Bila korang tersedar yang korang terkena scam lepas transfer duit dalam jumlah yang besar, ini adalah apa yang korang kena buat kalau kena scam.

Panduan ni akan terangkan step by step yang korang kena ikut. If korang baru je termasukkan duit dalam jumlah yang besar, duit tu mungkin boleh diselamatkan. Tapi kalau korang dah lama masukkan duit tu, atau masukkan sikit sikit, panduan ni tak dapat kembalikan duit korang semula.

Call NSRC 997: Paling penting

Langkah paling pertama yang korang kena buat adalah call National Scam Response Center (NSRC) di nombor 997. NSRC ni pusat khas yang dibentuk oleh kerajaan untuk bantu mangsa scam. Bila korang call 997, korang akan terus bercakap dengan pegawai yang bertugas dan mereka akan guide korang apa yang perlu buat.

Pentingnya call 997 ni sebab diorang boleh hold money korang dalam akaun bank scammer dengan cepat sebelum dia sempat keluarkan duit korang.

Tapi, korang kena cepat. Lagi cepat korang call, lagi tinggi chances nak dapatkan balik duit tu. Kalau dah lama transfer, kalau kemarin korang transfer, memang tak dapat lagi dah duit korang. Report NSRC mungkin tak berapa nak membantu.

Apa nak buat kalau kena scam? - Latest 2024
Photo by Pixabay

Ikut arahan NSRC dengan teliti

Bila korang call NSRC, korang kena ikut arahan yang diberikan dengan teliti.

Biasanya, mereka akan minta korang berikan maklumat akaun yang korang transfer duit, butiran transaksi, dan maklumat lain yang relevan. Jangan sesekali skip step yang mereka minta sebab setiap detail tu penting untuk kes korang.

Kalau ada apa-apa maklumat tambahan yang korang rasa penting, beritahu juga pada mereka. Lebih banyak maklumat yang mereka dapat, lebih mudah untuk mereka block akaun scammer tu dan bantu korang dapatkan balik duit.

Paling penting korang kena jujur bila berurusan dengan NSRC. Ramai orang menipu kerana nak tutup kesalahan sendiri dan nak dapatkan balik duit dengan cepat. Lagi korang menipu, lagi banyak yang akan tersangkut.

Buat laporan polis: Pastikan korang ada bukti

Lepas korang dah call NSRC dan ikut semua arahan mereka, next step korang kena buat ialah pergi buat laporan polis.

Laporan polis ni penting untuk dua perkara: pertama, ia jadi bukti yang korang betul-betul mangsa scam, dan kedua, laporan ni juga penting kalau korang nak berurusan dengan bank atau nak ambik tindakan undang undang.

Kalau korang nak berurusan dengan bank korang wajib ada report polis, kalau korang tak ada report polis, bank memang takkan terima dan takkan berurusan dengan korang.

Masa buat laporan, pastikan korang bawa semua bukti yang korang ada. Contohnya, screenshot transaksi bank, mesej dari scammer, email confirmation, atau apa-apa saja yang boleh membantu kes korang. Lagi banyak bukti, lagi kuat kes korang.

Report ke bank: Maklumkan tentang transaksi yang mencurigakan

Lepas buat laporan polis, korang kena terus pergi ke bank dan laporkan transaksi yang mencurigakan tu. Biasanya, bank akan ada unit khas yang handle kes-kes macam ni. Bagitahu mereka semua details tentang scam tu dan berikan juga laporan polis sebagai bukti.

Kadang-kadang, bank boleh tolong freezekan akaun yang terlibat atau track duit tu kalau belum sempat keluar dari sistem. Tapi, ini bergantung pada seberapa cepat korang laporkan. Jangan tunggu lama-lama sebab setiap minit kira dalam kes macam ni.

Pantau akaun bank korang

Selepas korang dah buat semua laporan dan tindakan di atas, jangan lupa untuk terus pantau akaun bank korang. Pastikan tak ada transaksi pelik yang berlaku. Kadang-kadang, scammer mungkin cuba ambil lebih banyak duit daripada akaun korang atau buat transaksi yang mencurigakan.

Kalau korang perasan ada apa-apa transaksi yang pelik, laporkan terus kepada bank dan NSRC. Lebih cepat korang bertindak, lebih selamat duit korang.

Apa nak buat kalau kena scam? - Latest 2024
Photo by Tima Miroshnichenko

Inform pada kawan dan keluarga

Last but not least, korang kena inform kawan-kawan dan keluarga tentang apa yang berlaku. Ini mestilah disertakan dengan bukti yang jelas dan bukan andaian semata mata.

Benda ni juga penting supaya orang lain tak menjadi mangsa scam yang sama. Kadang-kadang, scammer akan cuba cari mangsa lain dari kalangan orang yang rapat dengan korang.

Share pengalaman korang dan beri amaran supaya mereka lebih berhati-hati. Lagi ramai yang tahu, lagi susah untuk scammer nak dapat mangsa.

Kesimpulan

Apa yang paling penting dalam kes kena scam ni adalah korang kena bertindak cepat.

Lagi cepat korang ambil tindakan, lagi tinggi chances untuk dapatkan balik duit korang. Jangan putus asa walaupun nampak macam susah, sebab setiap langkah yang korang ambil tu boleh bantu korang dan orang lain dari terus jadi mangsa scammer.

Ingat, jangan panik, ikut step by step yang aku share ni, dan insyaAllah, korang ada peluang untuk selesaikan masalah ni dengan baik. Sharekan artikel ni pada orang lain. Semoga bermanfaat.

Tinggalkan Pendapat Anda