Macam mana ahlong dapatkan data korang - Ini yang ramai tak tahu

Zaman sekarang ni, ramai orang yang dah menjadi mangsa ahlong. Banyak dah kita tengok kat Youtube, Facebook dan Tiktok pasal kes ahlong ni. Bukan sikit sikit orang yang kena dengan ahlong ni.

Yang ramai tak tahu adalah ahlong zaman sekarang dah tak sama lagi dengan ahlong zaman dulu. Ahlong zaman dulu kalau korang tak bayar, korang kena pukul, kena culik dan sebagainya.

Tapi sekarang ni ahlong dah advanced sikit sebab diorang mungkin tak buat lagi kerja kerja pukul ni, sebab diorang pun tahu undang undang kat Malaysia ni keras. Zaman sekarang ahlong lebih suka buat kerja kerja psiko dan sebarkan aib korang kepada public.

Ahlong boleh dapatkan semua maklumat korang semudah ABC. Diorang boleh access gallery, app bank, password, note, sampai ke semua contact yang korang ada secara online.

Persoalannya macam mana ahlong dapat semua ni?

Bila korang nak pinjam duit, diorang akan bagi link

Biasanya, ahlong ni akan target orang yang susah nak dapatkan pinjaman dari bank atau institusi kewangan lain. Diaorang akan offer pinjaman dengan syarat yang mudah dan cepat, tanpa perlu sediakan apa apa dokumen atau cagaran.

Bila korang layak untuk buat pinjaman dengan diorang, korang akan diberikan satu link khas yang mungkin juga merupakan sebuah website untuk korang download app yang namanya mengandungi .apk

App yang korang nak download ni dikatakan app yang biasa untuk korang register dan boleh buat pinjaman melalui app tu.

Tapi apa yang korang tak tahu adalah app ni bukanlah app yang biasa. App yang korang nak download tu adalah satu app yang direka khas untuk mencuri data peribadi korang.

Bila korang berjaya download, benda pertama yang smartphone korang akan prompt adalah allow access. Ada macam macam benda yang korang kena allow supaya app ni boleh berfungsi dengan baik.

Antaranya korang perlu allow access untuk gallery, allow access untuk contact, allow access untuk location dan macam macam lagi.

App ni sebenarnya tidak digunakan untuk membuat urusan pinjaman semata mata, tapi digunakan oleh ahlong untuk spy semua data korang.

Credit to support.accountable2you.com

Bila semua dah allow access

Bila korang dah allow access, korang kini berada dibawah pengawasan ahlong. Bila korang gagal membayar pada masa yang dah ditetapkan, ahlong akan start gunakan semua data korang.

Data yang paling penting ahlong akan ambil adalah contact, gambar diri, gambar keluarga, mesej, dan juga segala whatsapp penting dalam smartphone korang. Benda ni semua boleh terjadi disebabkan korang sendiri yang dah “allow access”, sama ada korang tak perasan, atau korang memang disuruh untuk allow access.

Ahlong start ugut viral

Bila ahlong dapat trace segala data korang, dia akan gunakan data tu sebagai kelemahan korang untuk mendapatkan keuntungan yang berlipat kali ganda. Ahlong akan terus menerus mendesak korang untuk BAYAR DAN BAYAR, meski pun hutang korang sebenarnya dah pun habis dibayar.

Alasannya adalah INTEREST!.

“Yang you bayar cuma BUNGANYA saja belum POKOKNYA lagi.” Hampir setiap hari ahlong akan paw, tekan, ugut untuk viralkan korang sampai korang bayar duit yang diorang mintak tu.

Ramai orang yang hidup dalam KETAKUTAN, hidup dalam keadaan STRESS & rasa nak bunuh diri je setiap hari sebab terperangkap dengan ahlong.

Hati hati bila berurusan dengan ahlong

So, korang memang kena jauhkan diri dari semua jenis ahlong. Lagi lagi yang suruh korang download app. Biasanya ahlong yang menggunakan app ni sangat bahaya dan sangat tidak berperikemanusiaan.

Banyak kes yang susah diselesaikan kerana ahlong sentiasa menggunakan “ketakutan” sebagai senjata diorang untuk mendapatkan duit dari korang.

Photo by Khoa Võ (Pexels.com)

Pemberi pinjaman berlesen takkan suruh korang install apa apa app melainkan app tu memang dah ada dalam playstore atau apps store

Sentiasa ingat, pemberi pinjaman yang berlesen, tidak akan suruh korang install apa apa app, melainkan app tu memang dah ada dalam playstore atau apps store.

App yang korang download melalui Google Play Store dan Apps Store tu boleh dikatakan selamat kerana sudah melalui process review oleh pihak Google dan Apple. Diorang sentiasa memastikan app yang nak di publishkan kepada user itu selamat dan bebas dari malware.

Tapi kalau app tu tiada dalam Google Play Store atau Apps Store, dan disuruhnya download direct dari website. JANGAN SESEKALI BUAT! Sebab korang tak tahu apa yang ada dalam app tu.

App tu mungkin mengandungi virus, spyware, atau trojan yang berfungsi untuk curi segala data peribadi korang. Jangan sesekali risikokan keselamatan dan privasi korang, demi pinjaman yang tak pasti.

Kalau korang rasa artikel ni berguna untuk orang lain, sharekan!

Adakah artikel ni membantu?

Report jika artikel ini tidak tepat, bermasalah & perlu dibaiki.

Sebarang masalah boleh hubungi kami di [email protected]

Portal Hackers

Financial