Apa nak buat kalau kena ugut sebar gambar bogel dengan scammer - Jom

9 min read

Korang mesti takut kalau kena ugut dengan scammer untuk sebarkan gambar bogel korang pada public.

Scammer ni biasanya akan minta duit dari korang, dan kalau korang tak bayar, diorang akan sebarkan gambar bogel korang kat media sosial atau pada kawan-kawan korang.

So, macam mana nak handle situasi ni?

Jangan panik, ikut je langkah-langkah yang ada dalam artikel ni.

Apa nak buat kalau kena ugut sebar gambar bogel dengan scammer - Jom

Jangan bayar apa-apa pada scammer

Langkah pertama yang korang kena buat ialah jangan bayar apa-apa pada scammer. Kalau korang bayar, masalah takkan selesai, sebab scammer ni akan terus ugut dan ugut korang sampai korang habis duit.

Diorang tak peduli pun korang punya perasaan atau maruah, diorang cuma nak duit je.

Lagipun, takde jaminan yang diorang akan delete gambar bogel korang kalau korang bayar. Diorang mungkin akan simpan gambar tu untuk ugut korang lagi.

Kalau korang nak bayar juga, terpulang. Bayaran tu cuma akan delay kan urusan korang dengan scammer.

Gambar bogel takkan viral dalam media sosial

Langkah kedua yang korang kena tahu adalah gambar bogel takkan viral dalam media sosial.

Korang mungkin fikir yang gambar bogel korang akan tersebar kat semua orang dan korang akan malu gila.

Tapi, hakikatnya, gambar bogel memang takkan viral dalam media sosial, sebab media sosial macam facebook ada polisi dan algoritma yang akan detect dan remove gambar-gambar nude.

Korang tengok ada tak gambar bogel yang viral dalam media sosial? Takde kan? Yang ada cuma gambar sexy je. Kalau ada pun gambar nude, sekejap je tu. Media sosial akan take down bila ada report dibuat.

Lagi pun kes gambar bogel ni, bukan korang je kena. Tapi terlalu ramai yang kena dan hampir setiap hari pihak HMC menerima aduan. Jadi bab ni, tak perlu risau sangat tentang gambar bogel korang yang akan tersebar menjadi bahan gosip dalam media sosial.

Buat report polis kalau rasa tak boleh handle

Langkah ketiga yang korang kena buat ialah buat report polis kalau rasa tak boleh handle. Kalau korang rasa yang ugutan scammer ni dah terlalu serius dan mengganggu korang punya kehidupan, korang boleh buat report polis.

Polis ada unit khas yang akan siasat kes-kes macam ni, dan diorang akan cuba untuk trace dan tangkap scammer ni.

Korang kena berani dan jujur dengan polis, dan beri semua bukti yang korang ada, macam screenshot chat, no telefon, email, atau akaun media sosial scammer. Polis mungkin akan bantu korang selesaikan masalah ni dengan cara yang betul dan professional. Tapi jangan berharap sangat.

Report melalui portal hackers malaysia

Langkah keempat yang korang kena buat ialah report melalui portal hackers malaysia.

Korang boleh email portal ni melalui page hubungi kami, dan bagi segala details berkaitan scammer dengan jelas. Tapi, korang kena ingat yang portal ni bukan agensi kerajaan atau polis, dan tak bermaksud pihak HMC akan bantu kes korang.

In case kalau ada apa apa nantikan. Pihak kami ada maklumat ni.

Kadang-kadang, cukup dengan korang baca artikel ni je sebenarnya dah boleh bantu masalah korang untuk korang faham apa nak buat, if korang boleh handle sendiri.

Tak perlu takut dengan ugutan scammer

Langkah kelima yang korang kena buat ialah tak perlu takut dengan ugutan scammer. Korang kena ingat yang majoriti yang ugut ni cuma tin kosong, diorang cuma psiko dan gunakan ketakutan korang sahaja.

Biasanya scammer tak akan sebarkan gambar korang di media sosial sebab scammer macam ni BIASANYA tiada followers yang tinggi. So itu takkan buatkan gambar korang jadi viral. Apa sahaja yang disebut scammer, itu cuma psikologi yang ingin menanamkan perasaan takut terus menerus.

Kalau diorang takde contact family atau kawan-kawan korang, korang boleh terus tukar no telefon yang baru untuk sementara. Ini step yang korang kena buat:

  1. Tukar no telefon baru. (Hanya sementara) – Scammer akan mencari jalan hubungi korang dengan pelbagai no.
  2. Block semua media sosial – Kalau boleh tutup terus semua media sosial milik korang. Semuanya sementara saja.
  3. Biarkan selama 2-3 bulan.
  4. Selepas dari tu, baru lah korang boleh kembali kepada normal. Masa ni scammer tak cari sebab dah ada mangsa yang lain.
  5. Step ini yang biasa dibuat oleh mangsa. Majoriti berkesan.

Jangan sesekali layan chat atau panggilan dari scammer ni, sebab diorang akan cuba manipulasi korang. Tapi kalau korang tak buat step yang diajarkan ni, itu atas kesalahan diri korang sendiri.

Bukan korang sahaja yang terkena scam ni. Terlalu ramai dan pihak HMC menerima banyak report. Majoriti masalah dapat diselesaikan dengan kaedah diatas.

Walau macam mana pun, masih ada risiko untuk gambar tu semua tersebar pada keluarga if scammer memang ada no contact keluarga. Dalam bab ni, memang mustahil nak settlekan tanpa sebarang risiko sebab biasanya benda ni berlaku atas kesalahan yang korang sendiri buat.

Sebahagian mangsa ada yang degil dan tak ikut pun apa yang diminta.

Kesimpulan

So itu lah yang korang boleh buat kalau kena ugut sebar gambar bogel dengan scammer.

Aku harap artikel ni dapat bantu korang settlekan masalah ni, dan jangan biarkan scammer ni rosakkan korang punya hidup. Jangan biarkan scammer ni menang, korang boleh lawan balik!

Adakah artikel ni membantu?

Report jika artikel ini tidak tepat, bermasalah & perlu dibaiki.

Portal Hackers

Financial