Bila video TikTok korang tiba-tiba kena ban, memang boleh buat hilang semangat. Tapi jangan risau, benda ni sebenarnya perkara biasa yang content creator alami. TikTok ada garis panduan yang sangat ketat sebab nak jaga keselamatan pengguna dan sentiasa mematuhi undang-undang.

Tapi kadang-kadang, sistem AI Tiktok ni boleh tersalah flag video yang sebenarnya tak melanggar apa-apa pun peraturan. Artikel ni akan explain kenapa video boleh kena ban, jenis-jenis ban yang ada, apa yang korang boleh buat untuk elakkan, dan cara nak appeal kalau korang rasa ban tu tak adil.


1. Sebab-sebab TikTok ban video korang

TikTok ada beberapa sebab utama kenapa mereka ban video, dan semua ni berpunca dari garis panduan yang ketat. Sistem AI TikTok sentiasa memantau setiap video yang di-upload, dan akan terus ban content yang dikira tak sesuai. Antara sebab biasa video kena ban termasuk:

  • Kandungan yang tidak sesuai – TikTok sangat ketat dengan video yang ada keganasan, aksi berbahaya, kandungan seksual, atau apa-apa yang boleh dianggap tidak sesuai.
  • Buli atau gangguan – TikTok tak akan toleransi pada kandungan yang berunsur buli atau menghina orang lain. Jadi, content yang mengandungi unsur negatif macam ni memang cepat kena flag.
  • Misinformasi atau maklumat palsu – Video yang menyebarkan fake news atau maklumat yang boleh mengelirukan orang ramai akan terus di-ban untuk elak penyebaran.
  • Hak cipta – Kalau korang guna audio, lagu, atau visual tanpa izin, ada risiko tinggi video korang kena flag sebab TikTok sangat strict bab hak cipta.

2. TikTok AI kadang-kadang buat silap

TikTok gunakan AI (Artificial Intelligence) untuk pantau semua content yang masuk. AI ni akan scan dan detect video yang melanggar guideline, tapi ada limitasi. Kadang-kadang, AI tak dapat nak bezakan content korang sama ada betul-betul bahaya atau hanya nampak “macam” bahaya. Sebab tu, video biasa pun boleh kena flag.

Contoh kesilapan yang AI boleh buat:

  • Visual menyerupai senjata – Props atau benda dalam video yang menyerupai senjata boleh buat AI salah anggap sebagai content berbahaya.
  • Suara atau sound effect – Sound tertentu yang bunyi “agresif” atau “menakutkan” boleh trigger flag walaupun sound tu hanya untuk hiburan.
  • Bahasa atau teks – Subtitle atau caption yang mengandungi perkataan tertentu boleh buat AI salah faham dan terus flag.
Video Tiktok kena ban - Ini yang korang perlu tahu
Photo by cottonbro studio

3. Jenis-jenis ban yang korang perlu tahu

TikTok ada beberapa jenis ban, dan setiap jenis tu ada kesan berbeza. Jadi, korang kena faham setiap jenis ni supaya tak panik bila berlaku.

  • Shadow ban – Ramai percaya konsep shadow ban ni wujud, tapi sebenarnya ini hanya mitos. TikTok sendiri dah cakap shadow ban tak wujud. Kalau views korang tiba-tiba drop, ia mungkin sebab trend atau audience berubah, bukan sebab shadow ban.
  • Temporary ban – TikTok akan block korang dari upload atau buat live untuk beberapa hari sebagai “warning.” Ini biasanya sebab ada video yang melanggar guideline secara ringan.
  • Permanent ban – Kalau korang melanggar peraturan banyak kali atau langgar peraturan besar, TikTok boleh ban akaun korang secara kekal. Ini paling serius sebab korang akan hilang semua content dan followers.

