Nak apply kredit kad bukanlah satu benda yang susah sangat, tapi ada beberapa syarat penting yang korang kena penuhi. Syarat yang kami tulis, tak semestinya tepat memandangkan lain bank lain syarat yang ditetapkan. Kami akan explain satu persatu syarat-syaratnya supaya korang jelas & boleh prepare apa yang patut.
1. Umur minimum yang ditetapkan
Korang mesti berumur sekurang-kurangnya 21 tahun untuk mohon kredit kad. Ini adalah syarat standard bagi kebanyakan bank di Malaysia. Kalau korang bawah 21 tahun, mungkin korang boleh apply kad tambahan (supplementary card) daripada ibu bapa atau penjaga, tapi kad utama hanya untuk yang dah capai umur yang ditetapkan.
2. Pendapatan minimum
Pendapatan minimum yang diperlukan untuk mohon kredit kad biasanya bergantung kepada jenis kad yang korang nak apply. Untuk kad-kad asas, pendapatan bulanan korang mestilah sekurang-kurangnya RM1500 sehingga RM3,000.
Kalau korang aim kad premium atau platinum, pendapatan bulanan korang mungkin kena lebih tinggi, mungkin RM5,000 atau ke atas. Pastikan korang semak syarat ni sebelum mohon sebab pendapatan korang akan dinilai untuk tentukan kelayakan.

3. Status pekerjaan
Korang mesti ada pekerjaan yang stabil atau pendapatan yang konsisten kalau nak mohon kredit kad. Bank akan tengok sejarah pekerjaan korang, jadi kalau korang baru je mula kerja, mungkin akan lebih susah nak lulus permohonan.
Pekerja tetap dengan sekurang-kurangnya enam bulan di tempat kerja sekarang lebih mudah untuk dapatkan kelulusan. Kalau korang kerja sendiri, pastikan korang ada bukti pendapatan yang jelas seperti penyata bank atau cukai pendapatan.
4. Rekod kredit yang baik
Bank akan semak rekod kredit korang sebelum luluskan permohonan kredit kad. Kalau korang ada rekod pembayaran hutang yang baik, peluang untuk lulus lebih tinggi.
Tapi kalau ada sejarah lewat bayar atau default pada pinjaman sebelum ni, mungkin permohonan korang akan ditolak. Korang boleh semak rekod kredit melalui CCRIS atau CTOS untuk pastikan semua dalam keadaan baik sebelum mohon.
5. Dokumen yang diperlukan
Bila korang nak apply kredit kad, korang kena sediakan beberapa dokumen penting. Antaranya:
- Salinan kad pengenalan (MyKad)
- Slip gaji terkini (3 bulan ke belakang)
- Penyata bank terkini (biasanya 3 bulan)
- Penyata cukai pendapatan (jika diperlukan)
- Surat pengesahan majikan (kalau perlu)
Pastikan semua dokumen ni lengkap dan jelas untuk elakkan sebarang masalah masa proses permohonan.
6. Warganegara atau pemastautin tetap
Di Malaysia, syarat untuk apply kredit kad ni biasanya hanya dibuka kepada warganegara atau pemastautin tetap. Kalau korang bukan warganegara tapi tinggal di Malaysia, korang mungkin kena sediakan dokumen tambahan seperti passport dan visa kerja yang sah.
7. Jumlah kredit yang sedia ada
Bank akan juga tengok berapa banyak kredit yang korang dah ada sebelum ni. Kalau korang dah ada banyak kredit kad atau pinjaman yang masih belum habis bayar, mungkin permohonan baru korang akan ditolak sebab dianggap beban kewangan korang dah tinggi. Jadi, penting untuk pastikan korang tak overloaded dengan hutang sebelum mohon kad baru.
8. Tempoh permohonan dan kelulusan
Proses permohonan kredit kad ni biasanya ambil masa beberapa hari hingga beberapa minggu. Korang kena bersabar sebab bank akan teliti semua dokumen dan rekod korang sebelum buat keputusan. Kalau korang penuhi semua syarat, biasanya proses ni akan berjalan lancar.
9. Status kelulusan dan penggunaan pertama
Bila permohonan korang lulus, bank akan hantar kredit kad ke alamat korang. Sebelum korang boleh guna, korang kena aktifkan dulu kad tu, biasanya dengan menghubungi bank atau melalui perbankan internet. Selepas tu, korang dah boleh mula guna kredit kad untuk transaksi harian.

10. Tanggungjawab selepas dapat kredit kad
Last but not least, lepas korang dapat kredit kad, korang kena ingat tanggungjawab korang untuk bayar balik setiap bulan. Jangan lupa untuk buat bayaran minimum sekurang-kurangnya, dan elakkan daripada terlewat bayar sebab ini boleh effect rekod kredit korang.
Dengan memahami semua syarat ni, korang boleh buat keputusan yang lebih baik sebelum mohon kredit kad. Pastikan korang semak semua syarat ni dan sediakan dokumen yang diperlukan untuk proses yang lancar dan mudah. Selamat memohon!
Adakah artikel ini membantu?