Apa itu Pegasus Spyware? - Ini yang korang kena tahu

Pegasus ni bukan nama kuda bersayap dalam mitos Yunani saja, tapi juga adalah nama kepada spyware, iaitu Pegasus.

Spyware ni boleh berjangkit dengan smartphone korang, sama ada iOS atau pun Android, dan paling bahaya adalah korang takkan perasan pun benda ni jadi. Bila smartphone korang dah effected, spyware ni boleh spy dan ambil semua data dari smartphone korang.

Bahaya kan?

Asal usul Pegasus

Pegasus ni dikeluarkan oleh NSO Group, sebuah syarikat cyber-intelligence dari Israel. NSO Group ni ditubuhkan pada tahun 2010 oleh bekas ahli perisikan Israel.

Mereka buat Pegasus pada tahun 2011 sebagai software untuk melawan jenayah dan keganasan. Diorang cakap, Pegasus ni hanya dijual kepada kerajaan yang sah untuk digunakan dalam keselamatan dan penguatkuasaan undang-undang.

Bayangkan kalau kerajaan Malaysia buat benda yang sama. Habis la rakyat Malaysia semua.

Siapa yang cipta Pegasus?

Pegasus ni dibuat oleh team developer yang terdiri daripada pakar cyber dan bekas ahli perisikan Israel. Mereka ambil nama Pegasus ni mungkin dari kuda yang bersayap dalam mitos Yunani.

Untuk apa Pegasus ni dibuat

Pegasus ni digunakan untuk spy orang yang menjadi target, sama ada politikus, pemimpin kerajaan, aktivis hak asasi manusia, pembangkang, atau pun wartawan.

NSO Group kata, Pegasus ni sebenarnya untuk bantu operasi melawan penjenayah, macam pengedar dadah, pelacur, atau pengganas. Tapi, sebenarnya kerajaan yang guna Pegasus ni LEBIH KEPADA nak control dan tekan rakyat diorang sendiri.

Macam mana Pegasus masuk smartphone

Pegasus ni guna cara zero-click untuk masuk ke dalam smartphone korang, maksudnya korang memang tak perlu klik apa-apa link atau buka apa-apa website untuk spyware ni run dalam smartphone korang.

Pegasus ni sendiri boleh hantar message atau call melalui WhatsApp atau SMS melalui data basic macam no telefon korang, dan bila korang dapat call atau message dari Pegasus tu sendiri, spyware ni dah boleh access masuk kedalam smartphone korang. Walaupun korang cuba untuk padam message atau tak angkat call, spyware ni tetap boleh di installkan ke dalam smartphone tanpa kebenaran. Punyalah advanced spyware ni.

Apa yang Pegasus boleh buat

Bila dah masuk ke dalam smartphone korang, Pegasus boleh monitor call, capture text message, track lokasi korang secara realtime, dan kumpul semua password banking dan media sosial, gambar, dan data data lain.

Pegasus boleh akses data yang encrypted, macam message dalam Signal, Telegram dan Whatsapp, sebab dia akan ambil data sebelum dia di-encrypt. Pegasus juga boleh guna camera dan microphone smartphone korang untuk intip apa yang korang buat. Dan of course benda ni akan berlaku tanpa pengetahuan korang.

Bahaya ke Pegasus

Pegasus memang dah sangat sangat bahaya, sebab dia boleh curi data peribadi korang dan gunakan untuk tujuan yang jahat macam blackmail.

Pegasus boleh ancam keselamatan, privasi, dan kebebasan korang. Pegasus boleh jadi satu alat untuk menindas dan menyalahgunakan kuasa. Pegasus boleh rosakkan demokrasi dan hak asasi manusia.

Macam mana nak elak Pegasus

Pegasus ni sebenarnya susah nak elak, sebab dia boleh masuk smartphone korang tanpa korang sedar. Macam mana dia masuk tu pun, tak dapat nak dipastikan. Tahu tahu dah ada dalam smartphone.

Tapi, ada beberapa cara yang boleh korang cuba untuk kurangkan risiko kena hack. Antara cara-cara tu adalah:

  • Update software smartphone korang selalu, sebab update ni boleh tutup lubang-lubang yang boleh Pegasus exploit.
  • Jangan terima call dari nombor yang tak dikenali, atau jangan open SMS yang pelik pelik namanya, sebab itu mungkin salah satu cara Pegasus nak access ke smartphone korang.
  • Gunakan app yang ada end-to-end encryption, macam Signal, Telegram atau Whatsapp, sebab tu boleh jaga data korang dari dicuri.
  • Jangan kongsi data peribadi korang dengan sesiapa yang tak trusted. Sebab tu boleh jadi cara Pegasus nak target korang.

Macam mana nak buang Pegasus

Kalau korang rasa smartphone korang dah kena hack dengan Pegasus, korang kena buang spyware ni secepat mungkin. Tapi, Pegasus ni bukan spyware yang mudah untuk korang remove, sebab dia sangat sangat advanced. Tapi korang boleh scan.

Tapi ikut pada research ada satu tool yang mungkin boleh tolong korang, iaitu Mobile Verification Toolkit (MVT). MVT ni dibuat oleh Amnesty International, untuk scan spyware macam Pegasus.

Cara nak guna MVT ni bergantung pada jenis smartphone korang, sama ada iPhone atau Android. Untuk iPhone, korang kena ada komputer yang pakai Linux atau macOS, dan sambungkan iPhone korang dengan USB cable.

Pastikan korang dah backup iPhone korang dengan iMazing, dan run MVT untuk check ada tak Pegasus dalam backup tu. Kalau ada, MVT akan tunjuk kat korang, dan korang boleh restore iPhone korang dengan backup yang bersih

Untuk Android, korang kena ada komputer yang pakai Linux, dan sambungkan Android korang dengan USB cable.

Pastikan korang dah enable USB debugging dalam setting Android korang, dan run MVT untuk check ada tak Pegasus dalam smartphone korang. Kalau ada, MVT akan tunjuk kat korang, dan korang boleh delete Pegasus tu dengan cara factory reset smartphone korang

Aku harap artikel ni dapat memberi korang maklumat yang berguna tentang Pegasus. Jaga diri dan smartphone korang baik-baik, sebab Pegasus ni bukan benda main-main. 

Adakah artikel ni membantu?

Report jika artikel ini tidak tepat, bermasalah & perlu dibaiki.

Sebarang masalah boleh hubungi kami di [email protected]

Portal Hackers

Financial