CCRIS kalau tak cantik susah nak buat pinjaman dengan bank lagi. Artikel ni akan terangkan apa CCRIS dan apa effect dia dalam segala urusan perbankan yang korang guna.
Apa itu CCRIS?
CCRIS tu singkatan daripada Central Credit Reference Information System. CCRIS adalah sistem yang dimiliki dan dikendalikan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) untuk mengumpul dan menyediakan maklumat kredit tentang peminjam atau bakal peminjam.
CCRIS ni akan list down semua pinjaman dan pembayaran korang dengan bank atau institusi kewangan lain dalam tempoh 12 bulan yang lepas. Bank akan gunakan laporan CCRIS ni untuk menilai sama ada korang layak atau tidak untuk mendapatkan pinjaman.
Macam mana rekod dalam CCRIS mempengaruhi peluang korang untuk dapat pinjaman?
Rekod dalam CCRIS ni akan tunjuk corak pembayaran korang, sama ada korang bayar on time, lambat, atau tak bayar langsung. Kalau korang ada tunggakan, penangguhan, atau tindakan undang-undang, ia akan ditunjukkan dalam CCRIS.
Benda ni akan memberi kesan negatif kepada skor kredit korang, dan menjadikan korang sebagai peminjam berisiko tinggi. Kira macam susah la orang nak bagi korang pinjam. Bank akan lebih careful untuk memberi pinjaman kepada korang, atau mungkin reject permohonan korang. Biasanya memang reject terus la.

Apa yang korang boleh buat untuk memperbaiki keadaan?
Tapi jangan terus give up, sebab korang masih ada harapan untuk dapatkan pinjaman peribadi dengan bank, walaupun korang pernah ada rekod yang buruk dalam CCRIS.
Ini beberapa tips yang kami boleh bagi:
- Bayar hutang korang secara konsisten dan tepat masa. Ini akan membantu korang untuk improve skor kredit korang dan menunjukkan bahawa korang komited untuk settle hutang korang.
- Jangan buat terlalu banyak permohonan pinjaman dalam satu masa. Ini akan menjejaskan skor kredit korang dan memberi gambaran bahawa korang desperate untuk dapat duit. Buat permohonan pinjaman dengan bank yang sesuai dengan kriteria dan kemampuan korang je.
- Check laporan CCRIS korang secara berkala. Korang boleh dapatkan laporan CCRIS korang secara percuma dari BNM atau online melalui eCCRIS atau melalui CTOS. Pastikan maklumat dalam laporan tu betul dan tak ada salah laku. Kalau ada apa-apa kesilapan atau pertikaian, korang boleh report kat BNM atau bank yang terlibat.
Kesimpulan
Untuk dapatkan laporan tentang CTOS & CCRIS korang, just subscribe je melalui APP CTOS. Korang akan dapat report dari pihak CTOS pada setiap masa. Dan dari masa kesemasa korang boleh improve skor credit korang kearah yang lebih baik.
Walaupun rekod CCRIS pernah buruk, itu bukan bermakna korang tak boleh buat pinjaman selama lamanya. Rekod CCRIS masih boleh dibaiki jika korang berusaha untuk membayar ikut waktu yang dah ditetapkan. Korang kena usaha untuk improve rekod kredit korang dan buat permohonan pinjaman dengan bijak. Sharekan artikel ni kalau korang rasa bermanfaat untuk orang lain.
Adakah artikel ini membantu?