Memang frust bila buat content penat penat lepas tu post kat Tiktok tapi dapat view sikit je. Kadang tu rasa dah best gila dah content yang kita buat, tapi tak boleh pergi jugak dalam Tiktok. Betul! Dan benda ni bukan korang je yang terkena tapi RAMAI! Memang ramai yang stress dengan Tiktok sebab sudah sangat nak viral semua content yang korang buat meskipun content korang tu terpaling best!
1. Algorithm TikTok yang sentiasa berubah
Algorithm TikTok ni misteri sikit sebab sentiasa di-update dan takde formula tetap. Kadang-kadang, content korang perform gila-gila bulan lepas, tapi bila TikTok ubah algorithm, content sama tu tak dapat reach yang sama. Sebab tu korang kena sentiasa update dengan trend terkini dan cuba adapt dengan apa yang baru.
Apa korang boleh buat:
- Sentiasa pantau trend dan content yang tengah naik.
- Jangan takut cuba approach baru, especially bila ada perubahan algorithm.
2. Hook yang tak cukup kuat
Hook ni sangat penting dalam TikTok sebab attention span orang kat platform ni pendek. Kalau 2-3 saat pertama video korang tak power, ramai yang akan scroll je. Hook yang kuat akan buat viewers stay dan mungkin tengok sampai habis.
Cara buat hook yang power:
- Mulakan video dengan aksi atau visual yang menarik perhatian.
- Guna teks atau caption yang buat viewers tertanya-tanya.
- Buat viewers rasa nak tahu apa yang akan berlaku seterusnya.

3. Pemilihan lagu yang tepat
Penggunaan lagu yang betul boleh boost views korang, sebab ada lagu-lagu tertentu yang tengah trending. Bila korang guna lagu trending, chances content korang masuk dalam radar ramai orang akan jadi lebih tinggi.
Tips guna lagu:
- Guna lagu-lagu yang tengah viral atau popular sekarang.
- Sesuaikan lagu dengan mood atau vibe video korang.
- Pastikan volume lagu tak overshadow audio korang sendiri kalau ada korang bercakap.
4. Penggunaan tag dan hashtag yang relevan
Hashtag bukan sekadar hiasan; dia main peranan penting untuk reach audience yang betul. Kalau korang guna hashtag yang tak relevan atau terlalu banyak, algorithm TikTok susah nak faham apa niche korang dan siapa audience yang patut tengok video tu.
Cara guna hashtag dengan betul:
- Guna 2-3 hashtag yang spesifik dan relevan dengan content.
- Avoid hashtag yang terlalu generic macam #foryou atau #viral sahaja.
- Buat research hashtag yang perform baik dalam niche korang.
5. History content korang sebelum ni
TikTok algorithm akan tengok history content korang dan decide macam mana nak promote video baru. Kalau content korang sebelum ni konsisten perform, chances lebih tinggi untuk content baru pun perform baik. Tapi kalau korang masih baru, mungkin takes time sikit untuk algorithm bagi views tinggi.
Apa korang boleh buat kalau masih baru:
- Jangan give up kalau views rendah masa mula-mula.
- Keep posting dengan konsisten, sebab algorithm akan mula kenal niche korang.
- Make sure setiap content maintain kualiti dan relevan dengan audience yang korang target.
6. Algorithm tak show content serta merta
Bukan semua video terus dapat views tinggi. Ada yang TikTok ambil masa untuk push, sebab algorithm ni nak ‘test market’ dulu. Algorithm akan show video korang kepada certain audience, tengok performance, baru dia decide nak push lebih jauh ke tak.
Apa korang kena buat:
- Jangan delete video kalau views rendah masa awal-awal, bagi masa dulu.
- Post content hari-hari untuk tunjuk pada algorithm yang korang aktif.
- Teruskan buat content menarik dan maintain kualiti supaya bila sampai turn korang, views meletup!
7. Content kena betul-betul menarik perhatian
Content yang menarik perhatian memang kena ada hook kuat, storytelling, visual yang menarik, dan idea yang fresh. Algorithm akan highlight content yang banyak engagement macam likes, komen, dan share. Jadi pastikan content korang memang ada elemen-elemen ni.
Macam mana nak pastikan content menarik:
- Buat storyline yang pendek tapi powerful.
- Elakkan content yang terlalu predictable, cuba beri kejutan atau twist.
- Bagi value kepada audience – samada info berguna, lawak, atau emosi.
8. Kekerapan posting yang konsisten
Algorithm TikTok suka account yang aktif dan konsisten post content. Kalau korang jarang post, susah sikit algorithm nak ingat korang. Kekerapan ni akan tunjuk pada TikTok yang korang serious dan komited.
Apa yang korang boleh buat:
- Target untuk post sekurang-kurangnya 1-2 video sehari.
- Buat jadual posting supaya korang tak terlepas post.
- Jangan abaikan consistency walaupun views rendah masa mula-mula.
9. Trend dan challenge yang korang join
Bila korang join trend atau challenge yang tengah hot, chances untuk video korang muncul dalam feed orang lain lagi tinggi. TikTok memang push content yang follow trend, sebab orang ramai suka tengok benda yang sama dengan twist berbeza.
Tips join trend atau challenge:
- Jangan ikut semua trend, pilih yang sesuai dengan niche korang.
- Bagi twist atau originality bila buat trend – jangan copy bulat-bulat.
- Pastikan timing cepat, sebab trend di TikTok cepat mati.
10. Engagement dengan audience
Engagement dengan audience juga sangat penting. Lagi ramai engage dengan content korang, lagi senang algorithm nak push content baru korang. Ini bermaksud, reply komen, buat Q&A, dan berinteraksi dengan followers.
Cara tingkatkan engagement:
- Balas komen yang korang dapat, buatkan followers rasa dihargai.
- Buat content yang ajak viewers bagi pendapat atau respond.
- Cuba buat live sesekali untuk tarik lebih ramai followers engage.
Secara ringkasnya, views TikTok bukan sekadar upload video dan harap views naik. Kena sentiasa ada strategi, konsisten, dan pastikan content tu menarik perhatian. Tak ada jalan pintas, tapi kalau korang betul-betul follow tips ni, chances untuk views naik tu lebih tinggi.
Adakah artikel ini membantu?