Apa tu keldai akaun? - Jom tengok

Keldai akaun ni bermaksud korang menyerahkan akaun bank kepada orang lain supaya orang lain tu boleh gunakan akaun bank korang untuk tujuan tertentu.

Biasanya, bila korang jadi keldai akaun ni, korang akan dapat duit atau komisen daripada orang yang nak gunakan akaun korang, ini sebagai ganti atau imbalan yang diberikan kepada korang yang sudi bagi pinjam akaun bank korang pada diorang.

Kenapa ada orang nak jadi keldai akaun?

Ada beberapa sebab yang buatkan orang ramai nak jadi keldai akaun, antaranya:

  • Nak duit senang. Ada yang terpengaruh dengan tawaran yang cakap boleh dapat duit banyak, cuma kena bagi no akaun bank, kad bank dan password. Biasanya keldai akaun ni tak sedar yang dia sebenarnya sedang membantu orang lain untuk buat penipuan, money laundering, atau jenayah lain.
  • Kena tipu dengan scammer. Ada yang menjadi mangsa penipuan yang konon-konon scammer ni tersalah masuk duit kat akaun mangsa, lepas tu minta mangsa pulangkan duit tu kat akaun orang lain. Sebenarnya, duit yang masuk kat akaun mangsa tu datang daripada mangsa lain iaitu mangsa yang scammer ni dah tipu. Cuma dia bagi no akaun mangsa je. So mangsa yang dah masuk duit sebab kena tipu tu takkan trace scammer sebenar. Sebaliknya akan buat report atas nama owner bank.
  • Stress dengan hutang. Paling ramai sebab stress dengan hutang. Terdesak nak cari jalan keluar punya pasal, terjebak pulak dengan tawaran daripada orang yang konon kononnya boleh settlekan hutang korang.

Apa bahaya jadi keldai akaun?

Majoriti keldai akaun tak sedar yang diorang dah melanggar undang-undang, dan boleh dikenakan penjara atau denda.

Selain tu, keldai akaun ni juga berisiko untuk:

  • Kena tanggung hutang. Kalau akaun bank mangsa digunakan untuk buat penipuan, money laundering, atau jenayah lain, mangsa yang akan tanggung semua transaksi yang berlaku pada akaun mangsa sendiri.
  • Rosak rekod kredit. Kalau akaun bank mangsa digunakan untuk pinjam duit daripada orang yang tak sah, macam along, dia orang akan terikat dengan syarat yang tak adil, macam interest tinggi, tempoh bayar pendek, atau caj tambahan yang tak masuk akal.
  • Bahaya diri dan keluarga. Kalau akaun bank mangsa digunakan untuk buat benda yang melibatkan jenayah, macam edar dadah, senjata, atau manusia, mangsa akan menjadi target orang yang terlibat dengan jenayah tu, sama ada nak dapat maklumat, minta duit, atau hapus bukti. Mangsa juga akan bahaya diri dan keluarga dia orang, kalau polis tau kaitan dia orang dengan benda tu.

Macam mana nak elak jadi keldai akaun?

Untuk elak menjadi keldai akaun, korang kena berhati-hati dan bijak dalam uruskan akaun bank korang. Antara cara-cara yang korang boleh buat adalah:

  • Jangan mudah percaya dengan tawaran yang terlalu best. Kalau ada sesiapa yang janji boleh bagi duit banyak, cuma kena bagi nombor akaun bank, korang jangan terpedaya la. Diaorang ni mesti ada niat jahat, nak guna akaun korang untuk buat benda yang tak betul.
  • Jangan mudah details bank kat orang yang korang tak kenal. Kalau ada sesiapa yang cakap salah masuk duit kat akaun korang, lepas tu minta korang pulangkan duit tu kat akaun lain, korang jangan buat la. Dia orang ni mesti scammer, yang nak tipu korang dan orang lain. First buat report dulu. Baru transfer.
  • Jangan terdesak. Kalau korang ada masalah kewangan, korang jangan putus asa. Korang cuba cari jalan yang betul, macam minta bantuan daripada keluarga, kawan, atau dari agensi kewangan yang sah. Jangan terjebak dengan tawaran daripada orang yang konon boleh tolong korang, tapi sebenarnya nak ambil kesempatan kat korang.

Aku harap artikel ni dapat memberi korang ilmu dan kesedaran tentang keldai akaun, dan kenapa korang kena elakkan diri daripada menjadi salah seorang daripada keldai akaun. Jaga diri dan akaun bank korang baik-baik, dan jangan mudah tertipu dengan scammer. 

Adakah artikel ni membantu?

Report jika artikel ini tidak tepat, bermasalah & perlu dibaiki.

Sebarang masalah boleh hubungi kami di [email protected]

Portal Hackers

Financial