Cara tutup IP ADDRESS supaya tak kena trace

Apa Itu IP Address?

IP address ni macam alamat rumah korang. Dengan adanya alamat rumah, orang luar boleh buat macam macam. Sama macam devices yang korang guna. Setiap devices yang connected kat internet, ada IP address tersendiri. Kalau orang luar tahu, macam macam benda dia boleh buat dengan IP Address ni.

Pertama, dorang boleh trace korang punya lokasi. Walaupun lokasi yang dia trace tu cuma lokasi kasar, tapi ada cara untuk dapatkan lokasi korang secara tepat. So kalau korang ada buat benda yang tak elok, macam cari senjata ke, cari bom ke, jual dadah, memang kantoi lah.

Kedua, dorang boleh monitor aktiviti korang dalam internet. Apa pun yang korang buat dalam internet ISP korang boleh nampak dan tahu korang visit website apa dan berapa lama ada kat website tu. So, diorang boleh tau apa yang korang request dan macam-macam benda la yang diorang boleh trace.

Tapi jangan risau sangat, sebab dalam artikel ni aku nak share cara untuk korang tutup IP ADDRESS korang supaya orang lain tak boleh trace segala aktiviti korang dalam internet, ini termasuklah ISP, kerajaan & hacker. Maybe ada yang boleh tembus, tapi tak semudah ABC lah.

1. Gunakan VPN

First thing first, korang kena faham apa itu VPN.

VPN stands for Virtual Private Network. Benda ni macam jalan raya siber yang dah encrypted, yang mana VPN ni buat korang jadi “invisible” kat internet. Sebabnya IP ADDRESS korang dah ditukar kepada IP ADDRESS palsu. Semua location korang adalah PALSU.

Tapi korang kena pilih VPN yang reliable, sebab tak semuanya sama. Ini antara VPN yang direkemenkan.

ProtonVPN

ProtonVPN ni memang bagus untuk korang yang tak ada duit. Sebab ProtonVPN ni offer servis VPN secara UNLIMITED FREE. Tapi jangan risau, VPN ni sebenarnya VPN yang berbayar dan VPN ni boleh dikatakan high class punya servis, cuma UNLIMITED FREE tu dia bagi pada server tertentu je dan options untuk korang pilih server tu sangat terhad.

ExpressVPN

ExpressVPN ni memang bagus untuk korang yang ada duit. ExpressVPN ni antara VPN yang paling famous satu dunia. Servis VPN yang ditawarkan adalah HIGH CLASS. Kalau korang ada banyak duit, dan nak korang sangat pentingkan PRIVACY DAN SPEED, ExpressVPN lah jawapannya.

Credit to ExpressVPN

VPN yang lain

Ada banyak lagi VPN yang lain korang boleh try, korang boleh tengok kat sini untuk dapatkan VPN yang sesuai dengan korang.

2. Jangan gunakan Google tapi guna DuckDuckGo

Siapa je yang tak suka gunakan Google. Browser ni senang digunakan dan memang built in dalam Android. Tapi walaupun Google ni famous, trusted dan power, dia kumpul data korang terlalu banyak.

Kalau korang jenis nak privacy, korang kena try browser DuckDuckGo. Search engine dari DuckDuckGo ni tak track segala aktiviti korang. Jadi, kalau korang nak cari benda benda yang sensitive, susah lah nak kena trace.

3. Gunakan Tor Browser

Tor Browser ni untuk korang browser info yang sangat sensitif dalam darkweb. Apa itu DarkWeb? Darkweb adalah satu dunia yang sangat gelap dalam cyber dan dipenuhi dengan pelbagai data sensitive.

Ramai orang access darkweb ni menggunakan Tor Browser. Sebab Tor ni akan tutup IP ADDRESS korang dengan 3 layer IP Address yang berbeza. Dia bounce traffic korang melalui pelbagai server, jadi memang susah kalau ada orang cuba nak trace korang termasuklah kerajaan sendiri.

5. Sentiasa delete cookies & browser

Ada banyak browser yang korang boleh gunakan untuk delete cookies & browser sentiasa. Contohnya macam firefox focus. Browser ni akan sekat semua tracker dari website lain. So memang susah untuk website tu nak trace korang punya aktiviti.

Adakah artikel ni membantu?

Report jika artikel ini tidak tepat, bermasalah & perlu dibaiki.

Sebarang masalah boleh hubungi kami di [email protected]

Related Article..

Portal Hackers

Financial

Support