Sex Scam: Scam terbaru yang ramai tak tahu

Korang pernah dengar tak tentang Sex Scam? 

Kalau belum, meh aku cerita. Sex Scam ni scam terbaru yang ramai tak tahu. Sekarang ni ramai scammer menyamar jadi perempuan cantik kat FB, Istagram & Tiktok. 

Gambar gambar tu biasanya dorang dapat dari profile lain. Tak pun diorang buat pakai AI. Gambar tu memang real habis.

Diorang biasanya akan aktif update. So nampak real kat situ.

Tak kira siapa pun lelaki tu, tok imam, ustaz, PhD, professor, semua dah terpedaya dengan sex scam ni. Fuh. Dengar pun dah dahsyat. 

Modus operandi scammer

  1. Befriend mangsa: Scammer akan try mesej korang dan layan macam kawan kawan, biar nampak natural, memang perfect gila kerja dia, sampailah korang akan rasa selesa. Simple. 
  2. Bawa topik sensitif: Lepas tu, bila korang dah selesa chatting, itu jam dia akan cucuk sikit sikit, scammer tu akan buat korang cite bab-bab lucah, cite pasal sex, minta gambar & video lucah dan sebagainya. Sapa je yang tak suka kan? Mula mula halus, lepas tu ganas ganas pulak. Ramai pulak tu yang melayan. 
  3. Guna gambar & video palsu: Scammer akan start guna macam-macam gambar yang dia dapat dari internet. Sekarang zaman AI, korang dah boleh produce image dari AI je. Memang realistic habis. Video call pun dia akan guna software mirror supaya nampak real bila korang VC dengan scammer. 

Dia akan bagi gambar bogel, tujuan sharing

Scammer akan bagi gambar bogel kononnya dirinya la yang berbogel. Ini akan buatkan lelaki tu yakin & hanyut dengan nafsu. Scammer tu akan terus yakinkan korang. 

Bila tiba masanya scammer akan minta korang video call. Korang bila dah yakin, dah bernafsu, korang pun biasanya layan je la. 

Tapi sebagai balasan, korang tu pun kena la VC dalam keadaan bogel. Korang akan nampak perempuan bogel masa VC tu padahal tu sebenarnya video biasa je.

Bila mangsa terperangkap

Bila korang dah leka dah banyak tunjuk aib korang dalam video tu, itu jam la korang kena ugut. 

So itu jam la scammer akan tunjukkan diri & peras duit korang. Kalau tak, kena viral la semua gambar & video tu. Senang tak kerja?

Untuk kes ni, biasanya orang tak report polis pun, sebab malu beb. Ini antara scam yang paling selamat sebab korang takkan report polis sebab korang sendiri malu korang dah terjebak. 

Artwork by HackersMalaysia.com

Tips elak jadi mangsa Sex Scam

  1. Jangan terlalu percaya: Jangan mudah terpedaya dengan gambar cantik atau perempuan yang korang baru kenal di media sosial.
  2. Jaga privasi: Jangan mudah kongsi maklumat peribadi atau gambar-gambar sensitif dengan orang yang baru korang kenal.
  3. Lapor: Kalau korang rasa ada yang tak kena, jangan malu untuk melapor kepada pihak berkuasa atau buat report pada Facebook/Instagram. Bagi content tu dipadam. 

Korang kena lebih berhati-hati sekarang ni. Jangan sesekali terjebak dalam scam macam ni. Ingat, prevention is better than cure. Jaga diri, jaga hati, dan jaga orang sekeliling kita. Korang join group community? Join hackers malaysia community di Facebook. 

Adakah artikel ni membantu?

Report jika artikel ini tidak tepat, bermasalah & perlu dibaiki.

Sebarang masalah boleh hubungi kami di [email protected]

Related Article..

Portal Hackers

Financial

Support