Facebook kena hack? - Kadang kadang sebab kabel putus

7 min read

Facebook korang log out sendiri? Atau bila cuba login tapi tak boleh nak buka? Kalau jadi macam ni, mesti korang fikir kena hack kan. Jangan risau dulu.

Pertama sekali, jangan panik

Bila benda ni jadi, yang penting korang kena stay cool. Jangan terus fikir yang negatif. Duduk, ambil nafas dalam-dalam, dan bersiap untuk troubleshoot.

Ini bukan masa untuk gelabah. Ingat, dalam banyak kes, benda ni kadang cuma glitch kecil yang boleh diselesaikan dengan mudah. So, ambil masa untuk tenangkan diri dan bersiap sedia untuk troubleshoot.

Check sama ada Facebook down

Langkah pertama yang korang boleh buat adalah pergi ke Twitter dan search untuk ‘facebook down’.

Pastikan korang tengok tweet yang paling terkini. Kalau ramai yang cakap Facebook down, itu maknanya masalah tu bukan dari korang.

So, tak payah nak risau sangat. Ini langkah yang penting sebab ia membantu korang untuk kenal pasti sama ada masalah tu global atau hanya terjadi pada korang sahaja.

Cuba log in balik

Kalau Twitter tak cakap apa apa pasal Facebook down, next step, cuba log in balik:

  • Pastikan password yang korang masukkan tu betul.
  • Try log in guna phone atau laptop yang pernah korang login.
  • Kalau korang ada on kan two-factor authentication, jangan lupa masukkan kod yang dihantar. Ini langkah penting sebab kadang-kadang, masalah log in boleh disebabkan oleh kesilapan kecil macam salah taip password atau masalah dengan pengesahan dua faktor.

Check line internet korang

Kadang-kadang, masalahnya boleh jadi sebab line internet korang yang tengah slow atau tak stabil. Kena check la korang bayar ke tak Internet tu.

So, make sure line korang okay sebelum try log in lagi. Internet ni memang penting sebab tanpa internet, korang memang takkan dapat log in ke mana-mana platform online, termasuklah Facebook.

Photo by Timothy Hales Bennett on Unsplash

Update app Facebook korang

Pastikan app Facebook korang tu updated. Kadang-kadang, kalau app tu outdated, dia boleh buat hal sikit bila nak log in.

Benda ni penting sebab bila korang guna app version terkini, security korang juga akan terjamin. Kalau dah lama tak update, mungkin bawa masalah la bila korang nak login.

Clear cache dan cookies

Cache atau cookies yang penuh atau corrupted boleh jadi punca masalah juga. Try clear semua tu dan tengok boleh tak settle masalah korang. Ini langkah yang selalu diabaikan tapi sebenarnya penting.

Cache dan cookies yang lama boleh menyimpan data yang tak relevan atau corrupted yang dan boleh mengganggu proses log in.

Kalau korang guna Android, korang boleh clear cache ni di app setting. Kalau korang guna Iphone, try uninstall app facebook dan install semula.

Jawab soalan security

Kalau Facebook minta korang jawab soalan security, jangan skip. Ini salah satu cara untuk pastikan yang korang ni memang tuan punya akaun yang sebenar.

Ini langkah penting sebab membantu mengesahkan identiti korang dan memastikan hanya korang yang boleh akses akaun facebook ni.

Dapatkan approval dari device yang korang pernah login

Kadang-kadang Facebook akan kesan aktiviti yang mencurigakan jika korang cuba log in dari device baru atau yang jarang digunakan.

Kalau korang ada device yang pernah korang guna untuk log in, cuba dapatkan approval dari situ. Membantu mempercepat proses untuk mendapatkan akaun korang.

Contact support Facebook dan buat ID verification

Kalau semua cara tak jalan, last sekali korang kena contact la support Facebook. Korang ikut je apa yang facebook minta untuk buat ID verification.

Benda ni memang penting sebab kadang-kadang, masalah akaun korang mungkin lebih kompleks dan memerlukan bantuan dari pihak Facebook sendiri untuk diselesaikan.

Kesimpulan

So, itu la beberapa cara yang korang boleh cuba kalau tiba-tiba je Facebook korang ada masalah. Ingat, jangan panik. Ikut je step by step yang aku bagi ni. Selalunya, benda ni boleh settle sendiri. Tapi kalau tak boleh juga, support Facebook sedia menolong.

Adakah artikel ni membantu?

Report jika artikel ini tidak tepat, bermasalah & perlu dibaiki.

Portal Hackers

Financial