Features ChatGPT yang terbaru korang kena tahu - Up to Date 2023

ChatGPT ni adalah sebuah platform chatbot yang menggunakan teknologi AI untuk berinteraksi dengan kita. Dalam artikel ni admin akan kongsikan feature ChatGPT yang latest supaya korang tahu apa yang openAI dah update.

ChatGPT ni juga boleh buat macam-macam benda, seperti menulis artikel, membuat lawak, menyanyi lagu dan banyak lagi. Jom kita tengok apa saja features ChatGPT yang korang kena tahu! Korang boleh baca disini kalau korang belum tahu apa itu ChatGPT – Apa itu ChatGPT

Security ChatGPT

  • Security & privacy untuk ChatGPT setakat ni tak terjamin. Semua data yang korang share akan dicollect & dimasukkan kedalam database ChatGPT. So berhati hati, jangan sampai kongsikan info sensitive. 
  • Hacker boleh hack account ChatGPT korang & baca semua yang korang tulis. 
  • Tak berapa stabil sebab user terlalu ramai. 

Last Updated: 21/07/2023

Custom Instructions

Custom Instructions ni adalah satu feature terbaru dalam ChatGPT yang membolehkan korang set preference atau requirement yang korang nak ChatGPT ambil kira bila dia generate response. 

Jadi, korang tak perlu ulang-ulang info atau preference korang dalam setiap perbualan.

Feature ni juga boleh membantu korang bila guna plugin. Contohnya, kalau korang letak dalam instruction yang korang tinggal di KL, dan korang guna plugin yang tolong buat reservation restoran, model ChatGPT akan include info pasal KL bila dia call plugin tu.

Tapi, korang kena ingat, sebab feature ni masih dalam beta, ada masa ChatGPT tak interpret instruction korang dengan sempurna. 

Kadang-kadang dia boleh overlook instruction, atau apply instruction bila tak sepatutnya.

Untuk guna feature ni, korang boleh ikut langkah ni:

  1. Klik nama korang.
  2. Pilih Settings.
  3. Pilih Beta features.
  4. Opt into Custom instructions.

Lepas tu, Custom instructions akan muncul dalam menu bila korang klik nama korang. Mudah je kan? Jadi, korang yang nak lebih control pasal macam mana ChatGPT respond, boleh la try feature ni.

Apps ChatGPT untuk Android (Latest)

Korang yang guna Android, jangan risau. ChatGPT tak lupa dengan pengguna Android.

Sekarang ni, ada Apps ChatGPT khas untuk Android. Apps ni memang user-friendly, senang je nak guna. Benda sama je macam apps IOS. 

Korang cuma perlu sign up, pilih mode chat, dan boleh terus start chat dengan ChatGPT. Nak tukar setting, theme, atau language pun boleh buat dalam apps ni je.

Apps ni ada juga ada feature Direct Voice. Korang nak tanya apa-apa, tak payah taip lagi dah dalam apps ni, just tanya direct guna suara korang. Apps ni akan tuliskan untuk korang then korang akan dapat jawapan. 

Feature ChatGPT
Photo by Matheus Bertelli

Code Interpreter (Latest)

Code Interpreter adalah feature terbaru untuk ChatGPT yang membolehkan korang guna chatbot untuk menulis atau run code dalam programming language yang korang nak. 

Chatbot boleh buat macam-macam benda, semua dalam chat je. Feature ni sesuai untuk korang yang suka coding atau nak belajar coding. 

Antara benda yang korang boleh buat dengan Code Interpreter ni adalah:

  • Analisis data: Korang boleh guna chatbot untuk analisis data yang korang ada, sama ada dalam bentuk file, table, atau input. Chatbot boleh bagi summary, stats, atau insight pasal data tu.
  • Buat carta: Korang boleh guna chatbot untuk buat carta yang korang nak, sama ada dalam bentuk bar, pie, line, atau apa saja. Chatbot boleh plot data yang korang bagi, atau generate data sendiri.
  • Buat kira-kira: Korang boleh guna chatbot untuk buat kira-kira yang korang nak, sama ada dalam bentuk math, logic, atau apa saja. Chatbot boleh solve equation, function, atau problem yang korang bagi.
  • Tulis code: Korang boleh guna chatbot untuk tulis code yang korang nak, dalam programming language yang korang pilih. Chatbot boleh tulis code yang simple, complex, atau creative, mengikut arahan korang.
  • Test code: Korang boleh guna chatbot untuk test code yang korang tulis, atau yang chatbot tulis. Chatbot boleh run code tu dan bagi output, error, atau feedback pada korang.
  • Improve code: Korang boleh guna chatbot untuk improve code yang korang ada, atau yang chatbot ada. Chatbot boleh optimize, debug, atau refactor code tu dan bagi suggestion pada korang.
Feature ChatGPT
Photo by Matheus Bertelli

