Bila sebut pasal AI, ramai yang mula curious sama ada AI macam Gemini boleh digunakan untuk benda-benda yang lebih technical, seperti programming. Sebabnya, korang mesti pernah dengar yang ada AI sekarang boleh generate code, bantu korang tulis script, atau selesaikan masalah coding yang rumit. Tapi persoalan utamanya: boleh ke Gemini buat programming dengan tepat?
Kalau korang baru discover Gemini, mesti excited sebab Google punya AI ni nampak macam power, kan? Tapi sebelum korang terjun buat projek besar-besaran guna Gemini, jom kita tengok betul-betul apa yang AI ni boleh buat dalam dunia programming. Dan, kalau kita compare dengan AI yang dah lebih lama dalam game ni macam ChatGPT Plus, mana satu yang lebih baik untuk korang guna sebagai coding assistant? Kami akan kupas panjang lebar dalam artikel ni.

Gemini: AI yang masih ada banyak kelemahan dalam programming
Gemini ni memang AI yang boleh generate code, tapi kalau korang harap AI ni boleh handle programming yang kompleks, korang mungkin akan rasa frust. Walaupun Google cuba market Gemini sebagai AI yang serba boleh, realitinya bila datang bab coding, Gemini masih banyak kekurangan yang terlalu banyak.
Boleh buat coding ke? Yes, tapi banyak limited
First off, boleh ke Gemini buat programming? Jawapannya adalah ya, tapi dengan beberapa syarat. Gemini ni memang boleh bantu korang generate code, tapi hasilnya tak selalu tepat. Kalau korang minta dia buat code yang simple-simple je—contohnya, code untuk buat loop basic atau function mudah—dia memang boleh bagi jawapan yang betul. Tapi, kalau korang minta dia generate code yang lebih panjang dan kompleks, memang banyak benda korang kena hadap.
Contohnya, kalau korang suruh Gemini buat projek kecil macam hello world atau basic math function, dia boleh handle. Tapi bila korang mula minta code yang lebih advanced, seperti web development, API integration, atau apa-apa yang melibatkan banyak logik dan function yang bersambung-sambung, korang akan nampak yang Gemini ni akan bagi code yang banyak gila salah dia.
Gemini Advanced pun banyak bug
Even kalau korang guna Gemini Advanced, yang sepatutnya lebih ‘smart’, AI ni masih banyak bug dalam coding dia. Banyak kali korang akan dapat code yang tak lengkap atau ada syntax error yang jelas. Contohnya, korang boleh minta Gemini buat satu function, tapi function tu mungkin tak dipanggil dengan betul dalam code, atau dia mungkin terlepas satu atau dua line penting yang buatkan code korang tak jalan langsung.
Bukan setakat tu je, kalau korang minta dia buat coding yang melibatkan library atau framework tertentu, AI ni kadang-kadang tak dapat detect semua dependensi yang diperlukan. Jadi, code yang korang dapat mungkin takkan compile dengan betul atau ada banyak masalah bila korang cuba run projek tu. Ini boleh jadi sangat memeningkan kalau korang harap AI ni boleh bagi code yang complete untuk projek besar.

