Zoho Mail: Hosting percuma untuk business email

Zoho Mail adalah salah satu servis yang ditawarkan oleh Zoho Corporation iaitu sebuah syarikat perniagaan yang terkenal dengan pelbagai business produk secara online.

Zoho Mail adalah satu-satunya platform yang menawarkan hosting email secara professional dengan domain custom untuk korang setup business email korang sendiri secara percuma.

Apa itu Business Email?

Business email berbeza dengan email personal. Contoh [email protected] – Ini adalah email personal dan email personal ni sesiapa pun boleh buat secara percuma.

Kalau business email dia akan jadi macam ni [email protected] yang mana email ni akan gunakan domain professional dari nama domain yang korang pilih sendiri.

So kalau korang gunakan business email, dia akan buatkan business korang akan nampak lebih professional. Tapi yang menjadi masalah sekarang adalah fee.

Kerana untuk korang dapatkan hosting email ni TAK FREE macam email personal. Majoriti platform korang kena bayar setiap bulan atau tahunan. Contoh macam Google sendiri, kalau korang nak create email business korang dengan Google, korang kena bayar dar RM12.50 sebulan untuk 1 user.

Tapi berbeza dengan Zoho Mail ni. Sebab Zoho Mail ni FREE.

Kenapa korang patut gunakan Zoho Mail?

  1. Percuma untuk custom domain: Salah satu kelebihan utama yang Zoho Mail tawarkan ialah Zoho ni boleh bagi hosting email secara percuma kepada sesiapa sahaja. Ini bermakna kalau korang yang berniaga secara kecil kecilan, korang boleh buat alamat email yang professional tanpa korang perlu membayar apa apa fee pada setiap bulan. Ini kelebihan utama Zoho Mail berbanding yang lain.
  2. UI yang modern dan cantik: Zoho Mail menawarkan UI yang mesra pengguna, menjadikannya platform ni mudah untuk digunakan oleh sesiapa sahaja, sama ada pekerja yang mahir dalam teknologi atau tidak. Zoho Mail ni siap ada app lagi untuk korang uruskan email korang sendiri.
  3. Boleh bekerjasama dengan orang lain: Zoho Mail membolehkan pengguna berkongsi fail, jadual, dan catatan dengan mudah, memudahkan kolaborasi di dalam pasukan.
  4. Compability: Platform ni boleh diintegrasikan dengan pelbagai aplikasi lain yang disediakan oleh Zoho serta perisian perniagaan lain seperti Zoho CRM dan Zoho Projects.
  5. Security yang secure: Zoho Mail menawarkan tahap security yang tinggi dengan pengekalan data di pusat data yang selamat dan enkripsi data. So semua email korang dalam Zoho ni terjamin selamat.
Credit to Zoho.com

Cara nak daftar Zoho Mail

Langkah-langkah untuk mendaftar dan memulakan dengan Zoho Mail adalah seperti berikut:

  1. Daftar akaun: Mula dengan mendaftar akaun dengan Zoho dan pilih pilihan “Untuk Perniagaan”.
  2. Pilih domain: Pilih domain yang korang nak gunakan untuk alamat email korang. Kalau korang belum ada, korang kena beli la domain korang sendiri. Kalau dah ada ikut je arahan seterusnya dalam Zoho Mail ni.
  3. Setup MX Records: Korang Ikut panduan dari Zoho untuk setup MX records supaya email korang boleh dihantar ke server Zoho.
  4. Tambah Users: Tambah pengguna yang diperlukan seperti staff perniagaan korang.
  5. Akses ke Zoho Mail: Setelah setup, akses Zoho Mail melalui laman web atau app dalam smartphone korang.
  6. Migrate dari server mail yang lama (Jika Perlu): Jika korang ada email dengan provider lain, Zoho menyediakan perkhidmatan migrate untuk memudahkan korang dalam proses penukaran ke Zoho Mail.
  7. Explore feature tambahan: Ambil peluang untuk explore fungsi tambahan yang ditawarkan oleh Zoho Mail contohnya macam kalendar dan catatan. Semua memang untuk memudahkan korang.

Penutup

Dengan Zoho Mail, korang boleh dapat email hosting percuma untuk domain custom korang, menjadikannya pilihan no 1 untuk syarikat-syarikat yang ingin kan email professional tanpa perlu melabur banyak modal. Sharekan artikel ni kalau korang rasa bermanfaat untuk orang lain.

Adakah artikel ni membantu?

Report jika artikel ini tidak tepat, bermasalah & perlu dibaiki.

Sebarang masalah boleh hubungi kami di [email protected]

Related Article..

Portal Hackers

Financial

Support