Korang ada laptop lama atau PC spec rendah? Nak main game AAA tapi tak cukup bajet untuk upgrade rig atau beli konsol mahal macam PS5? Dengan GeForce NOW, korang boleh main game level tinggi tanpa risau hardware, sebab semua benda jalan atas cloud gaming. NVIDIA, dengan kerjasama YES di Malaysia, bawa satu revolusi baru untuk gamers. Jom kita explore lebih dalam macam mana GeForce NOW boleh buat hidup korang lagi senang.


Apa itu GeForce Now dan cloud gaming?

GeForce NOW adalah servis cloud gaming yang stream game terus dari server NVIDIA ke device korang. Semua pemprosesan grafik, FPS, dan rendering berlaku di server, bukan pada device korang. Maksudnya, korang boleh main game AAA walaupun korang guna laptop murah, PC lama, atau device mobile. Yang korang perlukan adalah internet yang laju dan subscription plan yang berbaloi untuk korang subscribe.

Apa kelebihan cloud gaming?

  • Hardware low spec? No hal. Laptop lama pun boleh jadi powerful. Tak payah risau pasal minimum spec game.
  • Tak perlu download game. Semua game sentiasa up-to-date, korang cuma klik dan main terus.
  • Main bila-bila, kat mana-mana. Laptop, smartphone, tablet, atau TV – semua boleh connect GeForce NOW.
  • Jimat kos. Tak perlu spend ribuan ringgit untuk beli PS5, Xbox, atau PC gaming high-end.

Korang dah boleh run game AAA sekarang

Zaman dulu, nak main game macam Cyberpunk 2077 atau Assassin’s Creed, korang kena ada PC spec tinggi dan power graphic dia. Tapi sekarang, GeForce NOW buat semua benda ni jadi senang. So korang tak perlu susah susah kumpul duit beli PC spec tinggi. Yang korang cuma perlu adalah:

  • Laptop, PC, atau device biasa yang boleh jalan Chrome browser atau ada app GeForce NOW.
  • Internet stabil dengan kelajuan sekurang-kurangnya 15 Mbps (untuk 720p @ 60FPS).

Lepas tu, korang dah boleh main game yang korang selalu tengok streamer main. Perghh.

GeForce Now: Tak perlu komputer spec tinggi untuk main games
Credit to GFN

Library game yang besar: Ada lebih kurang dalam 1,500+ pilihan games

GeForce NOW boleh connect dengan platform digital game store seperti:

  • Steam
  • Epic Games Store
  • Ubisoft Connect
  • Battle.net
  • Xbox PC Game Pass

Maksudnya, korang boleh access library game sedia ada atau beli game baru dekat digital store, dan main terus melalui GeForce NOW. Sekali subscribe, korang boleh main pelbagai game daripada genre AAA sampai indie.

Apa yang menarik?

  • Game AAA terkini. Cyberpunk 2077, Fortnite, Assassin’s Creed Mirage – semuanya available.
  • Game indie rare. Explore game yang unik dan kreatif tanpa risau compatibility issue.
  • Game sentiasa update. Tak payah buang masa download patch terbaru, NVIDIA handle semua benda.

Tak ada PS5? Tak ada masalah: RTX On bagi grafik terbaik

Untuk korang yang nak feel premium, GeForce NOW ada teknologi RTX On. Maksudnya, korang boleh rasa experience grafik ultra-realistik dengan ray tracing, walaupun PC korang tak ada GPU RTX. Kalau korang ambil plan premium, korang boleh main dalam semua games dalam resolusi tinggi:

  • 1080p @ 60FPS – standard grafik high-end.
  • 1440p @ 120FPS – untuk korang yang nak gameplay ultra smooth.

RTX On ni juga sesuai untuk korang yang minat main game kompetitif macam Apex Legends atau Valorant, sebab latency rendah dan grafik yang dia bagi memang padu.Memang yall betul NVIDIA ni.

GeForce Now: Tak perlu komputer spec tinggi untuk main games
Credit to The Verge

Mampu milik untuk semua gamers

Tak perlu keluar duit ribu-ribu untuk upgrade hardware. Dengan GeForce NOW, korang hanya perlu bayar ikut keperluan gaming korang. YES sebagai partner rasmi, sediakan pelbagai pelan menarik:

  • Yes Annual Plan: RM300/setahun – 6 jam gaming/session, high priority access.
  • Yes Monthly Plan: RM30/bulan – sama macam annual plan, tapi bayar bulanan.
  • Yes 3-Day Pass: RM20 – akses selama 3 hari, ideal untuk casual gamers.
  • Yes 1-Day Pass: RM10 – untuk yang nak try sebelum commit.

Bukan pengguna Yes?

Jangan risau, korang tetap boleh subscribe walaupun bukan korang ni bukan pengguna Yes. Tapi kalau korang guna Yes, korang akan dapat harga lebih murah dan connection yang lebih stabil sebab diorang dah optimize dengan Yes 5G.


Cara mula main: Mudah dan cepat

Nak mula main dengan GeForce NOW? Langkah dia simple je:

  1. Pilih plan dekat website. Tengok pelan mana yang sesuai dengan gaya gaming korang.
  2. Download GeForce NOW. Install app pada device korang atau guna melalui browser.
  3. Link game library. Connect akaun game korang dari Steam, Epic, atau mana-mana platform.
  4. Start gaming. Klik dan terus main tanpa perlu tunggu download atau update.

Internet laju wajib: Yes 5G beri pengalaman terbaik

Disebabkan GeForce NOW adalah cloud gaming, korang memang wajib ada internet yang stabil. Dengan Yes 5G, korang boleh enjoy:

  • Speed tinggi. Minimum 15 Mbps dah cukup untuk gaming 720p.
  • Latency rendah. Sangat penting untuk game kompetitif atau multiplayer.
  • Connection stabil. Takde issue game terputus sebab buffering.

Siapa di sebalik GeForce Now Malaysia?

GeForce NOW Malaysia adalah hasil kerjasama NVIDIA dan YES, bermula sejak Disember 2022. NVIDIA guna RTX Server yang optimize untuk cloud gaming, jadi pengguna Malaysia boleh expect experience gaming yang setanding global.


Kesimpulan

GeForce NOW powered by YES ni adalah salah satu platform terbaik untuk korang yang nak main game premium tanpa perlu keluarkan bajet besar. Dengan teknologi RTX On, library game besar, dan pelbagai pelan mampu milik, korang boleh experience dunia gaming pada tahap yang tak pernah korang bayangkan. Tak perlu PC power, tak perlu PS5. Korang cuma perlu internet laju dan GeForce NOW. Dah ready nak transform gaming korang? Subscribe sekarang dan mula main! 🚀