Shopee Affiliate - Segalanya bermula disini

Apa Itu Shopee Affiliate?

Program affiliate dari Shopee memang menjanjikan. Dengan hanya mempromosikan produk dari Shopee, korang boleh jana pendapatan yang lumayan. Cuma korang kena ada followers sendiri atau pun rajin untuk promote produk melalui link.

Tapi, apa yang korang perlu tahu sebelum terjun ke dalam program ni?

Syarat syarat penting

Sebelum mula, pastikan korang dah clear dengan syarat-syarat ni:

  • Kandungan yang korang buat mesti asli dan boleh diakses oleh umum.
  • Akaun sosial media yang digunakan adalah akaun peribadi.
  • Kandungan tidak boleh melanggar peraturan yang berlaku, termasuk mengandungi unsur pornografi atau promosi produk terlarang.
  • Fokuskan promosi pada produk dari Shopee Mall, Shopee Supermarket, dan beberapa lain yang spesifik.
  • Commision biasanya akan dibayar setiap dua minggu sekali.
  • Info bank diperlukan untuk untuk korang menerima bayaran.
  • Larangan keras dalam melakukan clickbait.
Shopee Affiliate
Artwork by HackersMalaysia.com

Langkah daftar Shopee Affiliate

Kalau syarat-syarat kat atas dah okay, korang boleh follow langkah-langkah ni pulak:

  1. Buka app Shopee dan cari “Shopee Affiliates Program”.
  2. Baca semua info dengan teliti. Jangan sampai korang terlepas.
  3. Pilih “Join Now” dan ikuti arahan seterusnya untuk isi data peribadi korang.
  4. Selepas mendaftar, tunggu confirmation via email, dan korang dah boleh mula promosi produk Shopee​

Involve Asia atau direct dengan Shopee?

Pilihan untuk guna Involve Asia atau direct dengan Shopee bergantung pada preference korang. Korang boleh promote produk melalui Shopee dengan Involve Asia atau dari direct sendiri.

Involve Asia menyediakan platform yang lebih luas dengan banyak pilihan merchant, tapi kalau korang nak fokus pada produk Shopee saje, daftar direct dengan Shopee mungkin lebih mudah. Tapi kalau korang tak suka campurkan personal akaun dengan business, so buatlah dengan Involve Asia.

Shopee kira personal akaun, sebab korang mesti dah beli macam macam benda & Shopee boleh access dan tengok apa yang korang beli.

Shopee Affiliate
Artwork by HackersMalaysia.com

Income Shopee Affiliate

Pendapatan dari Shopee Affiliate boleh mencapai sehingga 9.1%, kiranya ada cap maksimum commision untuk setiap jualan. Tapi kalau seller sendiri join Affiliate ni, korang boleh dapat commission sampai 50%.

Benda ni mungkin akan berubah dari masa ke masa, jadi selalu semak update terbaru di member area Involve Asia atau Shopee sendiri untuk info yang lebih tepat.

Kesimpulan: Peluang Shopee Affiliate untuk semua

Tak kira la korang suri rumah, pelajar, atau profesional, Shopee Affiliate ni buka peluang untuk semua orang buat duit. Senang je, share je link affiliate kat mana-mana platform media sosial, hantar melalui WhatsApp group, atau cipta konten menarik dalam blog. 

Ini bukan saja boleh bantu tingkatkan pendapatan, tapi juga boleh asah skill korang dalam digital marketing. 

Jadi, tak kisah la apa background korang, Shopee Affiliate boleh jadi pilihan bijak untuk tambah income. 

Adakah artikel ni membantu?

Report jika artikel ini tidak tepat, bermasalah & perlu dibaiki.

Sebarang masalah boleh hubungi kami di [email protected]

Related Article..

Portal Hackers

Financial

Support