Apa itu payment gateway?

Payment gateway ni basically satu servis yang membantu bisnes online menerima pembayaran dari pelanggan secara automatik. Payment gateway menghubungkan antara website e-commerce korang dengan bank atau institusi kewangan yang menguruskan transaksi secara sah.

Fungsi utama payment gateway

Connect pelanggan dengan bank

Payment gateway bertindak sebagai perantara antara website e-commerce korang dengan bank. Bila pelanggan masukkan maklumat pembayaran, payment gateway akan hantar maklumat tu kepada bank untuk diproses.

Memastikan transaksi selamat

Payment gateway akan encrypt maklumat kad kredit atau debit pelanggan untuk memastikan data tu selamat dari sebarang fraud atau theft. Security ni sangat penting sebab korang nak kena pastikan data pelanggan korang dilindungi.

Memproses pembayaran online

Lepas data dihantar ke bank, bank akan semak dan sahkan transaksi yang dibuat. Kalau semuanya okay, bank akan hantar balik approval kepada payment gateway. Payment gateway kemudian akan inform kepada website korang yang pembayaran dah berjaya dilakukan, dan secara automatik website korang akan update order status kepada ‘paid’.

Menguruskan transaksi berulang

Untuk bisnes yang ada subscription atau recurring payments, payment gateway boleh uruskan pembayaran secara berkala tanpa pelanggan perlu masukkan maklumat pembayaran berulang kali. Dalam artikel ni kami akan senaraikan antara payment gateway terbaik dan famous digunakan dalam Malaysia.

1. Stripe: solusi lengkap untuk bisnes online

Stripe ni memang famous satu dunia, especially dalam kalangan developer dan bisnes online. Apa yang best pasal Stripe ni, dia sangat user-friendly dan mudah untuk integrate dengan website atau app korang.

Stripe support pelbagai jenis pembayaran termasuk kad kredit, debit, FPX dan e-wallets (GrabPay). Selain tu, dia ada features yang sangat berguna macam invoicing, subscription management, dan fraud detection. Korang boleh customize checkout page ikut design bisnes korang. Lagi satu, Stripe ni boleh digunakan kat banyak negara, so kalau korang ada international customers, memang senang.

7 payment gateway terbaik untuk korang guna
Credit to ZDNET

2. PayPal: yang paling dikenali dan meluas

PayPal ni kira platform paling legend dalam dunia payment gateway. Dari zaman eBay sampailah sekarang, PayPal maintain relevan sebab dia secure dan senang digunakan.

Dengan PayPal, korang boleh terima pembayaran dari seluruh dunia, sebab dia support banyak currency. Customers pun rasa selamat guna PayPal sebab dia ada buyer protection, so kalau ada apa-apa issue, mereka boleh buat claim. Selain tu, PayPal ada banyak features macam recurring payments untuk subscription services, dan invoicing tools yang boleh simplify billing process korang.

7 payment gateway terbaik untuk korang guna
Credit to Tom’s Guide

3. ToyyibPay: Pilihan terbaik untuk market Malaysia

ToyyibPay ni local player yang semakin popular kat Malaysia. Apa yang menarik pasal ToyyibPay ni, dia memang design khas untuk bisnes kat Malaysia. Dia support payment melalui FPX, so korang boleh terima bayaran direct dari bank-bank Malaysia. Selain tu, ToyyibPay tak ada setup fee dan transaction fee dia pun rendah. Interface dia pun simple dan mudah nak guna, especially kalau korang baru nak start bisnes online. ToyyibPay ni memang sesuai kalau target market korang orang Malaysia.

7 payment gateway terbaik untuk korang guna
Credit to ToyyibPay

4. SenangPay: mudah dan senang untuk SMEs

SenangPay ni satu lagi pilihan local yang bagus, terutama untuk small and medium enterprises (SMEs). Macam nama dia, memang senang sangat nak guna. SenangPay support banyak payment methods termasuk kad kredit, debit, dan online banking (FPX).

Platform dia juga sangat user-friendly, korang boleh setup payment gateway dalam masa yang singkat. Selain tu, SenangPay ada integration dengan banyak e-commerce platforms macam WooCommerce, Shopify, dan lain-lain. Dengan fee yang reasonable, SenangPay memang ideal untuk bisnes kecil yang nak expand.

5. Billplz: solusi cepat untuk invoicing

Billplz ni lain sikit sebab dia fokus pada invoicing. Kalau korang selalu kena hantar invoice kat customers, Billplz boleh buat hidup korang lagi senang.

Dengan Billplz, korang boleh create dan hantar invoice dalam masa yang singkat. Dia support multiple payment methods, jadi customers korang ada banyak pilihan nak bayar. Selain tu, interface dia simple dan user-friendly, korang boleh track payment status dengan mudah. Dia juga integrate dengan banyak accounting software, so korang boleh streamline semua payment process korang.

6. Razer Merchant Services: Nama besar dalam dunia gaming

Razer Merchant Services (dulu dikenali sebagai MOLPay) memang famous dalam kalangan gamers, tapi sebenarnya dia bagus juga untuk bisnes lain. Razer support banyak payment methods termasuk kad kredit, debit, online banking (FPX), dan e-wallets. Dia juga ada fraud detection system yang kuat, jadi korang boleh elakkan fraudulent transactions. Selain tu, Razer ada integration dengan banyak e-commerce platforms dan shopping carts. Dengan Razer, korang boleh reach wider audience termasuk gamers yang setia dengan brand ni.

7. PayHalal: Patuh syariah untuk bisnes Islamik

PayHalal ni payment gateway yang patuh syariah, sesuai untuk bisnes yang nak pastikan transaksi mereka halal.

Dengan PayHalal, korang boleh terima pembayaran dari pelbagai sumber, termasuk kad kredit, debit, dan online banking (FPX). Dia juga ada compliance dengan syariah law, jadi korang boleh yakin yang semua transaksi tu halal. Interface dia simple dan mudah nak guna, dan dia ada integration dengan banyak e-commerce platforms. Kalau korang nak bisnes yang patuh syariah, PayHalal memang pilihan terbaik.

7 payment gateway terbaik untuk korang guna
Credit to Malay Mail

So, itu dia, 7 payment gateway terbaik yang korang boleh consider untuk run bisnes korang. Semua payment gateway ni ada kelebihan masing-masing, so pilihlah yang paling sesuai dengan keperluan korang.

Tinggalkan Pendapat Anda