Apps ChatGPT untuk IOS (Latest)

Apps ChatGPT untuk iOS adalah feature terbaru untuk ChatGPT yang membolehkan korang guna chatbot pada iPhone atau iPad korang. 

Apps ni sesuai untuk korang yang nak chat dengan chatbot bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. 

Antara kelebihan apps ChatGPT untuk iOS ni adalah:

  • User-friendly: Apps ni senang dan mudah nak guna. Korang cuma perlu sign up, pilih mode chat, dan start chat dengan chatbot. Korang boleh tukar setting, theme, atau language pada apps tu mengikut suka hati korang.
  • Sync mode: Apps ni boleh sync dengan akaun ChatGPT korang yang lain. Korang boleh sambung chat yang korang dah start kat web, laptop, atau device lain. Chatbot akan ingat apa yang korang dah chat sebelum ni dan reply mengikut tu.
  • Direct Voice: Korang nak tanya apa apa, tak payah taip lagi dah dalam apps ni, just tanya direct guna suara korang. Apps ni akan tuliskan untuk korang then korang akan dapat jawapan. Mudah kan?

Integration dengan Bing (Latest)

Integration dengan Bing adalah feature terbaru untuk ChatGPT yang membolehkan korang guna chatbot sebagai search engine yang lebih smart dan interactive. 

Chatbot akan guna Bing untuk cari results yang korang nak, dan show dalam bentuk text, image, video atau apa saja yang relevant. 

Chatbot juga boleh bagi info extra atau suggestions berkaitan dengan results tu. 

Feature ni sesuai untuk korang yang nak dapat results yang lebih rich dan interesting. Bermaksud korang boleh dapat info yang latest, sebab Bing akan update data dia secara berkala. 

Chatbot akan bagi info yang paling fresh dan up-to-date untuk korang.

Browsing (Latest)

Browsing adalah feature terbaru untuk ChatGPT yang membolehkan korang dapat jawapan yang lebih lengkap dan terkini tentang event atau maklumat yang melebihi data asal chatbot. 

Browsing ni bukan built in, tapi kena pakai Add on plugin yang ada. So baru la dia boleh connect dengan Internet. 

Chatbot akan cari maklumat dari web dan summarizekan untuk korang. Feature ni sesuai untuk korang yang nak belajar atau cari maklumat tentang sesuatu.

Feature ChatGPT terbaru

Add On Plugin (Latest)

  • Booking: Plugin ni membolehkan korang book terus kat restoran, hotel atau kapal terbang yang korang nak, tanpa perlu keluar dari chat.
  • Games: Plugin ni membolehkan korang main game-game yang korang nak, dalam chat je. 
  • Coding: Korang boleh study, buat software hanya dengan coding yang digeneratekan. Simple.

Multilingual (Built In)

ChatGPT boleh generate teks dalam pelbagai bahasa, termasuklah Bahasa Melayu dan English. 

ChatGPT boleh detect bahasa yang korang guna dan respond dengan bahasa yang sama atau lain, mengikut kehendak korang. 

ChatGPT juga boleh translate teks dari satu bahasa ke bahasa lain dengan mudah dan cepat. ChatGPT ni memang sesuai untuk korang yang nak berkomunikasi dengan orang dari pelbagai negara dan budaya.

Contextual (Built In)

ChatGPT boleh generate teks dalam pelbagai konteks, seperti formal, informal, santai, serius, lucu, sedih dan banyak lagi. 

ChatGPT boleh faham mood dan tone korang dan respond dengan cara yang sesuai. ChatGPT juga boleh maintain topik perbualan dengan korang dan tukar topik bila perlu.

