Tentang Debt Collector - Ini yang korang kena tahu

Pernah dengar pasal debt collector?

Debt Collector adalah company yang dihire untuk kutip hutang dari korang. Diorang akan call, sms, email dan macam macam lagi untuk kutip hutang dari korang kalau korang ada tunggakan yang belum dijelaskan.

Debt Collector ni akan guna macam-macam cara untuk tekan korang termasuklah ugut untuk datang ke rumah, nak freezekan akaun bank, nak saman korang, dan macam-macam lagi.

Tapi ada satu benda yang korang kena tahu, Debt Collector hanya UGUT semata mata. Tidak lah sampai kepada kes culik, pembunuhan dan sebagainya. Kalau diorang datang sekali pun, sekadar nak hantar surat je. Itu pun kalau amount yang korang hutang tu terlalu besar.

Majoriti kes memang tak datang pun.

Siapa debt collector ni?

Debt collector ni bukan orang biasa-biasa. Diorang ni ada license yang sah dari Bank Negara Malaysia (BNM) untuk buat kerja kerja mengutip hutang.

Debt Collector pun kena ikut undang-undang dan etika yang ditetapkan oleh BNM, seperti Fair Debt Collection Practices Act (FDCPA) dan Personal Data Protection Act (PDPA).

Diorang sebenarnya memang tak boleh menganggu privasi korang, macam call diluar waktu kerja, call di tempat kerja, call keluarga atau kawan-kawan korang, atau datang ke rumah tanpa info apa apa.

Debt Collector tak sama macam ahlong. Kalau diorang langgar jugak undang undang itu maknanya diorang ni bukan Debt Collector.

Diorang juga tak boleh buat ugutan untuk viralkan korang apatah lagi melibatkan nyawa dan maruah, atau menghina korang untuk bayar hutang. Kalau diorang buat macam tu jugak, korang boleh je buat report kat BNM atau pada pihak polis.

Confirm lesen kena gantung.

Tak perlu takut dengan Debt Collector

Apa yang debt collector nak dari korang?

Debt collector ni nak satu je yang diorang nak dari korang, bayar hutang. Diorang tak kisah macam mana korang nak bayar, asalkan korang bayar. Diorang tak peduli pun masalah korang. Diorang cuma buat kerja sahaja.

Bukan korang je ada masalah dalam hidup ni. Debt Collector pun ada banyak masalah dan mungkin akan cadangkan korang untuk buat bayaran ansuran.

Apa yang korang boleh buat kalau kena contact dengan debt collector?

Kalau korang kena contact dengan debt collector, jangan panik atau marah.

Diorang ni bukan musuh korang, diorang ni cuma buat kerja je. Diorang cuma nak ingatkan korang tentang hutang supaya korang boleh settle cepat. Debt Collector ni pun sebenarnya stress hari hari nak kena hadap benda yang sama, sebab hari hari nak kena call kutip hutang.

So korang kena bersikap sopan dan profesional.

Dengar apa yang diorang nak cakap, dan cakap apa yang korang nak cakap. Paling penting jangan tipu atau buat janji kosong dengan debt collector. Kalau korang tak mampu bayar hutang, cakap je direct.

Tapi jangan bagi alasan banyak sangat, sebab dalam kes ni memang salah korang sebab tak bayar hutang. So, tolong jangan buat-buat tak dengar atau lari dari debt collector. Jangan sesekali mengamuk or maki hamun diorang pulak. Benda akan jadi lagi parah nanti.

Kalau korang ada masalah dengan debt collector, korang boleh berurusan direct dengan syarikat yang korang berhutang tu. Contohnya macam Astro, TIME, Unifi dan macam macam lagi.

Perlu ke takut dengan debt collector?

Tak perlu la takut sangat dengan debt collector. Diorang ni bukan orang jahat. Diorang ni orang yang nak bantu korang untuk settlekan hutang korang dengan cara yang cepat.

Korang kena bayar hutang korang dengan jujur dan bertanggungjawab. Kalau korang boleh buat macam tu then korang tak perlu takut pun dengan debt collector. Just bayar je berapa yang korang ada.

Lepas settle, korang boleh hidup dengan tenang dan bebas dari hutang.

Kesimpulan

Walaupun korang mungkin dah lega baca artikel ni, tapi tak bermakna korang boleh lepas tangan dari membayar hutang. Hutang wajib dibayar. Jangan biarkan hutang korang jadi banyak dan rekod korang jadi buruk.

Korang perlu bijak dalam menguruskan kewangan. Jangan terlalu boros sebab itu yang sebabkan korang berhutang. Sharekan artikel ni kalau korang rasa bermanfaat.

Adakah artikel ni membantu?

Report jika artikel ini tidak tepat, bermasalah & perlu dibaiki.

Sebarang masalah boleh hubungi kami di [email protected]

Portal Hackers

Financial