Jangan mudah untuk berkata "Saya nak belajar jadi hacker"

11 min read

Aku rasa topik ni adalah antara topik yang penting untuk disampaikan sebab ramai yang tak faham tentang Hacker.

Jangan mudah untuk korang bercakap “saya nak belajar jadi hacker, boleh ajar saya?” tanpa tahu apa yang sebenarnya korang kena belajar dalam bidang ni.

So, dalam artikel ni aku akan terangkan apa benda yang korang kena belajar untuk menjadi seorang hacker.

Apa itu hacker?

Hacker adalah seorang yang creative dalam menggunakan kemahiran dan pengetahuan diorang dalam bidang komputer dan network untuk mengeksploitasi or bypass pada sistem atau software tertentu.

Hacker biasanya bila nak buat kerja, ada tujuan tertentu dan jelas, sama ada untuk mendapatkan aksesmencuri datamerosakkan sistem, atau menunjukkan kemampuan diorang kepada owner system. Hacker ni ada pelbagai jenis, bergantung pada motif dan etika yang diorang bawa.

Ada hacker baik yang dipanggil sebagai white hat hacker. Hacker ni biasanya membantu satu organisasi untuk melindungi sistem daripada serangan black hat Hacker. Kerja white hat adalah untuk improve system security.

Black hat Hacker ni pulak adalah hacker yang melakukan kerja hacking yang melanggar undang undang, merosakkan sistem orang lain & melakukan untuk kepentingan diri sendiri.

Dan ada juga hacker yang berada di tengah-tengah, tak baik sangat, dan tak jahat sangat. Diorang ni dipanggil sebagai Grey hat hacker. Ikut mood diorang NAK JADI BAIK OR JAHAT. Life is complex.

Apa yang korang kena belajar untuk menjadi seorang hacker?

Nak menjadi seorang hacker ni bukanlah perkara yang mudah.

Ramai orang ingat, jadi hacker ni sekadar tekan tekan kat PC macam dalam movie, padahal hacker ni antara kerja yang paling susah. Pakar Cyber Security pun belum tentu boleh menjadi seorang hacker. Apatah lagi untuk korang yang ZERO.

Korang kena belajar dan mendalami macam-macam benda yang memang susah untuk korang faham seperti:

Programming: Ini adalah asas untuk menjadi seorang hacker. Programming adalah proses menulis kod yang boleh dilaksanakan oleh komputer untuk melakukan sesuatu. Ada banyak bahasa programming yang hacker guna, macam Python, Javascript, C++.

Hacker kena tahu semua asas-asas programming, seperti variable, loop, function, class, array, dan banyak lagi. Hacker juga kena tahu cara menguji dan debug pada kod diorang, serta cara menggunakan library dan framework yang sesuai untuk projek yang diorang develop.

Network: Ini adalah ilmu yang berkaitan dengan cara komputer berkomunikasi antara satu sama lain melalui internet atau LAN.

Hacker kena tahu tentang network, macam IP address, DNS, firewall, dan lain-lain.

Then korang kena tahu pulak cara menganalisis dan manipulasi traffic network, dan paling penting cara untuk mengelak daripada dikesan oleh security system.

Hacking tools: Ini adalah software atau hardware yang hacker gunakan untuk membantu diorang dalam aktiviti hacking. Ada banyak jenis hacking tools, contohnya macam scanner, exploit, sniffer, keylogger dan banyak lagi.

Command: Ini adalah arahan yang hacker taip dalam terminal atau shell untuk menjalankan sesuatu. Hacker kena tahu cara menggunakan command yang berbeza untuk sistem operasi yang berbeza, contohnya macam Windows, Linux, MacOS, dan lain-lain.

Bab command ni perkara basic dalam dunia hacker, tapi nak kena hafal dan test macam macam perkara tu tak mudah.

Pen testing: Ini adalah proses untuk menguji dan menilai kelemahan dan risiko dalam sistem. Hacker kena tahu cara melakukan pen testing yang beretika, sistematik, dan berkesan.

Hacker juga kena tahu cara cara menggunakan methodology pen testing yang standard contohnya macam OSSTMM, OWASP, PTES, dan lain-lain.

    Apa lagi yang korang perlu tahu?