 ChatGPT ni memang sesuai untuk korang yang nak berbual dengan AI yang macam kawan sebenar.

Creative (Built In)

ChatGPT boleh generate teks dalam pelbagai genre dan gaya, seperti puisi, cerita, lagu, lawak, tweet dan banyak lagi. 

ChatGPT boleh menulis teks yang original, menarik dan menghiburkan. 

ChatGPT juga boleh sambung teks yang korang dah start atau improve teks yang korang dah tulis. ChatGPT ni memang sesuai untuk korang yang nak explore kreativiti korang atau cari inspirasi untuk menulis.

Informative (Built In)

ChatGPT boleh generate teks dalam pelbagai bidang dan topik, seperti sains, sejarah, politik, sukan, hiburan dan banyak lagi. 

ChatGPT boleh menjawab soalan-soalan korang dengan fakta, data dan rujukan. ChatGPT juga boleh menulis ringkasan atau ulasan untuk artikel, buku, video atau apa saja yang korang nak. 

ChatGPT ni memang sesuai untuk korang yang nak belajar sesuatu atau cari maklumat tentang sesuatu.

Generate Code (Build In)

ChatGPT boleh generate code untuk korang. Apa sahaja function yang korang minta ChatGPT boleh tolong buatkan. ChatGPT tahu macam macam bahasa coding. 

So korang boleh tanya dia macam macam programming language. Dia akan terus direct to the point. So betapa mudahnya kerja korang bila nak buat coding nanti.

Kelemahan ChatGPT

Walaupun ChatGPT ni nampak power, dia juga ada kelemahan yang korang kena tahu, contohnya macam:

  • Masih bodoh: ChatGPT ni masih jauh dari tahap kepandaian manusia. ChatGPT ni tidak boleh berfikir secara kritikal, logik atau kreatif. ChatGPT ni hanya boleh generate teks berdasarkan data yang dia belajar, jadi dia tidak boleh menyelesaikan masalah yang kompleks atau baru.

  • Kadang keliru dengan diri sendiri: ChatGPT ni tidak ada identiti atau personaliti yang tetap. ChatGPT ni boleh tukar nama, umur, jantina, bangsa atau apa saja mengikut konteks. ChatGPT ni juga boleh lupa apa yang dia dah tulis atau cakap sebelum ni, jadi dia tidak boleh maintain perbualan yang panjang atau mendalam.

  • Ilmu dia setakat 2021: ChatGPT ni tak update ilmu atau infomation dia secara automatik. Database ChatGPT ni hanya sampai tahun 2021 saja, jadi dia tidak tahu apa yang berlaku selepas tu. ChatGPT ni juga boleh tersalah guna data yang outdated atau inaccurate, jadi dia tidak boleh dijadikan sumber rujukan yang sahih. 

  • Dan banyak lagi kelemahan yang lain: ChatGPT ni juga ada banyak kelemahan yang lain, seperti:

    • Tidak boleh generate gambar atau bunyi: ChatGPT ni hanya boleh generate teks, bukan gambar atau bunyi. ChatGPT ni tidak boleh melukis, mengambil foto, menyanyi, bermain muzik atau apa saja yang melibatkan visual atau audio.
    • Tak boleh connect dengan Internet: ChatGPT ni hanya boleh chat dengan korang dalam kotak chat sahaja. ChatGPT ni tidak boleh buat apa-apa action di dunia sebenar. ChatGPT ni tidak boleh call, email, sms, whatsapp, facebook, instagram atau apa saja yang melibatkan komunikasi atau sosial media.
    • Belum stabil: Masih lagi lag, masih lagi lembab, masih lagi tak support jumlah user yang terlalu ramai. Banyak bug & development yang slow. 
    • GPT 4 limited: Request untuk GPT 4 sangat terhad. Cuma 25 mesej sahaja untuk 3 jam. 
    • Bayaran agak mahal: Dua feature yang sama, tapi Bing percuma. Dan ada banyak lagi chatbot yang FREE macam POE. 

Adakah artikel ni membantu?

Report jika artikel ini tidak tepat, bermasalah & perlu dibaiki.

Sebarang masalah boleh hubungi kami di [email protected]

Related Article..

Portal Hackers

Financial

Support