Tanda pc kena hack: Bahaya kalau dibiarkan!

Sekarang, kita nak bincang pula pasal tanda-tanda PC kena hack. Jangan ambil ringan. Kalau PC kita kena hack, privasi dan data kita boleh dicuri. Jadi, jom kita baca artikel ni lebih lanjut.

1. Toolbar browser tak dikenali

Korang perasan ada toolbar baru dalam browser korang tapi korang tak kenal? Ini mungkin petanda PC korang dah kena hack. 

Toolbar yang tak dikenali boleh jadi petunjuk yang PC korang sudah diexploitasi. Masa ni korang dah kena install antivirus untuk scan pc korang. 

tanda pc kena hack

2. Pop-Up yang kerap

Pop Up ni iklan yang keluar secara tiba tiba. 

Pop-up yang selalu keluar kat pc dan mengganggu korang ketika browsing adalah tanda PC korang dah kena hack.  

Kalau korang dapat pop-up browser secara random dari laman web yang biasanya tak menghasilkan pop-up, sistem korang mungkin dalam bahaya. Korang dah kena install antivirus untuk buat scanning pada pc korang. 

3. Friends FB terima jemputan media sosial dari korang

Korang pernah dengar tak kes rakan-rakan korang terima add untuk “jadi friends” dalam media sosial dari korang sedangkan korang tak pernah hantar? Ini mungkin tanda PC korang dah kena hack. Dah kena buat full scanning or format je terus pc tu. 

Tanda pc kena hack

4. Gagal log masuk ke router

Kalau korang ada masalah untuk log masuk ke settings admin pada router, ini tanda router korang dah kena hack.  

Hacker biasanya gunakan brute force untuk masuk ke settings router korang dan create kelemahan dalam sistem keselamatan untuk exploit data korang.

5. Kelajuan Internet slow

Kalau korang perasan kelajuan internet korang jadi slow, ini mungkin menjadi tanda PC korang dah kena hack. 

Walaupun ada banyak faktor yang boleh mempengaruhi connectivity internet, kelajuan internet yang slow sentiasa boleh menunjukkan yang mungkin Wi-Fi korang dah kena hack.

So sentiasa check internet slow atau pun tidak. 

6. Redirect browser

Redirect browser berlaku apabila browser korang membawa korang ke URL yang berbeza daripada yang korang nak masuk. 

Hacker yang dapat akses akaun admin router korang boleh ubah tetapan alamat dan IP untuk mengarahkan semua trafik korang ke mana mereka nak.

7. Aktiviti network yang mencurigakan

Baik korang  semak log aktiviti Wi-Fi korang untuk periksa alamat IP yang tak dikenali.  

Benda ni boleh menjadi petunjuk ada orang mungkin dah dapat akses ke rangkaian korang tanpa kebenaran dan boleh mencuri apa-apa maklumat yang mereka boleh jumpa tanpa mengaktifkan sebarang amaran.

8. Muat turun software yang tak dikenali

PC korang tak sepatutnya ada software yang korang tak kenal atau tak ingat bila korang download. Kalau ada, anggap benda ni satu risiko pada PC korang. Korang perlu buat scanning untuk detect virus kalau ada.

9. Pesanan ransomware

Kalau korang terkena ransomware, confirm pc korang memang dah kena hack level advanced. 

Ransomware adalah sejenis virus yang boleh lock semua fail digital, sistem, gambar, password & aset lain yang mana kalau korang nak open lock ni, korang kena bayar USD Dollar seperti yang diminta dalam pc korang. 

Kalau hacker tu mintak 500USD, korang kena bayar la 500USD. Baru korang boleh dapatkan balik file file penting dalam pc korang. 

10. Serangan denial-of-service (DoS)

Kalau korang perasan password korang tiba-tiba berubah, atau korang tak boleh akses settings & sistem penting macam factory reset atau system restore, ini mungkin menjadi tanda PC korang dah kena serangan DoS. Ini tanda PC korang dah kena hack.

11. Emel dihantar dari akaun korang

Salah satu tujuan utama hacker adalah untuk effectkan sebanyak mungkin pada semua komputer yang ada.  

Salah satu cara untuk buat itu adalah dengan mengawal aplikasi emel korang, dan akan guna sistem ni untuk hantar sebanyak mungkin emel yang boleh effect pada sistem orang lain. 

12. Perubahan pada password dan akses

Dalam kebanyakan kes, korang sepatutnya dapat emel atau notifikasi mesej teks bila korang tukar password atau setting, terutamanya bank & apps yang berkaitan dengan duit. 

Tapi kalau korang dapat emel yang bagi tahu korang tentang ada perubahan pada setting akaun yang korang tak minta atau tak benarkan, ini sebahagian dari tanda yang pc korang dah kena hack.

13. Prestasi pc jadi lemah dan apps kerap crash

Prestasi pc korang semakin slow & semakin kerap crash. Asal nak buka je crash, ada tengah buat kerja tetiba crash tanpa sebab. 

Benda macam ni boleh menjadi tanda yang pc korang mungkin dah kena hack. 

So korang dah kena aware masa ni. Download anti virus untuk check pc korang sama ada terkena virus atau tak. Kalau ada tu, mungkin lah dah terkena. 

tanda pc kena hack

14. Cursor tetikus bergerak sendiri

Kalau korang nampak cursor tetikus bergerak di sekitar screen korang, klik pada program atau pautan tertentu, keadaan mungkin dah agak teruk. 

PC korang mungkin dikawal secara jarak jauh oleh hacker.

Kalau korang perasan tanda-tanda ni, segera ambil tindakan. Jaga privasi dan data korang, ya.

Adakah artikel ni membantu?

Report jika artikel ini tidak tepat, bermasalah & perlu dibaiki.

Sebarang masalah boleh hubungi kami di [email protected]

Related Article..

Portal Hackers

Financial

Support