Programming simple je yang tepat
Gemini ni memang boleh generate code yang tepat untuk benda-benda yang simple. Kalau korang just nak buat loop basic, conditional statement, atau function yang straight forward, Gemini boleh bagi result yang agak ok. Tapi masalah besar dia bila korang mula bagi task yang lebih technical dan panjang. Itu je. Kalau korang seorang programmer yang advanced, rasanya guna Gemini ni tak jadi masalah sangat untuk korang.
ChatGPT Plus: AI yang lebih matang dalam programming
Now, mari kita compare dengan ChatGPT Plus. Bila datang bab programming, ChatGPT Plus ni memang jauh lebih matang berbanding dengan Gemini. Antara sebabnya adalah kerana OpenAI ni dah lama research dan improve kemampuan ChatGPT untuk handle task-task yang lebih technical macam coding.
ChatGPT Plus: Lebih tepat dan reliable untuk coding
Kalau korang guna ChatGPT yang percuma, jawapan dia sama je macam Gemini. Dua dua banyak salah. Tapi kalau korang minta ChatGPT Plus yang buat coding, especially untuk benda-benda yang advanced, korang akan perasan yang code yang dihasilkan akan jauh lebih tepat berbanding Gemini. Dia faham konteks code yang korang minta, dan dia boleh generate code yang lebih dekat dengan apa yang korang perlukan. Plus, dia boleh explain line by line kenapa dia tulis code tu macam tu, jadi korang boleh faham logik di sebalik coding tu.
Handle projek yang lebih besar dengan baik
Satu lagi kelebihan ChatGPT Plus ni adalah dia boleh handle projek coding yang besar dengan lebih baik. Contohnya, kalau korang minta dia buat satu projek yang involve banyak file atau library yang bersambung-sambung, ChatGPT Plus akan buat code yang lebih tersusun dan lengkap. Dia boleh generate full projects, termasuk file-file tambahan yang korang perlukan, dan code dia selalunya boleh compile dan run tanpa masalah besar.
Bukan setakat tu je, dia juga boleh bantu korang troubleshoot kalau ada error dalam code korang. Korang just perlu copy paste error message tu dan ChatGPT Plus boleh explain apa yang silap dan bagi suggestion untuk fix error tu. Ini buatkan dia lebih praktikal kalau korang tengah buat projek besar atau kerja programming yang perlukan support secara berterusan.
Gemini vs ChatGPT Plus: Mana satu yang lebih baik untuk programming?
So, kalau korang nak tahu mana satu AI yang lebih sesuai untuk korang guna dalam programming, jawapan dia memang clear—ChatGPT Plus jauh lebih tepat dan reliable berbanding Gemini AI.
Gemini: Bagus untuk code yang simple, tapi tak boleh handle task yang besar
Gemini AI boleh guna kalau korang just nak generate code untuk benda-benda yang simple macam function basic atau snippet kecil. Tapi bila datang bab projek yang lebih kompleks, especially kalau involve banyak line code atau framework tertentu, AI ni memang tak cukup matang.
Banyak kali korang akan jumpa error dan bug dalam code yang dia bagi, dan kalau korang harap nak guna Gemini untuk projek besar, korang kena bersedia untuk buat debugging yang banyak.
ChatGPT Plus: Lebih matang, lebih tepat, dan boleh handle projek besar
Sebaliknya, ChatGPT Plus jauh lebih matang dan boleh bagi korang code yang lebih tepat. AI ni boleh handle projek besar, troubleshoot error, dan bagi code yang lebih tersusun dan lengkap. Walaupun korang kena bayar RM98 sebulan untuk guna ChatGPT Plus, bagi korang yang serius dalam programming, especially kalau korang perlukan AI yang boleh bantu untuk kerja-kerja yang teknikal, pelaburan ni memang berbaloi.

Kesimpulan: Gemini masih banyak kelemahan, ChatGPT Plus lebih berbaloi untuk programming
Untuk korang yang plan nak guna AI untuk bantu korang buat programming, Gemini AI boleh jadi pilihan yang ok kalau korang just nak buat coding basic.
Tapi kalau korang harap nak guna dia untuk projek besar atau coding yang lebih kompleks, korang mungkin akan kecewa dengan banyaknya bug dan kesalahan dalam code yang Gemini generate.
Sebaliknya, ChatGPT Plus memang lebih sesuai untuk korang yang serious dalam programming. AI ni bukan je lebih tepat, tapi dia juga boleh bantu korang selesaikan masalah coding dengan lebih lancar. So, kalau korang nak AI yang betul-betul boleh diharap untuk programming, ChatGPT Plus adalah pilihan yang terbaik.
Jadi, pilihan di tangan korang—nak guna yang percuma tapi tak reliable macam Gemini, atau bayar lebih sikit untuk kualiti dengan ChatGPT Plus?
Adakah artikel ini membantu?