketelusan dan pengawasan dari pihak berkuasa, yang mana dana yang sepatutnya sampai kepada mereka yang memerlukan tapi tak sampai.

Lebih parah semua dana ni digunakan untuk aktiviti yang haram.

8. Organisasi bukan NGO mungkin terlibat dalam aktiviti haram

Memang ada kemungkinan yang organisasi tu terlibat dalam aktiviti haram macam Macau Scam.

Jangan disebabkan NGO tu nampak baik, korang jadi tertipu dan bagi sumbangan kepada diorang dalam jumlah yang besar. Silap silap apa yang korang derma tu diorang gunakan untuk beli senjata dan dibagikan kepada Israel.

Ingat, benda yang paling utama korang kena pastikan adalah organisasi tu berdaftar. Bila berdaftar mesti ada audit dari pihak berkuasa, so korang boleh tengok kemana duit korang dibelanjakan.

Kalau tak nak terjebak dengan platform derma..

Tak jadi masalah! Korang boleh menderma secara direct. Korang boleh cari orang yang susah dan korang boleh bagi je apa yang korang nak bagi. Tapi ingat! Kalau korang bukan NGO, korang tak boleh collect dana awam! Korang perlu berdaftar sebagai NGO yang sah.

Dan korang perlu tahu juga, walaupun korang ada followers yang ramai, korang tak boleh promote bank personal (penerima sumbangan) untuk terima direct dari orang awam sebab bank akan menyekat transaksi yang terlalu banyak.

Akaun personal tidak boleh digunakan untuk menerima sumbangan yang banyak.

Lagi pun korang takkan tahu berapa jumlah yang dah didermakan. Mungkin kurang, mungkin terlebih, mungkin sampai beribu atau mungkin boleh sampai berjuta. Dan akan terlepas dari AUDIT lagi ramai orang tak tahu duit tu dibelanjakan untuk apa.

NGO masih diperlukan.

Gunakan platform Touch N Go

Dekat dalam Touch N Go ni dah ada banyak NGO yang sah kat dalam tu. Bila bila masa je korang boleh donate pada dorang. Cara pembayaran pun memang dah built in dalam app Touch N Go. Tak perlu lagi daftar apa apa, just masukkan angka dan settle. Korang boleh derma secara direct dalam app Touch N Go.

Gunakan app Bank

Contoh macam Maybank, diorang pun ada list NGO yang korang boleh direct donate menggunakan akaun bank korang sendiri. So tak payah dah susah susah nak cari organisasi yang tak pasti dalam media sosial ni. Korang donate sendiri dalam Bank korang sendiri. Simple.

Kesimpulan

Kalau nak derma boleh, tapi check dulu background platfom tu. Jangan membuta tuli untuk bagi derma kepada orang yang korang sendiri tak kenal. Kalau kenal sekali pun macam artis dan influenser, korang kena pastikan yang diorang adalah NGO yang sah.

NGO yang sah biasanya akan di audit dan ada rekod yang baik yang diperlihatkan kepada orang ramai. Jadi pastikan organisasi yang diorang bangunkan layak diberi sumbangan untuk diorang uruskan dengan betul.

Kalau korang rasa artikel ni bermanfaat korang boleh sharekan artikel ni pada orang lain. Selain tu korang boleh subscribe Telegram Rasmi Hackers Malaysia untuk info yang lain.

Adakah artikel ni membantu?

Report jika artikel ini tidak tepat, bermasalah & perlu dibaiki.

Sebarang masalah boleh hubungi kami di [email protected]

Portal Hackers

Financial