Tanda hp kena hack: Korang wajib ambil tahu!

Hp kena hack jangan ambil mudah.

Sebab, kalau handphone korang dah kena hack, bukan sahaja privasi korang dalam bahaya, semua data penting korang pun boleh dicuri. 

Habislah semua duit dalam bank hilang. Ini yang banyak jadi. 

1. Bateri cepat habis

Korang perasan tak, bateri handphone korang cepat habis walaupun baru je charge? 

Benda macam ni jangan pandang remeh sebab boleh jadi merupakan tanda handphone korang dah kena hack. 

Sebab, aplikasi spyware biasanya akan berjalan secara “background” dan banyak menggunakan tenaga bateri. So ambil langkah berjaga jaga kalau korang terkena macam ni. 

tanda hp kena hack

2. Data Internet melambung

Kalau korang perasan data internet korang cepat habis atau penggunaan data korang melambung tinggi, ini mungkin tanda handphone korang kena hack. 

Aplikasi spy biasanya akan menghantar data dari handphone korang ke hacker, dan proses ini memerlukan banyak data. So kalau jadi, kena dah cepat cepat solvekan. Jangan biar. 

3. Handphone panas

Handphone korang selalu panas walaupun korang tak guna? Ini mungkin tanda handphone korang kena hack. 

Sebab, aplikasi spy biasanya bekerja di latar belakang dan menggunakan banyak sumber handphone, yang boleh menyebabkan handphone korang panas.

4. Handphone slow

Handphone korang jadi slow atau lagging? 

Ini mungkin tanda handphone korang dah kena hack. 

Aplikasi spy biasanya bekerja secara background dan menggunakan banyak sumber handphone, yang boleh menyebabkan handphone korang jadi slow.

5. Aplikasi tak dikenali

Korang jumpa aplikasi yang korang tak install tapi tetiba ada kat dalam handphone korang? 

Ini mungkin tanda handphone korang dah kena hack. Hacker dah control hp korang & tengah masukkan pelbagai apps.

6. Pop-Up ads

Korang selalu dapat pop-up ads yang mengganggu? Ini pun sebahagian dari tanda yang hp korang dah terkena malware & risiko terkena hack tu agak tinggi. 

Hacker biasanya akan gunakan pop-up ads untuk phishing. Kalau korang tekan link, kemungkinan data korang sekarang sedang direkod & dihantar kepada hacker. 

7. Email atau akaun media sosial dihack

Kalau korang perasan email atau akaun media sosial korang dihack, ini mungkin tanda handphone korang kena hack. 

Sebab, hacker biasanya akan guna handphone korang untuk log masuk ke akaun korang, lepas tu akan ambil sebanyak mungkin data yang diorang perlukan. 

8. Aplikasi buka sendiri

Kalau korang perasan ada aplikasi yang buka sendiri tanpa korang klik, ini mungkin tanda handphone korang kena hack. 

Sebab, aplikasi perisik atau malware boleh control aplikasi dalam telefon korang.

Kesimpulan

Tanda-tanda yang kita bincangkan kat atas ni adalah petunjuk yang boleh membantu korang mengesan jika handphone korang telah dihack. 

Kalau sebahagian tanda, jangan panic sebab tak semestinya ada okey. So ambil langkah berjaga jaga. 

Jika korang perasan sebarang kelainan pada handphone korang, jangan abaikan. Segera ambil tindakan untuk melindungi data dan privasi korang.

Adakah artikel ni membantu?

Report jika artikel ini tidak tepat, bermasalah & perlu dibaiki.

Sebarang masalah boleh hubungi kami di [email protected]

Related Article..

Portal Hackers

Financial

Support