4. Apa yang korang boleh buat kalau video kena ban?

Kalau korang rasa video kena ban tu tak adil, TikTok ada feature appeal di mana korang boleh request untuk review semula video tu. Ini langkah yang biasa dilakukan oleh content creator yang alami situasi macam ni, dan TikTok akan review dalam masa 5-10 minit, kadang-kadang sampai 24 jam kalau banyak appeal lain yang diorang kena process.

Cara untuk buat appeal:

  • Pergi ke notifikasi video yang kena flag dan pilih “Submit an appeal.”
  • Jelaskan kenapa korang rasa video tu patut di-review semula dengan ringkas dan padat.
  • Tunggu keputusan TikTok – biasanya dalam 5-10 minit, tapi kadang-kadang boleh ambil masa sampai 24 jam.

Kalau appeal berjaya dan video korang memang tak melanggar guideline, video tu akan di-restore dalam masa yang cepat. Tapi kalau appeal tak berjaya, itu bermaksud video korang memang melanggar peraturan TikTok dan ia akan kekal di-ban.


5. Cara elak video dari kena ban

Nak elakkan video dari kena flag atau ban, korang kena jaga content supaya ikut guideline TikTok. Ini ada beberapa tips supaya video korang lebih selamat:

  • Sentiasa patuh dengan guideline community – Pastikan video korang tak ada unsur keganasan, buli, kandungan seksual, atau apa-apa yang melanggar etika.
  • Guna audio dari TikTok library – Kalau korang guna audio dalam library TikTok, korang dah confirm selamat dari masalah hak cipta. Elakkan guna lagu atau sound dari luar TikTok yang tak ada kebenaran.
  • Jangan sentuh isu sensitif – Elakkan content yang berkaitan dengan isu politik, keagamaan, atau yang boleh cetuskan kontroversi. TikTok memang ketat dalam hal ni.
  • Semak caption dan teks – Pastikan tiada perkataan yang boleh trigger flag. Jaga bahasa yang korang guna supaya tak melanggar guideline.

6. Guna TikTok Studio untuk detect masalah akaun

TikTok ada tool yang boleh bantu korang track performance akaun iaitu TikTok Studio dan TikTok Analytics. Tool ni sangat berguna untuk tengok engagement, check potential issues, dan bagi korang idea kenapa views atau engagement jatuh. Daripada korang percaya mitos shadow ban, lebih baik guna TikTok Studio ni untuk dapat data sebenar.

Apa yang TikTok Studio boleh buat:

  • Track views dan engagement – Tengok pattern engagement pada setiap post dan identify content mana yang kurang perform.
  • Analyse masalah teknikal – Tool ni boleh detect isu teknikal pada akaun, yang mungkin sebabkan content korang kena limit.
  • Update ikut trend – TikTok Studio akan bantu korang tengok apa yang tengah trending supaya korang boleh adjust content ikut trend tu.

7. Terus buat content dan jangan panik

Kena ban memang frust, tapi jangan biarkan satu atau dua video kena flag buat korang berhenti. Ini perkara biasa yang ramai content creator alami. Kalau ada appeal yang tak lepas, anggap je sebagai proses pembelajaran. Teruskan buat content dengan konsisten, dan cuba improve dari masa ke masa.

Tips untuk kekal motivated:

  • Jangan terlalu fokus pada views satu video – tengok overall performance akaun.
  • Jangan mudah kecewa bila views jatuh – TikTok algorithm memang sentiasa berubah.
  • Stay consistent – views dan engagement yang baik biasanya datang dari konsistensi.

Kesimpulannya, kena ban di TikTok ni memang normal, so tak perlu risau sangat sebab sistem diorang ni memang ketat dan AI yang memang selalu je salah flag. Gunakan tips ni untuk elakkan masalah dan teruskan appeal kalau korang rasa video tu tak sepatutnya kena flag. Paling penting, jangan putus asa – TikTok sentiasa berubah, jadi terus belajar dan adjust content korang mengikut perubahan platform ni.