Senarai apps milik Israel yang korang mungkin pakai

Aplikasi GPS ini diketahui ramai sebagai salah satu aplikasi terbaik untuk membantu korang menjalankan perjalanan dengan lebih cekap. 

Waze mengumpul maklumat trafik secara langsung daripada pengguna, yang mana membantu korang mengelak dari kesesakan lalu lintas. 

2. Mobileye

Mobileye adalah perisian dan peranti AI untuk keselamatan kenderaan dan auto-pandu. Ia termasuk sistem pengecaman dan tracking yang membantu dalam mengurangkan risiko kemalangan semasa memandu.

3. Fiverr

Fiverr adalah platform yang membolehkan korang mencari dan menawarkan perkhidmatan bebas. 

Ibu pejabat Fiverr terletak di Tel Aviv, Israel. Bagi korang yang mencari alternatif, Upwork atau Freelancer adalah antara pilihan yang ada.

4. Elementor

Elementor adalah plug-in pembina portal WordPress yang digemari ramai, terutamanya di kalangan mereka yang ingin membina laman web dengan mudah. 

Elementor diasaskan pada tahun 2016, dengan syarikat perisian ini berpusat di Ramat Gan, Israel

5. Viber

Viber merupakan salah satu aplikasi buatan Israel yang sangat popular, yang membolehkan korang berkomunikasi dengan pengguna Viber lain melalui panggilan suara, video, dan mesej teks tanpa kos

6. Playtika

Playtika adalah syarikat permainan atas talian yang diasaskan di Israel. 

Beberapa tajuk permainan popular mereka termasuk House of Fun, Bingo Blitz dan Slotomania yang kerap menduduki kedudukan tertinggi dalam senarai permainan yang menjana keuntungan tinggi di Apple’s App Store

7. Fooducate

Fooducate adalah aplikasi yang membantu korang membuat pilihan makanan yang lebih sihat. 

Aplikasi ini menggunakan kamera telefon untuk mengimbas kod bar pada makanan dan memberikan maklumat serta gred berdasarkan kandungan nutrisi makanan tersebut

8. Touchoo

Touchoo menawarkan siri buku interaktif untuk kanak-kanak yang boleh membantu menenangkan anak-anak korang semasa waktu-waktu penting. 

Walaupun teknologi digunakan, ia masih dianggap sebagai buku, jadi korang tak perlu rasa bersalah untuk menggunakan aplikasi ini

9. Fiddme

Fiddme adalah aplikasi sosial yang membolehkan korang berkongsi pengalaman makan dengan pengguna lain, mencari tempat makan terbaik, dan memberikan ulasan restoran. 

Aplikasi ini juga membolehkan korang untuk berkongsi gambar makanan dan menghubungkan dengan komuniti makanan yang lebih besar

10. eToro

eToro adalah platform perdagangan dan pelaburan sosial yang membolehkan pengguna untuk melabur dalam pelbagai aset kewangan seperti saham, mata wang kripto, dan komoditi. 

Ia juga mempunyai ciri “CopyTrading” yang unik, membolehkan pengguna untuk menyalin strategi pelaburan pedagang yang berjaya. 

Ini memudahkan korang untuk melabur dengan lebih bijak walaupun tanpa pengalaman pelaburan yang banyak. Di Malaysia, eToro adalah antara platform pelaburan dalam talian yang popular.

11. Wix

Wix adalah platform web builder yang membolehkan korang untuk mencipta dan menguruskan laman web dengan mudah tanpa memerlukan kemahiran kod. 

Ia menawarkan pelbagai tema dan ciri yang boleh disesuaikan untuk memastikan laman web korang kelihatan unik dan profesional. 

Di Malaysia, Wix adalah pilihan popular di kalangan usahawan dan pemilik perniagaan kecil untuk membina kehadiran dalam talian dengan kos yang berpatutan.

Adakah artikel ni membantu?

Report jika artikel ini tidak tepat, bermasalah & perlu dibaiki.

Sebarang masalah boleh hubungi kami di [email protected]

Related Article..

Portal Hackers

Financial

Support