Selamat ke guna WhatsApp Aero ni? - Ini yang ramai tak tahu

WhatsApp AERO ni salah satu daripada mod WhatsApp yang ada kat Google. Mod ni maksudnya app yang diubahsuai daripada app yang asal untuk tambah feature atau fungsi yang lebih power dan menarik.

Contohnya, WhatsApp AERO ni boleh tukar theme, font, warna, icon, dan macam-macam lagi. Nampak best je, kan? Dia lebih kurang macam GBWhatsApp.

Tapi, sebelum korang nak download dan install WhatsApp AERO ni, ada beberapa perkara yang korang kena tahu.

Sebab yang utama, tak selamat pun untuk korang guna mana-mana third party selain dari app official. Nak tahu kenapa? Jom baca artikel ni sampai habis.

Photo by Amin Moshrefi on Unsplash

Risiko data korang dicuri

Bila korang guna WhatsApp AERO ni, korang sebenarnya merisikokan data korang kepada pihak ketiga. Data ni termasuklah chat, media, contact, lokasi, dan lain-lain.

Pihak ketiga ni boleh jadi sesiapa sahaja yang buat mod ni, atau orang yang ada akses kepada server mod ni. Korang tak tahu apa niat diorang, korang tak tahu pun pasal company yang diorang ni run, dan korang tak tahu apa apa pun pasal developer ni.

Tiada penerangan yang jelas tentang data korang. Boleh jadi diorang nak jual data korang, atau guna untuk tujuan yang membawa keuntungan. Takut tak?

Risiko kena malware

Malware ni benda yang boleh rosakkan sistem atau device korang. Malware ni boleh jadi virus, trojan, spyware, ransomware, dan macam-macam lagi.

Kalau dah kena memang sakit. Huru hara dibuatnya.

Sebab utama adalah bila korang download WhatsApp AERO ni, korang kena download app tu diluar Play Store atau App Store, yang mana app ni tak melalui review dari pihak Google atau Apple.

Review ni penting sebab boleh pastikan app tu selamat dan bebas dari malware. Kalau takde review, korang tak tahu app tu ada malware ke tak. Siapa yang tolong tengok code apa yang diorang pakai dalam app tu?

Kalau memang ada malware, maksudnya korang dah terkena.

Risiko kena ban

Ban ni maksudnya korang tak boleh guna WhatsApp lagi dengan nombor yang sama. WhatsApp ni ada polisi yang melarang penggunaan mod atau third party app.

Kalau korang langgar polisi ni, WhatsApp boleh detect dan ban korang. Kalau nasib korang baik, whatsap tak detect pun. Tapi kalau system dapat kesan, korang boleh kena ban, dan kemungkinan selamanya korang tak boleh pakai lagi nombor tu lagi.

Kena tukar nombor lain la pulak kan. Susah kan?

Kesimpulan

Jadi, berbaloi ke guna WhatsApp AERO ni?

Terpulang pada pendapat masing masing. Ada yang rasa tak berbaloi. Sebab, korang akan tanggung risiko yang besar, tapi dapat faedah yang sikit je.

Lagipun, WhatsApp yang official pun dah cukup bagus dan selamat. Tak payah nak mod-mod lagi. Kalau korang nak lebih privacy, boleh guna Signal atau Telegram. Simple.

Kalau korang nak lebih fun, boleh guna Snapchat atau Instagram. Harap artikel ni dapat bantu korang buat keputusan yang betul.

Adakah artikel ni membantu?

Report jika artikel ini tidak tepat, bermasalah & perlu dibaiki.

Sebarang masalah boleh hubungi kami di [email protected]

Related Article..

Portal Hackers

Financial

Support