10 tips untuk dapatkan kelulusan google adsense - monetize content

Google adsense

Platform google adsense ni tak lain tak bukan untuk kita dapatkan duit dari pengiklanan dalam blog kita sendiri. 

Tak ada google adsense ni macam mana kita nak monetize blog. Tapi nak dapatkan kelulusan google adsense ni bukan mudah. 

Sebab google adsense ni hanya berikan kelulusan pada blog yang mencapai standard google & paling penting blog yang kita hasilkan tu berkualiti tinggi.

Content tak perlu cakap, memang kena ada banyak & kualiti kena jaga.

Google cuma nak yang terbaik untuk pembaca. Jadi hanya content yang berkualiti saja yang akan dapat kelulusan dari google adsense. 

Links

1. Pastikan ada 15 artikel yang berkualiti

Artikel berkualiti tinggi tu penting. Sekurang kurangnya kena ada 15 posting keatas.

Kalau artikel cuma satu, kemungkinan akan kena reject macam tu je. Kalau kita baru, jangan fokus pada duit. Jangan fokus pada google adsense.

Tapi fokus pada content dulu.  

Dalam dunia google, top content paling utama sekali. Kalau semua benda kita dah buat, tapi content sampah, google takkan pandang.

Fokus untuk buat 30 content yang boleh bantu pembaca dengan info info penting. 

Setiap content yang kita buat tu pastikan panjang dia 1000 patah perkataan keatas. Mudah untuk rank dalam carian enjin. 

300 patah perkataan kebawah akan buatkan blog kita mudah sangat kena reject. Jadi pastikan content semua ada info yang penting & panjang. 

2. Pastikan blog berusia 6 bulan keatas

Usia domain penting pada google adsense.

Hari ni baru register domain, hari ni juga terus apply, memang kena reject. Google nak usia domain sekurang kurangnya atas dari 6 bulan. 

Ini sekurang kurangnya. Lebih terbaik, setahun keatas.

Google hanya akan berikan kelulusan pada blog yang dah berusia lebih dari 6 bulan keatas.

Lagi lama usia blog, lagi mudah nak dapat kelulusan berbanding blog yang baru kita buat beberapa minit yang lalu. 

tips dapatkan kelulusan google adsense

3. Pastikan blog laju & ringan

Kalau blog berat, susah nak access sebab kena loading banyak asset, pun boleh sebabkan google adsense reject blog kita. 

Google titik beratkan blog yang laju & ringan untuk pembaca. 

Pembaca cuma nak baca, bila click pada blog, dia jadi lambat terutama kalau pembaca tu guna data je. Bila dah slow, of course ramai pembaca akan lari sebelum tunggu dia loading tu. 

Google tak suka blog yang macam ni.

Kalau dapat dapatkan kelulusan google adsense, pastikan blog laju & ringan. 

4. Ada visitor dalam sebulan

Tak perlu ada banyak visitor untuk dapatkan kelulusan.

Cukup dalam 100 orang sebulan, kita dah boleh dapat kelulusan dari google adsense. Kita boleh gunakan google analytics + google console untuk tahu berapa jumlah visitor yang visit blog kita. 

Ni bukan syarat wajib untuk dapatkan kelulusan, tapi kalau dah ada traffic lagi mudah google adsense nak luluskan. 

Sebab tu pentingnya kita fokus pada content dulu.

Duit tu akan datang kemudian. 

5. Ada privacy policy

Mesti ada page privacy policy. Kita kena bagi tahu dalam page tu, data apa yang kita collect dari pembaca. Penting untuk pembaca tahu. 

Privacy policy ni tak boleh copypaste dari blog lain. Kena buat sendiri. Boleh guna privacy policy generator untuk lagi mudah. 

Yang ni wajib ada, kalau tak susah nak dapatkan kelulusan. 

privacy policy untuk google adsense

6. Disclamer

Tak wajib ada, tapi kalau ada lagi bagus.

Disclamer ni untuk kita terangkan pada semua pembaca, tentang copyright & content yang kita buat.

Kalau artikel kita ada kaitan dengan orang lain, kita kena bagi credit pada orang tu dalam blog kita. 

Google adsense suka dengan blog yang menjaga copyright. Kalau bukan milik kita, kita akan creditkan nama orang yang sepatutnya dalam blog kita. 

7. Design blog yang baik

Design dalam blog tak boleh bagi pembaca confius. Kalau pembaca confius memang kena reject. Ni paling penting. 

Pastikan semua link boleh diaccess. Pastikan semua button dalam blog berfungsi dengan baik. 

Walau ada satu button yang tak function, tetap kena reject dengan google adsense. 

Bila masuk blog, pastikan pembaca mudah nak faham, mudah nak pergi ke page seterusnya, tengok menu dan lain lain. 

Kalau mengelirukan, dan ada broken link, memang kena reject sampai kita betulkan. 

google adsense

8. Tak boleh ada broken link

Broken link maksudnya page yang tak wujud dalam blog kita. Linknya ada, tapi disebabkan kita dah pindahkan content ketempat yang lain, atau kita memang tak guna dah, kena padam la link yang tak berguna ni. 

Selalu buat check up disini Dr Link Check

Kalau ada link broken, walau pun satu. Padamkan awal awal sebelum apply. 

Google adsense ambik berat pasal benda ni. 

9. Mudah dibaca & difahami

Penggunaan font kalau buat pembaca serabut, terlalu kecik, salah color sampai sebabkan pembaca tak boleh baca, memang kena reject. 

So penting untuk kita setup font yang bagus, color yang baik & mudah orang lain nak baca. 

Baru la google adsense mudah bagi kelulusan. 

10. Semua content adalah original

Original content tu penting.

Semua orang suka dengan content original. Apa sahaja content yang kita buat, pastikan original.

Termasuk gambar, kita tak boleh pakai gambar dalam google. Itu semua milik orang lain. Sebab kita tak ada kebenaran copyright atas gambar yang kita guna. 

Gunakan platform yang menyediakan gambar premium & copyright secara berbayar. Contoh platform adalah https://www.vecteezy.com

Kalau kita gunakan gambar dalam google, atau facebook atau dari mana mana yang kita tak tahu sumbernya, kemungkinan google adsense akan reject. 

Melainkan kita tahu sumber, dan letakkan credit pada gambar yang kita pakai. 

Adakah artikel ni membantu?

Report jika artikel ini tidak tepat, bermasalah & perlu dibaiki.

Sebarang masalah boleh hubungi kami di [email protected]

Related Article..

Portal Hackers

Financial

Support