Google akaun kena hack: Macam mana nak buat

Google akaun kena hack dan hacker dah tukar nombor telefon dan email recovery. So macam mana nak buat?

Berita buruknya, kemungkinan besar korang tak dapat balik. Apa pun korang masih boleh cuba beberapa cara, jom kita bincang apa yang perlu korang buat.

Langkah 1: Periksa akaun korang

Korang perlu tahu apa yang berlaku

Periksa dulu apa yang berlaku dengan akaun korang. Kalau hacker dah tukar nombor telefon dan email recovery, situasi ni memang serius.

Akaun google kena hack
Photo by Brett Jordan

Langkah 2: Cuba semua kaedah pemulihan

Korang mesti cuba semua kaedah recovery yang ada. Ini beberapa cara yang korang boleh cuba:

  • Cuba Ingat Password: Mungkin korang lupa, tapi cuba ingat balik password yang pernah digunakan.
  • Jawab Soalan Security: Kalau korang set soalan keselamatan, cuba jawab dengan betul.
  • Guna WiFi yang Sama: Kadang-kadang, Google kenal WiFi yang korang selalu guna. Cuba login dari situ.
  • Cuba Email Recovery yang Korang Register: Kalau korang ada email recovery, cuba guna email tu. Nanti dia suruh sahkan melalui code. 
  • Gunakan Backup Codes: Kalau korang ada backup codes, ini masa untuk guna. Ingat balik kalau korang ada simpan. 
  • Gunakan Passkey: Kalau korang set passkey, cuba login guna devices yang korang login dengan Email ni macam PC ke, hp kedua ke atau ipad ke. Try. 

Ingat, korang, cuba semua cara ini dengan sabar. Kalau semua tak jalan, baru kita ke langkah seterusnya.

Langkah 3: Tak perlu report pada Google

Ini yang korang mesti tahu, Google biasanya tak terima kes macam ni. Sedih, tapi itu realitinya. Kalau dapat contact pun Google tak boleh bantu, Google akan suruh korang buat akaun baru tu je. 

Semua data korang dengan Google memang tak boleh diselamatkan lagi. Termasuk gambar, lagu, file penting & lain lain. 

Langkah 4: Buat akaun baru

Simple je, Buat akaun baru

Kalau semua dah cuba dan tak berhasil, Google pun suruh untuk buat akaun baru. Simple je, tapi memang menyakitkan hati.

Bila dah buat baru ni, tolong setupkan semua security dengan betul. So tak ada la kena hack lagi lepas ni. Simple. 

Langkah 5: Jangan cari Hacker

Jangan pernah terfikir nak cari hacker untuk selesaikan masalah ni. Diorang tak boleh buat apa-apa, susah, dan memang tak boleh buat apa. 

Kalau ada pun yang mengaku boleh, itu scammer. Jangan sampai korang kena melayang duit. Ingat!

Kesimpulan: Kadang-kadang, korang kena terima hakikat

Aku faham betapa menyakitkan hati bila akaun Google kena hack dan tak dapat pulihkan. Tapi kadang-kadang, korang kena terima hakikat dan mulakan semula dengan akaun baru. Jadi kan pengajaran. 

Ingat, lepas ni jaga akaun dengan lebih baik. Gunakan 2 step verification, pastikan no up to date dan jangan kongsi password dengan sesiapa.

Baca juga: Tanda hp kena hack

Adakah artikel ni membantu?

Report jika artikel ini tidak tepat, bermasalah & perlu dibaiki.

Subscribe Web Hackers

Isi form, confirmkan email korang & korang confirm jadi subscriber kami. 

Related Article..