Boleh ke hacker hack melalui no akaun bank – Ini yang korang kena tahu

9 min read

Korang mesti pernah terima mesej dari orang yang kononnya boleh tolong korang hack akaun bank orang lain atau bantu apa apa masalah yang korang alami khususnya berkaitan dengan scam.

Dia akan cakap benda benda yang seolah olah dia tahu data privacy korang.

Contoh dia macam tahu nama penuh korang, tarikh lahir, alamat, baki akaun, atau apa-apa je yang korang rasa benda tu adalah sulit.

Wow! Persoalannya betul ke? Boleh ke hacker boleh hack akaun bank korang hanya melalui no?

Jawapannya TAK BOLEH.

Jangan percaya dengan orang yang cakap boleh. Diorang ni sebenarnya penipu yang nak ambil kesempatan pada korang. Diorang ni gunakan ketakutan yang ada pada korang untuk dapatkan lagi kelemahan korang yang lain macam gambar bogel, pin ATM, no TAC dan macam macam lagi.

Aku akan terangkan kenapa hacker tak boleh hack akaun bank korang, dan apa yang korang boleh buat untuk elak dari kena tipu dengan orang yang mengaku sebagai hacker.

Boleh ke hacker hack melalui no akaun bank - Ini yang korang kena tahu

No akaun bank korang bukan rahsia

No akaun bank korang tu sebenarnya bukanlah satu rahsia besar yang korang kena simpan dan rahsiakan.

No akaun ni adalah no yang korang boleh public kan atau share pada orang lain sebab memang itulah fungsi no akaun ni.

Biasanya korang akan bagi no akaun korang pada orang yang nak transfer duit kat korang. Sebenarnya bukan satu masalah pun.

No akaun bank korang tu sebenarnya macam alamat rumah korang je. Sesiapa pun boleh tahu korang duduk mana, tapi tak semua orang boleh masuk kedalam rumah korang.

So, sama dengan hacker. Dia pun tak boleh masuk ke dalam akaun bank korang hanya melalui no akaun semata mata.

Sebabnya, akaun bank korang sudah pun dilindungi dengan sistem keselamatan yang sangat secure. Hacker kena tahu banyak benda lain selain dari no akaun korang, macam kata laluan, PIN, OTP, atau biometrik atau data data yang lain untuk hack bank korang sepenuhnya.

Kalau no akaun semata mata yang hacker ada, memang tak boleh buat apa.

Tapi kalau TAC, no pin, password, or apa sahaja yang ada dalam akaun korang, memang korang tak boleh bagi tahu sesiapa melainkan no akaun sahaja. Pekerja bank pun takkan tanya data sensitive macam password or PIN.

Kalau setakat no akaun, jangan risau. Bank memang jadikan no akaun ni untuk dikongsi.

Scammer cuma nak menakut-nakutkan korang

Kalau ada orang yang claim dia boleh hack akaun bank korang, itu semua tipu.

Diorang cuma nak menakut-nakutkan je.

Diorang mungkin akan cuba buktikan yang diorang boleh hack akaun bank korang dengan tunjuk data-data yang agak sulit, macam nama penuh korang, tarikh lahir, alamat, atau baki akaun.

Tapi, data-data ni bukanlah berasal dari akaun bank korang.

Diorang mungkin boleh dapatkan dari public source, macam di media sosial, agensi, atau dari website yang korang pernah isi nama or email or apa sahaja data.

Mungkin diorang dah pun phishing korang dari awal awal lagi sampai korang sendiri yang isikan data data private tu kemudian di sendkan pada scammer, tapi korang tak sedar.

Phishing tu apa pulak? Phishing tu teknik yang hacker guna untuk dapatkan maklumat korang dengan cara yang bersahaja. Hacker akan hantar mesej, email, atau link yang nampak seolah olah macam dari bank atau pihak berkuasa, tapi sebenarnya benda tu palsu.

Bila korang klik link tu, atau balas mesej atau email tu, korang sebenarnya mendedahkan maklumat korang kepada scammer. Scammer akan gunakan maklumat tu untuk tipu korang atau takut takutkan korang je.

Apa yang korang boleh buat untuk elak dari kena tipu?

Jadi, apa yang korang boleh buat untuk elak dari kena tipu dengan hacker yang kononnya boleh hack akaun bank korang?

Aku ada beberapa tips untuk korang:

  • Jangan percaya dengan orang yang cakap dia boleh hack akaun bank korang, atau minta no akaun korang. Diorang ni penipu yang nak ambil kesempatan kat korang. Kalau diorang betul-betul boleh hack, diorang takkan bagitau korang. Lagipun, kalau diorang boleh hack, diorang takkan nak minta no akaun korang, sebab diorang dah boleh dapat sendiri.
  • Jangan bagi maklumat penting korang kat sesiapa, macam kata laluan, PIN, OTP, atau biometrik. Benda-benda ni kunci kepada akaun bank korang. Kalau korang bagi kat hacker, baru lah diorang boleh hack akaun bank korang. Bank atau pihak berkuasa takkan minta benda-benda ni dari korang melalui mesej, email, atau telefon. Kalau ada orang yang minta benda-benda ni dari korang, jangan layan, dan laporkan kat bank atau pihak berkuasa.
  • Jangan klik link, atau balas mesej atau email yang nampak macam dari bank atau pihak berkuasa, tapi sebenarnya palsu. Hacker akan guna teknik phishing untuk dapatkan maklumat korang dengan cara yang bersahaja. Cara untuk kenal pasti phishing ialah dengan check betul-betul sumber mesej, email, atau link tu. Kalau ada ejaan yang salah, atau alamat yang pelik, atau tawaran yang terlalu baik, itu semua tanda-tanda phishing. Jangan terpedaya, dan padam je mesej, email, atau link tu.
  • Jangan bagi gambar bogel kalau diminta. Diorang mungkin akan minta gambar lucah pada korang, kalau tak diorang akan hack bank korang. Jangan takut dengan ugutan hack dan jangan sesekali bagi maruah korang pada orang luar.

Kesimpulan

Jangan risau sangat pasal nak share no akaun bank korang pada orang lain. Tak ada apa yang akan berlaku. Aku harap artikel aku ni dapat bantu korang faham lebih jelas tentang boleh ke hacker hack bank melalui no akaun.

Jawapannya MEMANG TAK BOLEH.

Bank ni benda besar, kalau terjadi kes hacking pada bank, confirm akan masuk berita, tapi setakat hari ni belum ada kes macam ni masuk berita.

Jadi, jangan risau sangat, dan gunakan akaun bank korang dengan bijak.

Adakah artikel ni membantu?

Report jika artikel ini tidak tepat, bermasalah & perlu dibaiki.

Portal Hackers

Financial