Data korang pada Telegram

Telegram adalah satu app yang memang selamat digunakan kerana korang perlu download app ni melalui Google Play Store dan Apps Store sahaja. Tambahan Telegram ni adalah salah satu company yang memang dah famous di seluruh dunia.

Negara Malaysia adalah antara negara yang paling banyak menggunakan Telegram sebagai alternatif kepada WhatsApp. Majoriti rakyat Malaysia memang gunakan Telegram untuk berurusan berkaitan bisnes. Jadi korang memang tak ragu lagi tentang security dan data privacy yang ada pada app Telegram ni. So far belum ada masalah kebocoran dari pihak Telegram tu sendiri.

Telegram bekerjasama dengan MCMC dan PDRM

Walaupun bab data dan privacy sangat dijaga oleh pihak Telegram, tapi bila Telegram dah mula bekerjasama dengan MCMC, SKMM & PDRM untuk membendung segala masalah sosial yang terjadi pada rakyat Malaysia seperti scam pelaburan, berita yang tak sahih, penyebaran maklumat palsu, phishing dan sebagainya. Benda ni satu berita baik sebenarnya untuk rakyat Malaysia kerana akan menambahkan lagi kepercayaan rakyat Malaysia kepada app Telegram dan dianggap sangat selamat bila bekerjasama dengan Kerajaan Malaysia.

Plus platform Telegram ni dah pun dilesenkan oleh Kerajaan Malaysia, bermaksud kerajaan boleh menyiasat siapa sahaja yang ada di platform Telegram, khususnya untuk rakyat Malaysia.

Cuma apa yang korang tak tahu adalah..

Selamat ke guna Telegram? - Untuk tahun 2025
Credit to The Star

Data korang mungkin dapat disemak oleh kerajaan

Bila dah dinyatakan bahwa Telegram bekerjasama dengan kerajaan Malaysia, korang mungkin dah tak boleh gunakan lagi Telegram ni sebagai platform anonymous sepenuhnya.

Ada kemungkinan data data korang boleh disemak dengan mudah oleh pihak yang terlibat. Dah nama pun bekerjasama. Mestilah mudah nak dapatkan data user jika ada apa apa kes yang terjadi nanti. Mungkin untuk sesetengah orang benda ni adalah normal, tapi untuk sesetengah orang ada yang sangat mementingkan privacy dan akan rasa kurang selesa bila apa sahaja yang korang mesej atau berhubung boleh disiasat atau dipadam oleh Kerajaan Malaysia.

Jadi lepas ni korang dah tak boleh lagi bersuara sebarangan jika korang ada pendapat yang nak disuarakan, lagi lagi jika content tu berkaitan dengan politik.

Kesimpulan – Selamat ke Telegram untuk korang?

Dari segi data dan security yang digunakan adalah selamat. Dari segi jual beli atau berurusan melalui Telegram adalah kurang selamat kerana terlalu banyak SCAMMER, jadi risiko kena scam tu memang tinggi. Dan dari segi data korang pulak mungkin akan berada dibawah kawalan MCMC, SKMM dan PDRM. So itulah sedikit sebanyak info berkaitan dengan Telegram. Kalau korang rasa artikel ni berguna, sharekan pada orang lain.

Tinggalkan Pendapat Anda