Kalau korang tak bayar duit ahlong, benda pertama yang akan jadi adalah diorang naikkan interest atau duit bunga. Hari semakin hari duit korang akan semakin bertimbun. So lagi korang tak bayar, lagi banyak hutang korang. Unlimited sampai boleh cecah juta walaupun korang cuma pinjam RM1000.
Kalau masih tak bayar jugak korang akan diugut & dimalukan!
Kenapa korang tak perlu takut dengan ahlong
Realiti ugutan ahlong
Pertama sekali, kenapa ramai yang gerun bila dengar nama “ahlong”? Sebabnya ialah taktik ugutan yang diorang gunakan untuk menakut-nakutkan korang tu sangat real.
Ahlong ni memang terkenal dengan cara diorang mengugut, tapi hakikatnya, diorang menggunakan ketakutan korang sebagai senjata untuk dapatkan duit dari korang. Biasanya, ugutan ini berbentuk panggilan telefon yang tak henti-henti, mesej yang suka nak ugut, atau dalam sesetengah kes, vandalisme.
Tindakan ahlong tak selalu jadi kenyataan
Sebenarnya, tak semua ugutan yang diorang buat tu akan menjadi kenyataan. Diorang cuma gertak saja supaya korang bayar hutang.
Ramai ahlong yang hanya bergantung pada ketakutan korang untuk memastikan korang membayar. Itu sahaja. Diorang tahu bahawa tindakan kekerasan boleh membawa kepada tindakan undang-undang terhadap diorang.
Jadi diorang takkan gunakan kekerasan macam menculik or membunuh. Diorang takut!

Cara berhadapan dengan Ahlong
Jangan balas ugutan dengan ugutan
Nak melawan ahlong bukan dengan mengugut mereka balik. Ini boleh memburukkan keadaan dan boleh membawa kepada tindakan undang-undang terhadap korang juga. Paling penting, ini tentang keselamatan korang dan orang yang korang sayang.
Cari bantuan professional
Kalau korang dah terlibat dengan ahlong dan merasa terancam, langkah terbaik adalah dengan mendapatkan bantuan professional. Korang boleh hubungi PPIM atau Mustafa Khan untuk bantu korang selesaikan masalah dengan Ahlong.
Buat laporan polis
Membuat laporan polis adalah langkah yang sangat penting kalau korang menerima apa-apa bentuk ugutan. Ini bukan sahaja untuk melindungi diri korang, tapi juga untuk membantu pihak berkuasa dalam membanteras aktiviti pemberi pinjaman haram ini. Pastikan korang simpan semua mesej or bukti yang lain. Apa apa korang ada bukti kan.
Kesedaran dan pendidikan
Menyedari tentang bahaya dan kesan daripada berurusan dengan ahlong adalah langkah pertama untuk menghindari masalah ini. Pendidikan tentang pengurusan kewangan yang bijak juga penting untuk mengelakkan terperangkap dalam situasi ini.

Kata kata semangat untuk korang
Tiap masalah pasti ada jalan keluarnya. Jangan biarkan ketakutan mengawal hidup korang.
Korang lebih kuat dari apa yang korang fikir. Cari solusi yang bijak dan legal, dan ingat, korang tidak sendirian. Banyak badan kebajikan dan pihak berkuasa yang sedia membantu. Kekalkan semangat, dan jangan sesekali berputus asa.
Remember, setiap masalah ada solusinya. Berani menghadapi adalah kunci pertama untuk menyelesaikan masalah. Berdiri teguh, jaga keselamatan, dan selalu cari jalan yang sah untuk menyelesaikan masalah. Keep it up, korang boleh buat benda ini!
Adakah artikel ini membantu?