    Selain daripada benda-benda yang aku sebutkan tadi, ada banyak lagi benda yang korang perlu tahu untuk menjadi seorang hacker yang hebat, contohnya macam:

    • Cyber security: Ini adalah bidang yang korang kena tahu, sebab bidang ni berkaitan dengan cara korang melindungi sistem dan data daripada ancaman hacker. Hacker kena tahu selok belok cyber security, macam threatvulnerabilityattack dan macam macam lagi.
    • Creativity: Ini adalah kemampuan untuk menghasilkan idea atau penyelesaian yang baruunik, dan bernilai. Hacker kena creative sebab hacker bukan lah seorang yang ikut BUKU semata mata. Hacker kena tahu cara berfikir luar kotakmencabar norma, dan berani mengambil risiko.

    Nasihat untuk korang yang nak jadi hacker

    Jangan sesekali bertanya macam ni “saya nak belajar menjadi hacker, tolong ajar saya”.

    Kalau korang tanya macam ni, dalam keadaan pengetahuan korang ZERO. Tak tahu apa apa. Maknanya korang tak berminat dalam bidang hacking. Korang hanya berminat untuk tengok movie pasal hacker tapi tak bersungguh untuk menjadi seorang hacker.

    Sebab apa?

    Sebab segala sumber ilmu tentang hacking tu sudah ada banyak di internet. Korang boleh google, tengok Youtube, beli buku, beli course di Udemy, Coursera, belajar dalam forum, baca blog, dan macam-macam lagi yang korang boleh buat.

    Terlalu banyak info berkaitan Cyber Security di Google. Tapi kenapa korang masih ZERO dan mengharapkan orang lain untuk SUAPKAN ilmu kepada korang? Adakah korang layak mendapatkan ilmu tu kalau korang sendiri ZERO? Adakah korang mengharapkan orang lain ajar korang dari ABC untuk menjadikan korang sebagai seorang hacker?

    Kalau korang sendiri tak nak usaha untuk belajar benda yang paling BASIC dalam Cyber Security di Google, bertanya kepada AI, membaca forum dan sebagainya, lepas tu korang tanya pulak kepada orang lain, saya nak belajar menjadi hacker, maknanya korang bukanlah orang yang serius untuk menjadi seorang hacker.

    Korang ni tak lain tak bukan cuma orang yang bercakap kosong dan nak main-main je. Korang cuma nak ngah dengan nama hacker, nak hack facebook orang, nak hack wifi jiran, nak hack game online untuk kepentingan diri sendiri. Itu sahaja.

    Korang tak faham apa hacker itu yang sebenarnya. Hacker sebenar adalah orang yang berilmu, berani, bertanggungjawab dan sangat beretika.

    Semua ni mesti ada pada seorang Hacker walaupun dia adalah seorang Black Hat Hacker. Scammer tak buat kerja cincai. Majoriti scammer buat kerja sangat clean. Untuk elak kena track, elak kena tangkap dan sebagainya.

    Kat sini je korang dah tahu yang scammer dan black hat hacker pun SANGAT BERTANGGUNGJAWAB dengan apa yang diorang buat.

    So benda basic untuk menjadi seorang Hacker adalah korang sendiri kena menjadi seorang yang creativeadaptive, dan collaborative. Korang kena ada minat yang mendalam, yang mana minat ni korang tunjukkan melalui apa yang korang dah belajar, bukan menunjukkan minat melalui kata kata.

    Kesimpulan

    So nak jadi hacker ni bukan perkara yang mudah untuk sesiapa. Ramai je cakap nak belajar, tapi pada akhirnya, mereka semua hilang. Kalau korang rasa korang tak boleh go dengan apa yang disampaikan dalam artikel, then tak perlu mention lagi tentang Hacker dalam hidup korang.

    Kalau korang nak jadi hacker, dan nak belajar dari orang yang berpengalaman, pastikan korang tahu BASIC Cyber Security dan programming. If korang nak jadi seorang hacker la.

    Kalau korang nak support hacker, jadilah script kiddies.

    Adakah artikel ni membantu?

    Report jika artikel ini tidak tepat, bermasalah & perlu dibaiki.

    Portal Hackers

    Financial