Akaun facebook kena disable - Apa yang korang perlu tahu?

6 min read

Mesti frust bila akaun facebook korang kena disable, lagi lagi kalau kena tu tanpa sebab yang jelas. Jom tengok apa yang sebabkan Facebook korang boleh kena disable dan apa yang korang boleh buat.

Punca akaun Facebook korang kena disable

Akaun Facebook korang boleh boleh kena disable disebabkan banyak sebab. Antaranya:

  • Melanggar dasar komuniti: Ini termasuk post yang mengandungi hate speech, keganasan, atau content hot yang tak sesuai. Contoh macam peperangan di Palestin dan Israel.
  • Aktiviti mencurigakan: Login dari location yang berbeza. Kalau korang ada share ID dengan pasangan, ini akan sebabkan akaun korang kena lock dan disable.
  • Akaun dihack: Kalau akaun korang dihack dan digunakan untuk aktiviti scam pun boleh sebabkan kena suspend dan disable.
  • Bertukar-tukar devices: Terlalu kerap tukar peranti untuk log masuk boleh jadi isu.
  • Share akaun dengan orang lain: Memberi akses akaun korang kepada orang lain boleh menyebabkan masalah.
  • Spamming: Menghantar terlalu banyak mesej atau post dalam masa yang singkat. Contoh post iklan di setiap group. Ini dikira spam.
  • Penggunaan aplikasi pihak ketiga: Menggunakan aplikasi yang tak diluluskan oleh Facebook untuk akses akaun.
  • Info palsu: Menggunakan nama palsu atau maklumat peribadi yang tak betul.
  • Terlalu banyak permintaan kawan: Menghantar terlalu banyak permintaan kawan dalam satu masa boleh dianggap sebagai spam.
  • Ada banyak lagi dan kadang jadi tanpa sebab yang jelas.
Photo by Joshua Hoehne on Unsplash

Langkah-langkah untuk mengatasi akaun yang kena disable

Kalau akaun Facebook korang kena disable, jangan bersedih hati. Korang boleh cuba Ikut langkah-langkah ni untuk cuba dapatkan semula akaun korang:

  • Semak email yang berkaitan dengan akaun Facebook korang: Facebook akan hantar arahan tentang apa yang perlu dilakukan. So korang tinggal nak follow je. Kalau tak ada boleh skip bahagian ni.
  • Isi form Facebook: Gunakan borang ini untuk mencari akaun korang dan cuba untuk login.
  • Sediakan bukti identiti: Facebook memerlukan pengesahan identity untuk mengesahkan pemilik akaun. So korang perlukan ID atau PASSPORT. Korang kena pastikan nama facebook korang hampir sama dengan nama dalam ID.
  • Tunggu dengan sabar: Proses ini mungkin mengambil masa yang lama, jadi bersabarlah.

Lepas dah settle semua benda ni, yang korang kena buat adalah menunggu. Jangan terlalu harap yang facebook akan tolong korang. Berdasarkan pada report, ramai yang tak dapat access semula ke akaun facebook.

Tips untuk elak akaun kena disable lagi

Untuk mengelakkan masalah yang sama di masa depan, korang boleh ikut tips-tips ni:

  • Baca dan fahamkan dasar komuniti Facebook: Pastikan korang tahu apa yang dibenarkan dan apa yang tak dibenarkan.
  • Jaga keselamatan akaun: Pastikan korang gunakan kata laluan yang kuat dan aktifkan pengesahan dua faktor. Masukkan sekali no telefon.
  • Elakkan penggunaan aplikasi pihak ketiga: Jangan gunakan aplikasi yang tak diluluskan oleh Facebook untuk interaksi dengan akaun korang.
  • Jangan share maklumat log masuk: Jangan sekali-kali bagi maklumat log masuk korang kepada sesiapa pun. Sekali diorang dapat access dari tempat yang berbeza, facebook akan lock dan disable.
  • Gunakan informasi yang sah: Pastikan semua maklumat dalam profil korang adalah betul dan sah. Kalau nak guna nama samaran pun, pastikan dia hampir sama dengan nama sebenar korang.

Harap dengan penjelasan yang lebih panjang lebar ni, korang dapat gambaran yang lebih jelas tentang apa yang perlu dilakukan kalau terjadi masalah dengan akaun Facebook.

Ingat, selalu jaga akaun korang dengan baik dan ikuti dasar yang ditetapkan oleh Facebook untuk pengalaman yang lebih selamat dan menyenangkan. Semoga berjaya!

Adakah artikel ni membantu?

Report jika artikel ini tidak tepat, bermasalah & perlu dibaiki.

Portal Hackers

Financial